Tuesday, February 17, 2009

10:107

Salamu'alaik ya nuha.

satu ayat yang best untuk dijadikan pegangan.cantik sungguh Allah buat ayat ni.kepadaNya kita bersandar dan kembali.=)



Dan jika Allah menimpakan suatu bencana kepadamu,maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah mengkehendaki kebaikan bagi kamu , tidak ada yang dapat menolak kurniaNya .Dia memberikan kebaikan kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki di antara hamba-hambaNya.Dia Maha Pengampun , Maha Penyayang.

Surah Yunus : 107

segalanya adalah ketentuan Allah.manusia hanya mampu berusaha.kita merancang,Allah juga merancang,tetapi perancangan Allah adalah perancangan terbaik.

selamat berusaha.=)

^end point^

Salamu’alaik ya nuha.

Hurm~

Kadang2 bila kita senang,kita lupa kepada mereka yang susah.

Bila kita gembira,kita terlupa kepada mereka yang bersedih.

Bila kita naik kenderaan ,kita lupa kepada mereka yang berjalan kaki.

Apekah?


~end point~ curik gambar dari nurani.heee..

Sekadar membawa suara2 pejalan kaki di end point (buat mereka yang berada di Manipal)

Memandangkan jalan yang masih xsiap lagi,masih menggunakan jalan tanah merah,jadi,silalah berhati perut.



Janganlah pakai suka hati je tekan minyak,considerla sikit mereka yang berjalan kaki..bila motor2 lalu dengan laju,mereka yang kena makan debu..kesian .(kesian diorang,kan kak ja)

Sekadar nak bagitau,kadang2 kita lebih memandang perkara2 besar,terlupa perkara2 kecil yang siapa tahu bakal menyelamatkan kita dari neraka Allah.

Wallahu’alam.

Esok ada paper forensic.doakan kami.semoga dengan doa kalian,kami mudah jawab periksa.^_^

makna doa yang kita baca subuh tadi.doa yang mana satu korang rasa?

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanaMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau
tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.


pandai..doa qunut.=)

Friday, February 13, 2009

General Talks.=)

salamu'alaik ya nuha.

hurm.

saje nak nak share .(kenapa gagap pulak nih..)

ada satu link yang best untuk diklik

talk about Islam .obviously it is about life as Islam is the way of life,isn't it?


=)

enjoy the talks.spread it, as we never know which one of our good deeds will save us from jahannam.

esok,ada paper pharmac .Alhamdulillah,terima kasih Allah,at least esok xyah risau ,xtau nak buat apa.sekarang je yang tengah risau,apa agaknya nak jawab esok..

sama2 doakan kejayaan bersama.=)

terima kasih kak toy for the link.

Thursday, February 12, 2009

.:little wonders:.

let the song do the talking part between you and me.sit back,and listen.sometimes we just too busy talking not realizing we listen and understand so little about life.

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA


let it go,
let it roll right off your shoulder
don't you know
the hardest part is over
let it in,
let your clarity define you
in the end
we will only just remember how it feels

our lives are made
in these small hours
these little wonders,
these twists & turns of fate
time falls away,
but these small hours,
these small hours still remain

let it slide,
let your troubles fall behind you
let it shine
until you feel it all around you
and i don't mind
if it's me you need to turn to
we?ll get by,
it's the heart that really matters in the end

our lives are made
in these small hours
these little wonders,
these twists & turns of fate
time falls away,
but these small hours,
these small hours still remain

all of my regret
will wash away some how
but i can not forget
the way i feel right now

in these small hours
these little wonders
these twists & turns of fate
these twists & turns of fate
time falls away but these small hours
these small hours, still remain,
still remain
these little wonders
these twists & turns of fate
time falls away
but these small hours
these little wonders still remain

Tuesday, February 10, 2009

bukan untuk annurnuha.

peringatan awal~bukan untuk annurnuha.

Salamu’alaik huda.=)

Walaupun mustahil surat ni,nak sampai ke tangan awak.saje nak tulis jugak.moga thru sembang2 malaikat izrael kiter ngan awak,mungkin je cerita ni terslip ke pendengaran awak.

Firstly,hurm..where should I start?

Pagi tadi,kiter mintak tolong nadia kisskan awak untuk kiter.kiter xsempat nak balik.exam pun xstart lagi.awak xkisah kan?

Waktu kiter dapat berita awak ada AML dari puteri,kiter xdela sangka yang awak dapat type M4 dan cepat sangat progress.xsangka dalam masa 2 bulan kiter dah xboleh dengar suara awak.xpela,at least you are still here,in my memory.(moga2 Allah jauhkan kiter dari Alzheimer.)

Hurm..sebenarnya kiter beli tiket balik lepas dengar dari cikgu saidah yang awak hardly make it even for another year.kiter pi beli tiket petang tu jugak.sorry,xbagitau hal sebenar,tapi kiter xtipu.kiter balik ni,memang nak gi cari sponsor. Rasanya awak memang dah figure it out awal2 lagi.

Allah dah tulis awal2,kiter xsempat jumpe awak lagi.Alhamdulillah,Allah bagi kiter peluang chat and dengar suara awak lagi,walaupun xdapat nak tengok macam mana keadaan awak,dapat dengar suara jadila.xpelakan,kalau itu yang terbaik.=)

Anyway,remember the salwa polkadot yang kiter belikan awak tu,actually kiter beli kat diri sendiri,sampai kat rumah,baru sedar,xde belikan apa2 untuk awak.xpela,awak amikla salwa tu,kiter boleh beli bile2 je.tapi,nampaknya , kiter bagi kat nadia jela.

Masa awak,mula coma hari tu,kiter xpernah sangka awak xkan bangun lagi.tapi relief sangat bila ayah awak kata , awak sempat mengucap sebelum doctor put awak into ‘deep’ sleep.Alhamdulillah,tu je kalimah yang keluar dari mulut kiter.xde apa lagi yang lebih baik yang mampu kiter harapkan sebagai seorang sahabat.khusnul khatimah
buat awak,Alhamdulillah.

Ingat tak one of our conversation ,awak cerita pasal lecturer awak Tanya siapa yang paling awak sayang?bila ada yang jawab mak,ada yang jawab ayah.tapi bila lecturer tu cakap,bahawa kat akhirat nanti,mak tak kenal anak,sahabat tak kenal sesame sahabat,suami tak kenal isteri,hanya Allah tempat berlindung dan bergantung waktu tu.semoga Allah ampunkan dosa2 kiter semua,ringankan beban kiter di dunia dan di akhirat.

Last but not least,kiter rasa plan nak gi shopping together tu,kena tunggu sampai akhirat la.insya’Allah.=)

Pagi tadi,waktu kiter cakap ngan nadia,nadia Tanya kite,

“kak izzah bile nak balik?”

Same macam awak Tanya kiter.berat kiter nak jawab.kiter sampai lambat lagi.20/02.kiter dah janji ngan dia,kiter gi jumpe dia ,biler kiter sampai Malaysia nanti.insya’Allah kiter ziarah rumah baru awak.


ur favourite song.=)

Sampai jumpa lagi.
(hugs and kisses for you.)

Monday, February 9, 2009

cahaya hati~

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA


Alloh Engkau Dekat
Penuh Kasih Sayang
Takkan Pernah Engkau Biarkan
HambaMU Menangis

Karna KemurahanMU
Karena Kasih SayangMu

Hanya Bila DiriMu
Ingin Nyatakan Cinta
Pada Jiwa-jiwa
Yang Rela Dia Kekasihmu

Kau yang Slalu Terjaga
yang Memberi segala

Alloh Rohman, Alloh Rohim
Allohu Ya Ghofar Ya Nurul Qolbi
Alloh Rohman, Alloh Rohim
Allohu Ya Ghofar Ya Nurul Qolbi

Disetiap Nafas Disegala Waktu
Semua Bersujud Memuji Memuja AsmaMu

Kau yang slalu Terjaga
Yang Memberi Segala…

Alloh Rohman, Alloh Rohim
Allohu Ya Ghofar Ya Nurul Qolbi
Alloh Rohman, Alloh Rohim
Allohu Ya Ghofar Ya Nurul Qolbi

Setiap Makhluk Bergantung PadaMu
dan Bersujud Semesta UntukMu
Setiap Wajah Mendamba CintaMu Cahyamu

Alloh Rohman, Alloh Rohim
Allohu Ya Ghofar Ya Nurul Qolbi
Alloh Rohman, Alloh Rohim
Allohu Ya Ghofar Ya Nurul Qolbi

Ya Alloh Ya Romah Ya Alloh 3x
Ya… Alloh


Al-Fatihah buat nurul huda khairul anuar.semoga bahagia disisi Allah.=)
.andai kehidupan memisahkan kita,insya'Allah,kematian akan mempertemukan kita sekali lagi.

semoga semuanya selalu kuat.insya'Allah.=)

Sunday, February 8, 2009

Sesungguhnya kami orang2 yang berharap kepada Allah

Salamu’alaik ya nuha.

Cukuplah Allah bagi kami ,Allah dan RasulNya akan memberikan kepada kami sebahagian dari kurniaNya. Sesungguhnya kami orang yang berharap kepada Allah.
At-Taubah : 59


Pernah xdalam hidup kita,kita tiada lagi tempat nak berharap kecuali kepada Allah? (sebab biasanya bila dah xde siapa2 nak tolong kita baru kiter turn back to Allah.)

Hurm~

Ni salah satu hikmah yang izzah dapat bila pergi jalan2.especially waktu kat integomb.sebab pergi dan balik sendiri dari puduraya sampai ayer hitam.sendiri ,sorang2 kat tengah puduraya.as someone yang memang suka berjalan,ayah percayalah anak dia ni.walaupun sorang2.

Ada sekali tu,sepatutnya hari tu kelas habis pukul 5,baru boleh balik kampong (means balik rumah masing2).maka,izzah belilah tiket pukul 8 malam.sekali,tiba2 cikgu xjadi buat kelas.boleh balik pukul 3.ha?

Sabar jela.sepanjang tunggu kat pudu memang xbest.ramai orang.Alhamdulillah ada adib dengan wani.pukul 8 pm,bas tak sampai2 lagi.apa kes ni?dalam pukul 8.30,bas adib dengan wani dah nak bertolak ke JB.

Tunggu lagi..

Sampai dah pukul 10.10pm.satu2 kedai kat pudu tu tutup.lampu mula malap.apekah?waktu tu, Allah je tempat berharap.ya Allah mudahkanlah urusanku,peliharalah aku dari hasad dengki makhluk2Mu.

Alhamdulillah,pukul 10.45 pm,bas sampai dan terus bertolak ke kluang.Alhamdulillah.duduk je dalam bas,terus tido.penat sangat.

Hurm~

Sekarang,izzah harap Allah beri yang terbaik buat nurul huda khairul anuar (nhka).

Kami kenal masa kat integomb.lepas keluar sekolah kami masih contact each other.kalau ada cuti,kadang2 dari KTT izzah gi bermalam kat rumah dia.dia pun pernah bermalam kat rumah izzah.(satu hobi,ajak orang bermalam kat rumah..).malah satu family dia kenal izzah.(banyak sangat kali pergi bermalam.heheh.).kesimpulan mudah,family kami saling mengenali.

2 bulah yang lepas ,masa dalam perjalanan balik dari usrah kat Angel’s court,izzah dapat satu mesej dari putri.

”huda kat HUKM sekarang,dia ada AML.”

Ringkas je mesej putri.berderau darah baca.sesampainya kat rumah,terus call dia.mak dia yang angkat.huda tido.

Setelah hampir 2 bulan huda kat HUKM,dia sekarang coma.sebelum dia coma,dia sempat mintak nak balik rumah.dia xnak amik ubat,xnak kasi nurse amik darah dia.dia nak balik rumah! Doctor ada bagitau kat dia few times,that dia boleh balik kalau keadaan dia stable.hurm..

Apa yang mampu izzah tolong ,hanya doa dan solat hajat.doa semoga Allah mudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.doa semoga Allah kuatkan dia,tenangkan hatinya,ringankan bebannya,ampunkan dosa2nya.doa semoga Allah sabarkan ahli keluarganya dan sahabat2nya.doa semoga Allah beri yang terbaik buat huda.=)

Insya’Allah.

Kamu yang membaca,pun tolonglah doa kat huda.mungkin melalui doa kamu,Allah makbulkan doa kami semua.mungkin saja, kamu lebih disayangi Allah dari kami.

Friday, February 6, 2009

.:jatuh cinta sekali lagi:.

Salamu’alaik ya nuha.

Rindu nak rasa jatuh cinta lagi.

Hurm~

dulu,setiap kali jumpa ‘dia’ rasa best sangat.kami sembang panjang.kadang2 perbualan yang sama diulang berkali-kali.tak bosan bila bersama.banyak cerita yang ‘dia’ bagitau.macam2 aspek dia bercerita.dari cerita pasal planet,pasal binatang,pasal kehidupan,pasal pelangi,pasal mengembara,pasal sains,pasal macam2la..xhabis nak sebut kat sini.

Dulu,setiap kali habis sembang,xsabar nak jumpa lagi.rindu kalau dah lama tak jumpa.huhu..’dia’ tak pernah gagal buat izzah rasa kagum.waa..setiap cerita dia,sentiasa menarik,xkisahla sama ada ‘dia’ bercerita mengunakan gambar2 yang ‘dia’ ada atau tanpa gambar.=)

Bestnya bila bersama ‘dia’.

Sekarang ni,bila bersama ‘dia’,ah bosannya! boleh tak,jadi menarik sikit? Setiap kali nak kena jumpa ‘dia’,akan ada je alasan supaya tak payah jumpa ‘dia’.nasib baik dalam tak nak jumpa dengan ‘dia’,masih ada sedikit kesedaran bahawa izzah kena jumpa ‘dia’.hurm..jadi,pergilah jugak jumpa ‘dia’.

Izzah sedar,izzah kena cinta ‘dia’ balik.ye,saya tahu.

Ni tengah cari jalan nak cinta ‘dia’ semulalah ni.nak belajar mencintai ‘dia’ sekali lagi.semuanya demi ayat ni.

“ iqra’ ”

Bacalah.. (al-‘Alaq :1)




Semoga cinta pada ‘dia’ kembali macam mula2 kenal dulu.

Selamat berusaha mencintai buku sekali lagi.=)

pandanglah kami dengan pandangan kasih sayangMu

Salamu'alaik ya nuha.

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA


meh,kiter same2 istighfar.kalau xbanyak dosa yang kiter buat hari ,sikit pun mesti ade,kan .especially yang tukang taip ni.




ya Allah,a Ghaffar,kami hina dengan dosa.ampunkanlah dosa2 kami,dosa kedua ibu bapa kami,dosa ahli keluarga kami,dosa guru2 kami ,dosa sahabat2 kami,dosa semua umat Islam di dunia dan di akhirat.ya Allah,ampunkanlah kami,pandanglah kami dengan pandangan kasih sayangMu.bantulah kami menjadikan diri kami hambaMu yang sentiasa bertaubat kepadaMu, pimpinlah kami di atas jalan kesabaran,ya Allah tunjukkanlah kepada kami keindahan tawakal,ya Allah cantikkanlah akhlak kami sepertimana Engkau mempercantikkan kejadian kami.

ya Allah,dengarkanlah kami kalimah2Mu yang indah,ya Allah tautkan kami dengan rahmatMu,simpulkan antara kami ukhwah dan tetapkanlah langkah2 kami menujuMu.

ameen.

Thursday, February 5, 2009

satu mesej~

Salamu’alaik ya nuha.

Petang tadi,tengah sibuk2 ,izzah dapat satu mesej.

“salam izzah.stress..

Heheh..tersenyum izzah baca.bukan dengki dengan orang yang hantar,jauh lagi nak kata
‘padan muka’.

Paham2..diambang peperiksaan slightest mistake atau gangguan perasaan ,rasa macam nak ‘meletup’.=)

Xbanyak yang izzah dapat bantu,sekadar satu mesej merapu,supaya boleh tersenyum.moga2 dengan senyuman,resah tu hilang.insya’Allah.


mencari damai =)

Cakap pasal resah,rasa macam payah nak nasihat kat orang lain.lebih2 lagi apabila diri sendiri ada resah.semoga resah hilang dengan tawakal,dan keyakinan bahawa segalanya adalah ketentuan.kita hanya mampu berusaha.. (xcakap pasal peperiksaan di sini)

Resah kata hati
Syaitan kata itu biasa
Iman kata jangan ikut rasa
Akal kata ikutlah kira-kira

Hati kata aku buntu
Syaitan kata siapa yang nak bantu?
Iman kata Allah ada selalu
Akal,pilihlah ikut suka kamu

Hati kata tiada yang kupasti
Syaitan kata kehidupan itu judi
Iman kata,rahmatNya tidak bertepi
Akal kata,aku berlepas diri

Kalau ikut rasa binasa
Ikut hati mati
Ikut syaitan kamu kesesatan
Ikut iman aman
Ikut akal ,langkahmu hanya sejengkal.


abaikan mana2 yang tidak penting.

Tuesday, February 3, 2009

hari ini 8 Safar~

Salamu’alaik ya nuha.

Hari ni 8 safar 1430 hijrah.=)

Izzah sekarang berumur lebih kurang kurang 3 hari lagi 22 tahun,kalau kira tahun hijrah.lahir-11 safar 1408.

Mak ,izzah dan haamiim ,semua lahir dalam bulan Islam yang sama-Safar.walaupun kalau ikutkan calendar masihi dalam bulan yang lain.heheh.


adik ni pun hafal,bulan2 dalam kalendar Islam.kita bila lagi?

Kadang2 kita terlalu sibuk dengan bulan2 Masihi,sampai terlupa kita pun ada calendar sendiri yang perlu dibanggakan-Kalendar Hijrah. Calendar yang ditandakan dengan penghijrahan Rasulullah s.a.w meninggalkan tanah tercinta,berhijrah kerana arahan Allah,dan demi memperkukuhkan letak duduk Islam.dari Mekah al-Mukarramah ke Madinah al-Munawwarah.=)

Hurm,kalau ada yang tak tahu,tarikh lahir korang dalam calendar islam,klik sini.

Semoga,lepas ni,kita lebih peka dengan tarikh2 dalam calendar Hijrah,disamping calendar Masihi.

Huda,cepatla baik.izzah kat sini doakan.insya’Allah,Allah mudahkan urusan hambaNya yang sabar.

“dan taatilah Allah dan RasulNya,dan janganlah kamu berselisih ,yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan kekuatanmu hilang dan bersabarlah.Seseunguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar”

Al-Anfal:46



semoga selalu kuat.