Subhanallah wa bihamdihi
Subhanallah hal adzim :)
futur?
Penyakit Futur
Futur mengandungi dua makna iaitu :
a. Putus setelah bersambung, atau tenang setelah bergerak.
b. Malas, lambat, perlahan, setelah rajin dan bersungguh.
Menurut istilah : Futur ialah suatu penyakit yang dapat menimpa sebahagian aktivis, bahkan menimpa mereka secara praktikal (perbuatan). Tingkatannya yang paling rendah berupa kemalasan, menunda-nunda atau berlambat-lambat. Kemuncaknya ialah terputus atau berhenti sama sekali sebelumnya rajin dan terus bergerak.Allah SWT berfirman mengenai malaikat “Dan (ingatlah) Segala Yang ada di langit dan di bumi adalah milik kepunyaan Allah jua; dan malaikat-malaikat Yang ada di sisiNya tidak membesarkan diri dan tidak enggan daripada beribadat kepadaNya, dan tidak pula mereka merasa penat dan letih. Mereka beribadat malam dan siang, Dengan tidak berhenti-henti.” – (Al-Anbiya’ : 19-20)
Maksudnya, mereka selalu beribadah dengan menyucikan Allah dari segala sesuatu yang tidak layak bagiNya, sentiasa mengerjakan solat dan berzikir kepada Allah siang dan malam dengan tiada merasa lemah dan bosan.
Sebab-sebab futur:
1. Berlebih-lebihan dan bersangatan dalam beragama.
2. Berlebih-lebihan dan melampaui batas dalam perkara yang harus
3. Suka menyendiri dan meninggalkan jemaah
4. Sedikit sekali mengingati mati dan akhirat.
5. Bersikap seenaknya dalam melaksanakan amal sehari-hari.
6. Memakan makanan yang haram atau syubhat
7. Membatasi kegiatannya pada satu sisi sahaja dari berbagai aspek agama.
8. Melupakan sunnah Allah terhadap alam dan kehidupan.
9. Tidak memperlihatkan hak-hak badan kerana besarnya tugas dan banyaknya kewajipan, sedang orang yang mahu melaksanakan agama jumlah sangat sedikit.
10. Tidak adanya persiapan untuk menghadapi rintangan.
11. Bersahabat dengan orang yang lemah kemahuannya dan rendah cita-citanya
12. Tidak sistematik dalam melakukan sesuatu, baik yang dilakukannya sendiri mahupun bersama-sama
13. Terjatuh dalam lembah maksiat dan keburukan, lebih-lebih bila menganggapi mudah terhadap dosa-dosa kecil.
copy paste dari sini
p/s:merindui nota-nota kecil tercatat 'jangan futur' dari sahabat2.semoga semua tenang dalam perjuangan,ameen :)
No comments:
Post a Comment