Monday, January 31, 2011

DFU



Salamu'alaik ya nuha.

Subhanallah Alhamdulillah Lailahaillallah Allahu Akbar.

mesti ade yang tertanya-tanya,ape itu DFU kan?

DFU= diabetic foot ulcer.(xsampai hati nak letak gambar DFU,takut ada yang xleh nak tengok..)

tadi pagi,kami ikut 'ward round' pagi2 kat ward.dan ade melambak-lambak case DFU yang dah buat debridement.sampai rasanye nama ward pun boleh tukar kepada DFU ward~

menakutkan.

bukan rupa,atau sebab bau dia.

tapi,sebab kesan dia.

macam2 ade-sakit,jangkitan kuman (read as infection),kene potong kaki (amputation),& etc.
(nota:ni bukan kelas DFU)

Alhamdulillah,x ade diabetes.

nenek kata nak elakkan dapat penyakit2 kronik (hypertension,diabetes) kene jaga makan.

tambah nenek lagi,bila nak makan,bacalah

Dengan nama Allah yang dengan namaNya terpeliharalah segala sesuatu yang ada di bumi dan juga di langit daripada sebarang bahaya.Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
rugi kan,kalau kita tahu tapi xberamal.malangnye ,tiada siapa2 yang lagi rugi dari kita,kalau kita x amalkan ilmu yang kita ada.

selamat beramal.ingat,muslim yang kuat,lebih disukai Allah dari yang lemah.^^

p/s : mesir dalam keadaan bergolak,dan ramai lagi rakyat Malaysia kat sana.sama2lah doakan , supaya Allah menjaga dan melindungi mereka yang beriman di kalangan hamba2Nya.banyak jiwa yang izzah kasihi kat sana,semoga semuanya Allah mudahkan.ya Allah,amankanlah kami dari apa2 yang kami takutkan.ameen.

Sunday, January 30, 2011

bahagia~

Salamu'alaik ya nuha.

Subhanallah Alhamdulillah Lailahaillallah Allahu Akbar

bahagia~korang,bahagia x? :)cara kucing (hey-ro) express bahagia~

hurm,cakap pasal bahagia,apa yang korang rasa bahagia?

Ada satu hari tu,kat depan OPD kat HPSF (hospital muar) , ada satu makcik ni,tengah cuba nak tolak stretcher masuk OPD.kat atas stretcher tu,ade satu nenek tua.
(nota penting-nak masuk OPD tu,jalan dia macam naek bukit,sikit~)

kami (student medic yang tengah 'playing doctors'),ade kat tepi tu,bersembang.

rasa macam nak tolong,tapi rasa segan (masha Allah,punyalah xtahu tahap mana iman-sampai segan nak tolong orang lain)

kemudian, mak cik tu pandang2 sekeliling (excuse me,that was a very obvious signal saying-can u please help me?)

hurm-still hesitating..

mak cik tu,sempat lepaskan nafas berat (read as sigh),lepas tu,dia pun cuba tolak sretcher tu masuk OPD.dengan susah payah..

Alhamdulillah,waktu tu,baru bergerak badan yang Allah pinjamkan ni,nak tolong mak cik tu.
Alhamdulillah ya Allah,terima kasih sebab gerakkan badan pinjamanMu ni.

lepas tolong mak cik tu,walaupun sikit sangat-Allah campakkan rasa bahagia :)

--macam mana,nak sensitif pasal isu2 yang jauh (Palestin),kalau isu yang depan mata pun xnampak
--Akhlak tu-adalah perbuatan spontan
--sila,kisah @ peduli dengan keadaan sekeliling

peringatan khas buat diri sendiri yang selalu lupa.

p/s:kalau ade definisi lengkap bagi time-frame untuk 'selalu' - ....(speechless)...

tiada tuhan selainMu,Maha Suci Allah,sesungguhnya kami orang2 yang zalim.

ya Allah lembutkanlah hati kami,semoga lebih sensitif dengan keadaan sekeliling.ameen.

Thursday, January 20, 2011

Muar adalah tarbiah

Salamu'alaik ya nuha.

Subhanallah Alhamdulillah Lailahaillallah Allahu Akbar

ingat x-

seorang muslim itu,apabila diuji,dia bersabar dan apabila dia diberi nikmat ,dia bersyukur.
sebagai salah seorang pelajar kat MMMC ni,maka izzah pun xterlepas untuk kena posting kat muar which take around 1 hour journey from MMMC.memandangkan kami kene ada kat hospital muar by 8.00am,maka kene bertolak dari campus pukul 7.00am-which is pretty early for college student (waktu zaman sekolah dulu-xpernah complain pun~).oleh sebab rutin harian yang bermula 'sangat' awal ,maka ramailah yang selalu xsuka pegi muar (termasukla izzah)
boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia baik untuk kamu

(al baqarah 216)


apa kelebihan pegi muar ni?
  1. kene bangun awal-maka xde alasan untuk lewat solat subuh
  2. kene tido awal malam sebelumnye-maka kuranglah perkara2 xberfaedah dilakukan
  3. kalau bangun awal sikit-sempatla solat sunat tahajud dengan solat sunat taubat,at the very least
  4. sempat bangun untuk sahur-kalau nak berpuasa hari tu
  5. memandangkan perjalanan yang agak lama-sangat sempat untuk membaca mathurat
  6. bolehla latih diri melawan nafsu tidur-sebab ada 2 perkara yang kene buat pagi tu (solat dan ke kelas)
  7. dapat menghayati suasana pagi-sangat cantik-^^
  8. habis kelas hari jumaat-boleh terus balik rumah,sangat dekat berbanding kalau balik dari melaka. :P
  9. dan banyak lagi~
kalau boleh naik magic school bus mesti cepat sampai hospital.huhu~

Alhamdulillah,Allah dah tunjukkan satu cara untuk kita semua membaiki diri dan iman.terima kasih ya ALlah!

semoga Allah mudahkan urusan kita semua ,bukan saja di dunia,malah lebih2 lagi di akhirat.

Sunday, January 16, 2011

tukarkan pandangan-change the view

Salamu'alaik ya nuha.

Alhamdulillah,semalam Allah izinkan menjadi sabtu yang sangat bermakna-bukan saja dari segi fizikal (dapat berjalan-jalan + makan KFC) dan juga dari segi rohani (berukhwah + menambahkan rasa syukur).

Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah(sampai sekarang masih boleh senyum lagi ^^)

Bismillahirrahmanirrahim (Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang)

dalam buku tulisan Harun Yahya The Miracle Of Creation In Plants ,beliau bertanya para pembaca:

what is the difference between seed in its shell as hard as tree bark,and tree bark itself?




biasanya kita x tanya diri kita soalan2 macam ni kan?sebab kita rasa kita sangat sibuk dengan kehdupan seharian kita,dan selalu kita rasa ada yang lebih penting dari persoalan tadi.

rata2 kita,memang berfikiran macam ni (izzah pun),hanya melihat pada permukaan (superficial) je.Apa yang penting ,janji pokok2 ni hidup dan boleh bagi kebaikan kepada kita-itu memadai bagi kita, kan? Dengan pandangan macam ni,kita rasakan semua yang berlaku disekeliling kita "macam sama je".Sebagai contoh ,lalat terbang-sebab ade sayap.

Malangnye dengan pandangan sempit macam ni,banyak yang kita terlepas pandang dalam alam ni.

kalau kita,nak TUKARKAN PANDANGAN (change the view) yang sempit ni,kepada pandangan yang lebih luas,macam kali pertama kita nampak alam sekeliling kita-kita akan MULA BERFIKIR,dan BERTANYA DALAM DIRI kita (what,how,why) -menarik kan? ^^

Kemudian,baru kita nampak,macam2 yang luar biasa dalam alam sekeliling kita (macam bila kita tengok natgeo,amazing animals,etc).



Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi,pergantian malam dan siang,kapal yang belayar di laut dengan (muatan) yang bermanfaat kepada manusia,apa yang diturunkan Allah dari langit berupa air,lalu dengan itu dihidupkanNya bumi setelah mati (kering) ,dan Dia tebarkan di dalamnya bermacam-macam binatang,dan perkisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi (semua itu) sungguh merupakan tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang2 yang mengerti (yang berakal).(Al-Baqarah:164)


selamat meneroka alam sekeliling dan melihat keajaiban !!

Saturday, January 15, 2011

No word is worthy-sami yusuf

Salamu'alaik ya nuha.



masha Allah,betapa berusahanya orang lain menyampaikan dakwah-dengan sugguh2.

ingat,firman Allah:
dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang2 yang bertaqwa.(Ali Imran:133)


semua,selamat berusaha mencari keampunan Allah dan taqwa.^^

Sunday, January 9, 2011

::143::

Salamu'alaik.

Subhanallah Alhamdulillah Lailahaillallah Allahu Akbar.

semoga semua selalu dalam linkungan kasih sayang Allah.:)

rasa2nye apa yang significant dengan number ni? 143?

macam2 ade.

salah satu yang terlintas kat fikiran antaranye adalah: I love you.

malangnye yang izzah nak share kat sini,bukan 143= I love you,tapi surah Al-Baqarah ayat ke 143.^^

Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memmimpin kamu ke jalan yang lurus).Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat pilihan lagi adil,supaya kamu layak memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan perbuatan kamu
(Al-Baqarah : 143)


Alhamdulillah,pagi tadi Allah izinkan kami hadir dalam daurah Shahadatul Haq.Shahadatul haq yang kami bincangkan tadi adalah talk Abu 'Ala Al-Maududi(untuk teks penuh klik sini atau sini).kami belajar:



-Shahadatul Haq = penyaksian atas kebenaran

-kalimah Shahadatul Haq = 2 kalimah shahadah (Aku bersaksi tiade Tuhan selain Allah,dan Muhammad adalah Rasulullah)

-perkara2 lain yang izzah highlightkan dalam notebook adalah (pentinglah maknanya).heh~
1)kerana Allah
2)sampaikan (sentiasa menolak batu-batu tu,bergerak atau tidak bukan urusan kita)
3)2 cara untuk mneyampaikan-melalui perkataan atau perbuatan.
4)kalau xsampaikan-Allah laknat ; 2:140 (nauzubillah hi min zalik)
5)menyambung tugas Rasulullah s.a.w,supaya Rasulullah s.a.w boleh menjadi saksi kepada kita diakhirat kelak.

rasanya,sampai situ je izzah boleh terangkan.sila sambung pembacaan anda,selepas membaca post ni.(maafla,atas keterbatasan diri ini..)