Thursday, February 5, 2009

satu mesej~

Salamu’alaik ya nuha.

Petang tadi,tengah sibuk2 ,izzah dapat satu mesej.

“salam izzah.stress..

Heheh..tersenyum izzah baca.bukan dengki dengan orang yang hantar,jauh lagi nak kata
‘padan muka’.

Paham2..diambang peperiksaan slightest mistake atau gangguan perasaan ,rasa macam nak ‘meletup’.=)

Xbanyak yang izzah dapat bantu,sekadar satu mesej merapu,supaya boleh tersenyum.moga2 dengan senyuman,resah tu hilang.insya’Allah.


mencari damai =)

Cakap pasal resah,rasa macam payah nak nasihat kat orang lain.lebih2 lagi apabila diri sendiri ada resah.semoga resah hilang dengan tawakal,dan keyakinan bahawa segalanya adalah ketentuan.kita hanya mampu berusaha.. (xcakap pasal peperiksaan di sini)

Resah kata hati
Syaitan kata itu biasa
Iman kata jangan ikut rasa
Akal kata ikutlah kira-kira

Hati kata aku buntu
Syaitan kata siapa yang nak bantu?
Iman kata Allah ada selalu
Akal,pilihlah ikut suka kamu

Hati kata tiada yang kupasti
Syaitan kata kehidupan itu judi
Iman kata,rahmatNya tidak bertepi
Akal kata,aku berlepas diri

Kalau ikut rasa binasa
Ikut hati mati
Ikut syaitan kamu kesesatan
Ikut iman aman
Ikut akal ,langkahmu hanya sejengkal.


abaikan mana2 yang tidak penting.

1 comment:

Anonymous said...

moga nikmat islam dan imat dimanfaat sebaiknya..