Rindu nak rasa jatuh cinta lagi.
Hurm~
dulu,setiap kali jumpa ‘dia’ rasa best sangat.kami sembang panjang.kadang2 perbualan yang sama diulang berkali-kali.tak bosan bila bersama.banyak cerita yang ‘dia’ bagitau.macam2 aspek dia bercerita.dari cerita pasal planet,pasal binatang,pasal kehidupan,pasal pelangi,pasal mengembara,pasal sains,pasal macam2la..xhabis nak sebut kat sini.
Dulu,setiap kali habis sembang,xsabar nak jumpa lagi.rindu kalau dah lama tak jumpa.huhu..’dia’ tak pernah gagal buat izzah rasa kagum.waa..setiap cerita dia,sentiasa menarik,xkisahla sama ada ‘dia’ bercerita mengunakan gambar2 yang ‘dia’ ada atau tanpa gambar.=)
Bestnya bila bersama ‘dia’.
Sekarang ni,bila bersama ‘dia’,ah bosannya! boleh tak,jadi menarik sikit? Setiap kali nak kena jumpa ‘dia’,akan ada je alasan supaya tak payah jumpa ‘dia’.nasib baik dalam tak nak jumpa dengan ‘dia’,masih ada sedikit kesedaran bahawa izzah kena jumpa ‘dia’.hurm..jadi,pergilah jugak jumpa ‘dia’.
Izzah sedar,izzah kena cinta ‘dia’ balik.ye,saya tahu.
Ni tengah cari jalan nak cinta ‘dia’ semulalah ni.nak belajar mencintai ‘dia’ sekali lagi.semuanya demi ayat ni.
“ iqra’ ”
Bacalah.. (al-‘Alaq :1)
Semoga cinta pada ‘dia’ kembali macam mula2 kenal dulu.
Selamat berusaha mencintai buku sekali lagi.=)
1 comment:
insyaAllah..
semoga kesedaran terus menular dalam sanubari kita sebagai muslim..
Post a Comment