Tuesday, May 17, 2011

10 ringgit~~


Salamu'alaik ya nuha.

Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah :)

kenapa dengan RM 10?

isnin yang lalu (skema pulak~),macam hari2 isnin yang sedikit luar biasa dari isnin2 yang lain,dapatla pergi pasar malam.

lepas beli beberapa barang untuk orang lain,barulah nak beli makanan sendiri.dalam poket ada 2 keping RM 1,dan 2 keping RM 10.harga makanan yang dibeli tu,dalam lebih kurang RM 2++.

masa nak bayar tu,ramai orang kat kedai tu,makanya macam nak mudahkanlah peniaga tu,xpayah pulangkan baki,maka nak bayarlah pakai 2 keping RM 1 tu,tapi,kalau bayar dengan duit tu,confirm lah xkan bagi peminta2 sedekah yang ada RM 10.uuu

macam mana ni?

xpelah,bayar jela dengan 2 keping RM 1,kita derma lain kali jela (kata hati-busuk betul)

lepas tu,dalam perjalanan balik,ada kawan pinjam RM 20 tu nak beli top-up.pastu bila dah masuk dalam kereta,dia pulangkan balik RM 20 tu,dengan 2 keping RM 10. (so far,korang faham x?)

akhir sekali,sampai kat bilik,bila keluarkan duit dari poket ada sekeping je RM 10.

eh,mana satu lagi?

turunlah bawah,cari sepanjang perjalanan,memang xde.tanya kat kawan tu,kot2la ada dalam kereta-xde jugak.

balik tu,tergelak sendiri.

padan muka,kedekut lagi dengan Allah,kan Allah dah ambik balik hakNya.Alhamdulillah,Allah ambik RM 10 je,kalau lebih?nauzubillah~

sekadar nak kongsi.kalau kita ada duit, sebahagian adalah hak orang2 lain.
p/s:mari bersama-sama memaksimumkan amalan bersedekah (2:261)

No comments: