Sunday, January 30, 2011

bahagia~

Salamu'alaik ya nuha.

Subhanallah Alhamdulillah Lailahaillallah Allahu Akbar

bahagia~korang,bahagia x? :)cara kucing (hey-ro) express bahagia~

hurm,cakap pasal bahagia,apa yang korang rasa bahagia?

Ada satu hari tu,kat depan OPD kat HPSF (hospital muar) , ada satu makcik ni,tengah cuba nak tolak stretcher masuk OPD.kat atas stretcher tu,ade satu nenek tua.
(nota penting-nak masuk OPD tu,jalan dia macam naek bukit,sikit~)

kami (student medic yang tengah 'playing doctors'),ade kat tepi tu,bersembang.

rasa macam nak tolong,tapi rasa segan (masha Allah,punyalah xtahu tahap mana iman-sampai segan nak tolong orang lain)

kemudian, mak cik tu pandang2 sekeliling (excuse me,that was a very obvious signal saying-can u please help me?)

hurm-still hesitating..

mak cik tu,sempat lepaskan nafas berat (read as sigh),lepas tu,dia pun cuba tolak sretcher tu masuk OPD.dengan susah payah..

Alhamdulillah,waktu tu,baru bergerak badan yang Allah pinjamkan ni,nak tolong mak cik tu.
Alhamdulillah ya Allah,terima kasih sebab gerakkan badan pinjamanMu ni.

lepas tolong mak cik tu,walaupun sikit sangat-Allah campakkan rasa bahagia :)

--macam mana,nak sensitif pasal isu2 yang jauh (Palestin),kalau isu yang depan mata pun xnampak
--Akhlak tu-adalah perbuatan spontan
--sila,kisah @ peduli dengan keadaan sekeliling

peringatan khas buat diri sendiri yang selalu lupa.

p/s:kalau ade definisi lengkap bagi time-frame untuk 'selalu' - ....(speechless)...

tiada tuhan selainMu,Maha Suci Allah,sesungguhnya kami orang2 yang zalim.

ya Allah lembutkanlah hati kami,semoga lebih sensitif dengan keadaan sekeliling.ameen.

No comments: