Friday, February 25, 2011

mari pulang :)

Salamu'alaik ya nuha.

Allahu Akbar!Allahu Akbar!Allahu Akbar!

selamat hari jumaat! :)

Alhamdulillah,atas kurniaan usia yang masih ada,setelah mati sebentar malam semalam.

hurm.

pernah x korang rasa berdosa-especially sebab buat dosa lepas tu,rasa suka dengan dosa tu?

Astaghfirullah..

banyak kali dah buat macam tu,pastu setiap kali nak solat-lepas buat dosa,akan rasa macam,distance dengan Allah,rasa malas nak solat,xkhusyuk (asyik was2 je).

kenapa?

sebab,dosa dan pahala adalah 2 extreme ends.macam selatan dengan utara.setiap langkah ke arah selatan menjauhkan kita dari utara.macam tu juga dengan dosa dan pahala.setiap langkah menuju dosa menjauhkan kita dari pahala.

apa nak buat?

istighfar,duduk sekejap-kenang diri sendiri.minta pada Allah,pulang pada Allah.jangan lari dari Allah.

ya Allah hati2 yang Engkau lepaskan ini,pimpinlah kami balik kepadaMu ya Allah.ya muqallibal kulub,tetapkanlah hati kami di jalan Mu.

kemudian,paksa je diri sendiri buat pahala-walaupun rasa sangat malas,atau rasa menyampah.
teruskan amalan2 sunat.semoga Allah campakkan rasa benci pada dosa dan cinta pada pahala.


satu expalanation yang sangat menarik by bro nouman ali khan.

mari pulang!!

Saturday, February 19, 2011

jangan putus asa!

Salamu'laik ya nuha.

Subhanallah Alhamdulillah Laihaillallah Allahu Akbar.

:)

semoga semua sentiasa dalam keadaan terbaik (dari sudut fizikal,emosi dan rohani)

sepanjang minggu lepas,banyak berlaku case hunting di ward D1-D4 MGH -sebab kekurangan case yang boleh dipresent (dibincang) dalam case discussion.

maka,dalam perjalanan turun naik ward,banyakla patient2 yang ditemuramah sekerat jalan.

salah satunya,adalah seorang pak cik,dalam linkungan 40+ yang ada di salah satu ward orthopaedic lelaki (D1/D2/D4).

dalam sesi temu ramah sekerat jalan tu (niat -nak cari case peripheral nerve injury) ,nampak pak cik ni,menulis dengan tangan kiri.tangan kanan,berselubung kain hijau (maknanya dah operatela).

izzah : uncle,dah operate e?
uncle : ha'a dah itu hari.ade urat injured.
izzah : o,bile operate?
uncle : itu hari,doctor operate.
izzah : o,uncle buat ape? (dalam keadaan obvious tengah menulis)
uncle : belajar tulis,tangan kanan cedera,xboleh tulis
izzah : o,uncle tulis tangan kanan e? uncle kerja ape?
uncle : a'a tulis tangan kanan.saya kerja urus kedai.
izzah : ok uncle,thank you a.

berlalu pergi.senyum sendiri.

dalam hati :
dahsyatla pak cik ni,baru je cedera,dah terus usaha nak belajar guna tangan kiri untuk menulis. dan xde tanda2 pak cik ni,sedih sebab kemungkinan xboleh nak guna dah tangan kanan dia.tangan kanan xboleh tulis,tangan kiri boleh belajar .

saya kagum!

kadang2 kita rasa banyak perkara yang kita xsuka berlaku dalam hidup kita,kadang2 kita rasa kitalah manusia paling malang dalam dunia ni.tapi ingat,akan sentiasa ada orang2 yang lebih malang dan kurang bernasib baik berbanding kita.bersyukurlah!

percayalah,setiap yang Allah kurniakan kepada kita adalah dalam linkungan kemampuan kita.apalah sangat pengetahuan kita yang terbatas ni,jika dibandingkan dengan Allah yang bersifat Al-Khabir.

jangan putus asa,akan sentiasa ada jalan keluar.(At-Talaq:2-3)

Thursday, February 10, 2011

brownian motion

Salamu'alaik ya nuha.

Subhanallah Alhamdulillah Lailaha ilallah Allahu Akbar

;)

tadi,setelah berjaya membiakkan habuk kat atas lantai kat bilik,proses meng'induce' brownian motion dilakukan (read as menyapu).

apa itu brownian motion?


hurm,sounds complicated ke?
bayangkan,untuk explain brownian motion ni,it needs lenty calculation .rephrase-it needs accurate lenty calculation.
Subhanallah!

pergerakan yang kita rasa mudah pun,(yela,habuk bergerak~),pun dapat potray satu makna yang besar-membuktikan kewujudan atom (very small particle-not visible with naked eyes).

aha,apatah lagi diri kita yang 'super-complicated' ni,bukan saja dari segi fizikal,malah emosi dan cara pemikiran.

tidakkah kita melihat? (berlatar belakangkan lagu "open ur eyes"~)

selamat menerokai kebesaran Allah dalam kehidupan harian.^^

p/s:brownian motion sangat cantik + glitter dari cahaya matahari.

Monday, February 7, 2011

rabi'ul awal yang lepas~


Salamu'alaik ya nuha.

Subhanallah Alhamdulillah Lailahaillallah Allahu Akbar.

semoga semua sentiasa dalam linkungan kasih sayangNya.ameen.^^

rabi'ul awal tiba lagi.banyak2kan selawat.mari sama2 jadikan rabi'ul awal yang datang ni,sebagai satu titik perubahan ke arah menambahkan cinta kepada junjungan besar Rasulullah s.a.w.

:)

rabi'ul awal yang lepas,kami sambut kat kashmir.(walaupun xsempat sampai 12 rabi'ul awal~)
shikara (kalau notice kat belakang tu,ade masjid~)

hari2 di kashmir,antara hari2 yang paling damai sekali.
kat kashmir,especially bila dalam perjalanan merentasi Dal Lake,rasa macam masa xberlalu.
suasana yang sangat sejuk,selalu menyebabkan izzah rasa pak cik yang kayuh shikara (sejenis sampan yang digunakan kat Dal Lake) saje je dengki,kayuh pelahan-lahan~.kekeke.
tambahan lagi,tasik yang hanya ade tempias lampu2 boat house,menjadikan malam penuh bintang macam lukisan kanvas yang xbergerak.
walaupun shikara tu bergerak,masih nampak gunung-ganang dan bintang2 yang sama.
kesimpulannya-semua macam static sekejap,mungkin berhenti menikmati malam ciptaan Tuhan.
gunung-ganang yang sama

sangat cantik~(missing kashmir,doraemon,pinjam mesin masa..)

dalam perjalanan balik ke boat house kami (Chicago boat house),biasanye dalam lepas maghribla,selalu dengar sayup2 orang berselawat dan kadang2 dengar macam orang berzanji dari masjid yang ade dekat Dal Lake tu.

mula2,ingatkan zikir lepas solat,tapi tiba2 rasa :kenapa macam panjang sangat? (lama tau,nak seberang Dal Lake tu~)
rupa-rupanya,jemaah kat masjid tu,tengah berselawat + doa2 (read as selawat qasidah,atau haul kat kashmir)diorang sempena dengan tibanya rabi'ul awal,dari 1 rabi'ul awal sampai acara kemuncak sambutan maulidurrasul pada 12 rabi'ul awal (kami xsempat nak rasa..)

masha Allah,rasa sangat tertarik dengan cara diorang sambut maulidurrasul-penuh dengan selawat-sangat suka^^.

semoga Allah terangi hati2 kita semua dengan selawat,dan Allah berikan keamanan dan kebebasan kepada jiwa2 yang bergantung harap padaNya.

p/s:thanx for the info.

Monday, January 31, 2011

DFU



Salamu'alaik ya nuha.

Subhanallah Alhamdulillah Lailahaillallah Allahu Akbar.

mesti ade yang tertanya-tanya,ape itu DFU kan?

DFU= diabetic foot ulcer.(xsampai hati nak letak gambar DFU,takut ada yang xleh nak tengok..)

tadi pagi,kami ikut 'ward round' pagi2 kat ward.dan ade melambak-lambak case DFU yang dah buat debridement.sampai rasanye nama ward pun boleh tukar kepada DFU ward~

menakutkan.

bukan rupa,atau sebab bau dia.

tapi,sebab kesan dia.

macam2 ade-sakit,jangkitan kuman (read as infection),kene potong kaki (amputation),& etc.
(nota:ni bukan kelas DFU)

Alhamdulillah,x ade diabetes.

nenek kata nak elakkan dapat penyakit2 kronik (hypertension,diabetes) kene jaga makan.

tambah nenek lagi,bila nak makan,bacalah

Dengan nama Allah yang dengan namaNya terpeliharalah segala sesuatu yang ada di bumi dan juga di langit daripada sebarang bahaya.Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
rugi kan,kalau kita tahu tapi xberamal.malangnye ,tiada siapa2 yang lagi rugi dari kita,kalau kita x amalkan ilmu yang kita ada.

selamat beramal.ingat,muslim yang kuat,lebih disukai Allah dari yang lemah.^^

p/s : mesir dalam keadaan bergolak,dan ramai lagi rakyat Malaysia kat sana.sama2lah doakan , supaya Allah menjaga dan melindungi mereka yang beriman di kalangan hamba2Nya.banyak jiwa yang izzah kasihi kat sana,semoga semuanya Allah mudahkan.ya Allah,amankanlah kami dari apa2 yang kami takutkan.ameen.

Sunday, January 30, 2011

bahagia~

Salamu'alaik ya nuha.

Subhanallah Alhamdulillah Lailahaillallah Allahu Akbar

bahagia~korang,bahagia x? :)cara kucing (hey-ro) express bahagia~

hurm,cakap pasal bahagia,apa yang korang rasa bahagia?

Ada satu hari tu,kat depan OPD kat HPSF (hospital muar) , ada satu makcik ni,tengah cuba nak tolak stretcher masuk OPD.kat atas stretcher tu,ade satu nenek tua.
(nota penting-nak masuk OPD tu,jalan dia macam naek bukit,sikit~)

kami (student medic yang tengah 'playing doctors'),ade kat tepi tu,bersembang.

rasa macam nak tolong,tapi rasa segan (masha Allah,punyalah xtahu tahap mana iman-sampai segan nak tolong orang lain)

kemudian, mak cik tu pandang2 sekeliling (excuse me,that was a very obvious signal saying-can u please help me?)

hurm-still hesitating..

mak cik tu,sempat lepaskan nafas berat (read as sigh),lepas tu,dia pun cuba tolak sretcher tu masuk OPD.dengan susah payah..

Alhamdulillah,waktu tu,baru bergerak badan yang Allah pinjamkan ni,nak tolong mak cik tu.
Alhamdulillah ya Allah,terima kasih sebab gerakkan badan pinjamanMu ni.

lepas tolong mak cik tu,walaupun sikit sangat-Allah campakkan rasa bahagia :)

--macam mana,nak sensitif pasal isu2 yang jauh (Palestin),kalau isu yang depan mata pun xnampak
--Akhlak tu-adalah perbuatan spontan
--sila,kisah @ peduli dengan keadaan sekeliling

peringatan khas buat diri sendiri yang selalu lupa.

p/s:kalau ade definisi lengkap bagi time-frame untuk 'selalu' - ....(speechless)...

tiada tuhan selainMu,Maha Suci Allah,sesungguhnya kami orang2 yang zalim.

ya Allah lembutkanlah hati kami,semoga lebih sensitif dengan keadaan sekeliling.ameen.

Thursday, January 20, 2011

Muar adalah tarbiah

Salamu'alaik ya nuha.

Subhanallah Alhamdulillah Lailahaillallah Allahu Akbar

ingat x-

seorang muslim itu,apabila diuji,dia bersabar dan apabila dia diberi nikmat ,dia bersyukur.
sebagai salah seorang pelajar kat MMMC ni,maka izzah pun xterlepas untuk kena posting kat muar which take around 1 hour journey from MMMC.memandangkan kami kene ada kat hospital muar by 8.00am,maka kene bertolak dari campus pukul 7.00am-which is pretty early for college student (waktu zaman sekolah dulu-xpernah complain pun~).oleh sebab rutin harian yang bermula 'sangat' awal ,maka ramailah yang selalu xsuka pegi muar (termasukla izzah)
boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia baik untuk kamu

(al baqarah 216)


apa kelebihan pegi muar ni?
  1. kene bangun awal-maka xde alasan untuk lewat solat subuh
  2. kene tido awal malam sebelumnye-maka kuranglah perkara2 xberfaedah dilakukan
  3. kalau bangun awal sikit-sempatla solat sunat tahajud dengan solat sunat taubat,at the very least
  4. sempat bangun untuk sahur-kalau nak berpuasa hari tu
  5. memandangkan perjalanan yang agak lama-sangat sempat untuk membaca mathurat
  6. bolehla latih diri melawan nafsu tidur-sebab ada 2 perkara yang kene buat pagi tu (solat dan ke kelas)
  7. dapat menghayati suasana pagi-sangat cantik-^^
  8. habis kelas hari jumaat-boleh terus balik rumah,sangat dekat berbanding kalau balik dari melaka. :P
  9. dan banyak lagi~
kalau boleh naik magic school bus mesti cepat sampai hospital.huhu~

Alhamdulillah,Allah dah tunjukkan satu cara untuk kita semua membaiki diri dan iman.terima kasih ya ALlah!

semoga Allah mudahkan urusan kita semua ,bukan saja di dunia,malah lebih2 lagi di akhirat.