lama xmenulis(pembetulan-sangat lama).
semoga semua sentiasa dalam lindungan kasih sayang Allah. :)
sabtu yang lepas (11/12),Alhamdulillah,Allah izinkan kami menghadirkan diri ke satu program - Fiqh Medic yang diadakan di CUCMS,Cyberjaya.
sangat best.
belajar macam mana hukum2 dibuat (bukan belajar buat hukum~).
Alhamdulillah.
lepas tu,malam yang hari yang sama satu lagi talk diadakan-perubatan moden adalah perubatan islam
perubatan islam xterbatas hanya pada ayat2 Al-Quran ,madu,kurma dan kismis saja.bahkan,jika kita kupas konsep yang digunakan dalam penghasilan madu,kita akan faham bahawa perubatan sekarang adalah perubatan islam
sebagai contoh-madu.
madu dihasilkan dari pelbagi khasiat yang lebah kutip dari macam2 bunga dan reproduce as madu.
macam tu jugak dengan ubat2 sekarang-sebagai contoh-paracetamol (panadol)
pelbagai khasiat dikumpulkan dari macam2 sumber untuk menghasilkan satu ubat yang bermanfaat kepada manusia.
kan,perubatan islam tu.:)
lepas tu macam mana pulak dengan menjampi pesakit?
hurm,dengan menggunakan doa dan ayat Al-Quran sebagai jampi-itu dibolehkan.
kan,tu jugak salah satu usaha untuk menyembuhkan pesakit.
last sekali kepada semua ,jangan lupa ini:
Rasulullah s.a.w bersabda:
Allah yang menurunkan penyakit dengan ubatnya - Riwayat Abu Daud
di dalam riwayat yang lain:
sekiranya ubat digunakan untuk sesuatu penyakit,penyakit itu sembuh dengan izin Allah-Riwayat Muslim
semoga bermanfaat.:)