Wednesday, September 30, 2009

salam buat semua.

Salam buat semua,bukan saja buat annurnuha,tapi untuk semua.

dah lama xmenulis,dan dah rasa macam xnak menulis dah.bila reflex balik diri ni,apa agaknya sebab mula2 menulis bl0g dulu?

bila teringat balik tujuan asal menulis bl0g-untuk BERK0NGSI-supaya ada faedahnya buat semua-insya'Allah semata-mata hanya kerana mencari redha Ilahi.ameen.

meh,kita share pengalaman Ramadhan yang lepas.

Ramadhan yang lepas,adalah Ramadhan yang sangat menarik sebab dapat berpuasa di lima negara berbeza(India,Yaman,Mesir,J0rdan dan United Arab Emirates).xdela menetap kat semua negara pun,transit je kat Yaman dan J0rdan.^^

selama berpuasa+bercuti di Mesir,Alhamdulillah Allah mudahkan urusan kami.walaupun travel dalam cuaca yang lebih panas berbanding India,Allah kuatkan kami-x pernah kami rasa xlarat sampai nak kena berbuka puasa.Alhamdulillah.



sepanjang perjalanan kami dibumi Anbiya' tu,kami dihidangkan dengan bermacam-macam pengalaman menarik yang xpernah kami teng0k kat tempat2 lain.

1-0rang membaca Al-Quran dimana jua-atas tram,depan kedai,dalam masjid.


2-jamuan berbuka puasa sentiasa ada.seingat izzah,makan berbuka yang kami bayar hanyalah sekali-yang lain semua,datang dari tangan mereka2 yang lain.kalau bukan kawan2 di Mesir,dari Pak Arab+Mak Arab.


3-amalan sentiasa mend0akan mereka yang lain."kullu sanah waantum bi khair"
-->sem0ga sepnajang tahun,kamu dalam keadaan baik.kami mampu balas ngan senyuman je.:)

4-hiasan2 di gantung-->menandakan mereka meraikan Ramadhan.(kalau kat Malaysia yang macam selalu kita gantung sempena kerja kahwin.)


5-batas antara lelaki dan perempauan dijaga-->dalam metr0,gerabak lelaki dan perempuan diasingkan.

6-macam2 aktiviti keagamaan ada.sempatla sekali ke kelas mengaji di Mans0ura(walaupun hanya 2 makra'), sekali ke kelas tafseer (ayat 18-29~Surah An-Naba')di Tanta dan iftar jama'ie di Alexandria.

7-masjid2 penuh ketika taraweh-->ni serius.semasa kat Alex-ada satu masjid di0rang panggil Game' Ibrahim,selama 2 malam teraweh kat situ,best sangat-sebab ramai 0rang.^^

8-dan macam2 lagi-->nak tahu,experiencela sendiri.

tu cerita di Mesir,meh dengar cerita pasal Dubai pulak.

masa kami sampai kat Dubai,kami terkejut dengan tahap kepanasan kat sane.ingatkan Mesir dah cukup panas dah,rupa2nya Dubai jauh lebih panas.(40-43'C).

Dubai secara ringkasnya adalah sebuah negara Islam yang kaya,bersih dan sangat PESAT membangun.merata-rata b0leh teng0k bangunan2 baru yang sedang dibina.

kat sana,kehidupan sangat mewah--bus st0p--ada air c0nd--mungkin jugak sebab panas sangat.

xdapat nak bercerita panjang sebab kami pun,xdela merayau merata-rata kat Dubai pun,sempatla berjalan-jalan kejap,naik metr0 Dubai yang baru je launched 09/09/09.

ha,kat Dubai Alhamdulillah kami dapatla ikut kelas tafseer dalam bahasa Urdu,walaupun sepatah haram xfahan--redha jelah--sebab lepas kelas tafseer tu,kami menyaksikan se0rang Sri Lankan yang kafir menjadi MUSLIM!semua yang hadir waktu tu,diminta mengajar Aminah(nama Islam dia) melafazkan Lailahaillallah.

insya'Allah setiap lafaz Lailahaillallah yang dia lafazkan lepas ni,adalah sikit pahala yang Allah hadiahkan buat kami.ameen.

akhir kata,(hehehe) antara yang kami rasa sangat bertuah travel dalam bulan Ramadhan sebab,kami dapat s0lat teraweh di masjid2 yang berbeza.dari teraweh di india,mesir dan dubai.sem0ga setiap tempat kami bersujud akan datang menjadi saksi di Mahsyar nanti bahawa perjalanan kami kali ini,adalah demi mencari redha Yang Esa.ameen.

salam aidil fitri buat semua,maaf zahir batin.(xla lambat sangat lagikan..^^)

sem0ga Allah menerima amalan2 yang telah kita usahakan sepanjang Ramadhan yang lepas dan sem0ga ada j0d0h untuk bertemu dengan Ramadhan yang akan datang.ameen.

p/s:gambar ada banyak je,tapi dah xlarat nak tunggu untuk diupl0ad.internet lembap sangat.agak2nya kura2 pun lagi laju.