Monday, April 11, 2011

izzah

Salamu'alaik ya nuha.

Subhanallah Alhamdulillah Laihaillallah Allahu Akbar.

:)

izzah?

makin lama ,makin selalu pulak nama izzah disebut-sebut.(betul tau,bukan perasan~)

eg: kita kena ada rasa izzah dengan Islam.

makin lama menyebabkan diri sendiri tertanya-tanya apa makna izzah ni? (huhu,walaupun faham je,tapi rasa nak faham lebih lagi)

setelah meng'google' untuk beberapa ketika,izzah end up di sini.

I'zza: it equals to hold fast to a principle that you believe in.
daripada talk yang di'link'kan terus dengan site tu,secara dasarnya izzah maksudnya kemuliaan .(honour-A tangible symbol signifying approval or distinction)

seterusnya,ada 6 perkara yang suci dan perlu dipertahankan(daruriyah):
  1. nyawa
  2. harta
  3. akal
  4. keturunan
  5. agama
  6. maruah/kemuliaan (honour) [izzah]
pastu,nak tahu berapa tinggi kepentingan izzah ni?
kepentingan izzah ni,sampai Allah menghukum sesiapa yang mencemarkan 'izzah' orang lain.contohnya menuduh seorang wanita solehah berzina (macam dalam kisah maryam ibu Nabi Isa as-boleh refer An-Nisa':156) .

seterusnya milik siapa 'izzah' ni?
milik Allah dan orang2 yang Allah janjikan izzah buatnya,firmanNya:
Mereka berkata, "Sungguh jika kita kembali ke Madinah (kembali dari perang Bani Mustalik),pastilah orang yang kuat (a'azzu) akan mengusir orang2 yang lemah dari sana " . padahal kekuatan (izzah) itu hanyalah bagi Allah ,Rasul-Nya, dan bagi orang2 mukmin,tetapi orang2 munafik itu tidak mengetahui .
Al-Munafiqun : 8
seterusnya di akhirat kelak ada orang2 yang Allah janjikan izzah (kemuliaan) dengan menyediakan lindungan di mana tiada lindungan pada ketika tu,selain pelindungan Allah,bersama para nabi dan shuhada'.
antaranya:
  1. ketua (imam) yang adil
  2. pemuda yang membesar dengan hidupnya digunakan untuk menyembah Allah
  3. wanita cantik yang diajak berzina dan menolaknya kerana takutkan Allah
  4. pemuda yang hatinya terpaut pada masjid
  5. lelaki atau wanita yang apabila tangan kanannya bersedekah,tangan kirinya tidak mengetahui. :)
p/s:izzah,semoga awak lebih faham apa yang awak bawa dengan nama ni,selain sebagai identification diri.

ja ne~

3 comments: