Sunday, May 23, 2010

pagi tadi..

Salamu’alaik ya nuha.

Alhamdulillah,Allah masih beri pinjaman nyawa siap dengan package iman dan islam.Alhamdulillah.:)

Pagi tadi,Allah beri kesempatan untuk pergi ceramah by wakil Hamas (Syeikh Abu Ubadah) anjuran Aqsa Syarif.

Niat asal nak sangat pergi,sebab nak tengok macam mana rupa orang yang Allah janjikan syurga.macam mana rupa mereka yang mengangkat senjata mempertahankan Al-Quds.macam mana rupa mereka yang berhadapan dengan kezaliman Israel.

Masya Allah,wajah Abu Ubadah sangat tenang ,bukan penuh dengan duka atau muka penuh sengsara.

Gambar pertama yang beliau tunjukkan adalah gambarAsy-Syahid Syeikh Ahmad Yasin (setiap kali sebut nama ni,selalu teringat kat neebah.)

Kemudian ,beliau teruskan bahawa-

Asy-Syahid Syeikh Ahmad Yasin bukanlah seorang pemuda gagah perkasa malah beliau lumpuh dan tak berdaya.namun fikiran beliau membawa kepada pembentukan Hamas dan bermulanya gelombang intifadah di bumi Palestin.(rasanya ramai yang memang sedia maklum kan?)

kemudian sambung beliau-

nanti ,di akhirat Asy-Syeikh Ahmad Yasin boleh menjadi hujah Allah kepada kita.sedangkan beliau yang lumpuh dan tidak berdaya mampu berjihad di jalan Allah,apatah lagi kita yang kuat,berakal,ada daya,ada harta..apakah usaha kita membantu jalan Allah? T-T

p/s:sama2 doakan lifeline4gaza,semoga Allah kurniakan salah satu antara 2 berjaya menorobos tembok aparteid Israel atau syahid.Allahu Akbar!

2 comments:

syabab said...

betul tu izzah.
kita yang cukup segala sifat dan masih kuat dan muda ni pun, x cukup berusaha demi deen ini.
sangat2 tersentuh dengan talk semalam. paling tersentuh bila pengerusi agsa syarif cakap yang bertolak ke palestin,'doakan supaya kami pergi dan tidak kembali'

ya Rabb,bantulah mereka dan alirkan semangat jihad dalam darah kami juga!

izzah said...

ameen,nurani.:)