Salamu'laik ya nuha.
Subhanallah Alhamdulillah Laihaillallah Allahu Akbar.
:)
semoga semua sentiasa dalam keadaan terbaik (dari sudut fizikal,emosi dan rohani)
sepanjang minggu lepas,banyak berlaku case hunting di ward D1-D4 MGH -sebab kekurangan case yang boleh dipresent (dibincang) dalam case discussion.
maka,dalam perjalanan turun naik ward,banyakla patient2 yang ditemuramah sekerat jalan.
salah satunya,adalah seorang pak cik,dalam linkungan 40+ yang ada di salah satu ward orthopaedic lelaki (D1/D2/D4).
dalam sesi temu ramah sekerat jalan tu (niat -nak cari case peripheral nerve injury) ,nampak pak cik ni,menulis dengan tangan kiri.tangan kanan,berselubung kain hijau (maknanya dah operatela).
izzah : uncle,dah operate e?uncle : ha'a dah itu hari.ade urat injured.izzah : o,bile operate?uncle : itu hari,doctor operate.izzah : o,uncle buat ape? (dalam keadaan obvious tengah menulis)uncle : belajar tulis,tangan kanan cedera,xboleh tulisizzah : o,uncle tulis tangan kanan e? uncle kerja ape?uncle : a'a tulis tangan kanan.saya kerja urus kedai.izzah : ok uncle,thank you a.
berlalu pergi.senyum sendiri.
dalam hati :
dahsyatla pak cik ni,baru je cedera,dah terus usaha nak belajar guna tangan kiri untuk menulis. dan xde tanda2 pak cik ni,sedih sebab kemungkinan xboleh nak guna dah tangan kanan dia.tangan kanan xboleh tulis,tangan kiri boleh belajar .
saya kagum!
kadang2 kita rasa banyak perkara yang kita xsuka berlaku dalam hidup kita,kadang2 kita rasa kitalah manusia paling malang dalam dunia ni.tapi ingat,akan sentiasa ada orang2 yang lebih malang dan kurang bernasib baik berbanding kita.bersyukurlah!
percayalah,setiap yang Allah kurniakan kepada kita adalah dalam linkungan kemampuan kita.apalah sangat pengetahuan kita yang terbatas ni,jika dibandingkan dengan Allah yang bersifat Al-Khabir.
jangan putus asa,akan sentiasa ada jalan keluar.(At-Talaq:2-3)
No comments:
Post a Comment