Tuesday, May 31, 2011

tarbiyah :)

Salamu'alaik ya nuha.
Alhamdulillah,Alhamdulillah.Alhamdulillah




sila klik play,sekian.

Saturday, May 28, 2011

pak cik,terima kasih.


Salamu'alaik ya nuha.:)

Subhanallah Alhamdulillah Lailahaillallah Allahu Akbar.

"never cause your patient any pain!"
uuu~
pak cik,saya memang xsengaja.
rasanya cakap ,sorry banyak mana pun,xkan cukup.pak cik,terima kasih sebab sangat sabar .

semoga Allah ampunkan dosa2 pak cik tu,dengan sebab izzah dah menyebabkan dia sakit.ameen.

Wednesday, May 25, 2011

hidupkanlah malam~

Salamu'alaik ya nuha.:)

Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah ^^

semoga semua sentiasa dalam linkungan kasih sayang ALlah.

jom,hidupkan malam2 yang berbaki ni (yela,timeline kita xsiapa tahu sampai bila kan?) ,andai ada kelapangan,ada kekuatan.

sebab,qiyamullail ni lebih baik dari dunia dan isinya.masha Allah ,dunia ni pun macam best je kan,apatah lagi sesuatu yang lebih baik darinya. :)

selamat berusaha menghidupkan malam2 yang ada.

ada banyak tips2 untuk mudah bangun malam,yang izzah tahu,pasang niat,kunci jam dan doa pada ALlah,supaya diberi kekuatan untuk bangun.

ada tips2 lain?care to share? :)

jaga hati,jaga iman.

ya Allah,bantulah kami menjaga diri kami daripada menjadi sumber fitnah kepada orang lain,ya Allah,bantulah kami menjaga diri kami,agar orang lain xmendapat tempias dari keburukan dan kekurangan kami.ameen.

ya Allah,aku bersalah..

Sunday, May 22, 2011

sehari sabtu :)


Salamu'alaik ya nuha.

Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah :)

sesungguhnya kita merancang dan Allah juga merancang.dan Allah lah sebaik-baik perancang.

semalam,bolehla dikatakan hari yang productive,bermula dari pagi sampai ke isya'.

seperti hari2 yang luar biasa,bila anda pergi program qiyam ,anda akan dikejutkan untuk qiyam.Alhamdulillah,Allah izinkan kami semua menghidupkan hening pagi sabtu kami bersama-sama.seronok tau~

lepas siap,subuh berjamaah kat masjid + sarapan free ^^,kami pun pulang ke kolej dengan pengetahuan bahawa akan ada masalah belakan electric dari 9am-6pm.uuuu~

tunggu2,ada je electric.tiba2,pukul 10.45 am (?),eletrik dah xde.xperasan pun,sebab dah tertidur kat meja.

pukul 11.45,keluar lunch,sambil masing2 giat fikir "nak study kat mane?" (ada exam ,selasa ni.tolong doakan~).

lepas lunch kat windmill bukit beruang,kami singgah solat kat masjid .. . (xtau nama dia~),kemudian kami ke kampung buku .yeay!!

kampung buku~menarik kan?
sampai kat botanical garden,penuh parking,maka kami decided parking je kat depan kampung buku.sangat best suasana kat sana-menggalakkan kami membaca buku-dalam sejam-dua yang pertama.

kemudian,kami pergi maen dam ularla,dam hajila (meng'conquer' kidz corner)..banyak sangat aktiviti boleh buat kat situ.:)

masuk waktu asar,kami pun berangkat ke mydin.solat,shopping dan makan.

kemudian,niat nak sambung study kat A&W kat jusco pulak (sebab dapat berita dari mak guard,eletrik xde sampai pukul 9pm-xkanlah nak bergelap kat kolej kan?).baru je nak amik turn ke jusco,dapat mesej-dah ada eletrik dah!!-hooray!!

kami pun buat u-turn,dan pulang.

solat maghrib ,isya'---tido~

:)

Alhamdulillah!

p/s:kepada sesiapa yang ada kat melaka,selain coffee bean,mcD (janganla sokong Israel),library community kat jusco,ada satu lagi tempat menarik untuk anda study -->kampung buku!! :)

Tuesday, May 17, 2011

10 ringgit~~


Salamu'alaik ya nuha.

Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah :)

kenapa dengan RM 10?

isnin yang lalu (skema pulak~),macam hari2 isnin yang sedikit luar biasa dari isnin2 yang lain,dapatla pergi pasar malam.

lepas beli beberapa barang untuk orang lain,barulah nak beli makanan sendiri.dalam poket ada 2 keping RM 1,dan 2 keping RM 10.harga makanan yang dibeli tu,dalam lebih kurang RM 2++.

masa nak bayar tu,ramai orang kat kedai tu,makanya macam nak mudahkanlah peniaga tu,xpayah pulangkan baki,maka nak bayarlah pakai 2 keping RM 1 tu,tapi,kalau bayar dengan duit tu,confirm lah xkan bagi peminta2 sedekah yang ada RM 10.uuu

macam mana ni?

xpelah,bayar jela dengan 2 keping RM 1,kita derma lain kali jela (kata hati-busuk betul)

lepas tu,dalam perjalanan balik,ada kawan pinjam RM 20 tu nak beli top-up.pastu bila dah masuk dalam kereta,dia pulangkan balik RM 20 tu,dengan 2 keping RM 10. (so far,korang faham x?)

akhir sekali,sampai kat bilik,bila keluarkan duit dari poket ada sekeping je RM 10.

eh,mana satu lagi?

turunlah bawah,cari sepanjang perjalanan,memang xde.tanya kat kawan tu,kot2la ada dalam kereta-xde jugak.

balik tu,tergelak sendiri.

padan muka,kedekut lagi dengan Allah,kan Allah dah ambik balik hakNya.Alhamdulillah,Allah ambik RM 10 je,kalau lebih?nauzubillah~

sekadar nak kongsi.kalau kita ada duit, sebahagian adalah hak orang2 lain.
p/s:mari bersama-sama memaksimumkan amalan bersedekah (2:261)

Tuesday, May 10, 2011

kebergantungan kepada yang lain~

Salamu'alaik ya nuha.

semoga semua sentiasa dalam redha dan petunjuk Allah.

Alhamdulillah , Alhamdulillah .(double Alhamdulillah~)

hurm..

ape agaknya kita nak bercerita hari ni?

kebergantungan kepada yang lain.

cuba tengok sekeliling kita.mesti ada banyak benda kan~

then,cuba trace balik mana kita dapat benda2 tu.

contoh:
-phone : beli masa nak fly gi india dulu (huhu,lamanya dah~)
-buku : junior belikan kat india
-pen : beli sendiri rasanya la~
-meja : xbeli,memang kolej sediakan

ok.

seterusnya ,macam mana kita boleh dapat benda2 tadi
-phone : pi beli dengan ayah
-buku : pakai duit jpa
-pen : duit jpa jugak kot
-meja : bayarla yuran hostel~

uhuk~xde pun pakai duet sendiri atau atas susah payah diri sendiri.semua masih bergantung dengan orang lain (terima kasih ALlah,terima kasih pembayar2 cukai~).

walaupun macam tu,xpernah Allah putuskan rezeki yang Dia salurkan ,sentiasa ada,walaupun masih xmampu dengan tangan sendiri,maka Allah salurkan melalui tangan2 hambaNya yang lain .(kalau jatuh dari langit-macam scary sangat la pulak nanti kan~)

bayangkan bukan sekarang je,atau baru2 ni Allah bagi rezeki,tapi sejak dari zygote.

ya ALlah,xkan pernah cukup syukur kami kepadaMu.ya Allah limpahkanlah kepada kami rasa syukur kepadaMu ketika susah dan senang.

:)

p/s: bila ada banyak kerja nak buat,& rasa xcukup2 masa-->maka bantulah orang laen.xpercaya? refer surah Al-Lail~ ^^