Monday, March 30, 2009

keyboard dan pilihan.=)

Salamu’alaik ya nuha.=)

Salam sejahtera buat semua.semoga sentiasa dalam lindungan kasih sayangNya.

Beberapa hari yang lepas,waktu tengah buat msp (mentor student project) kat library,tanpa disangka-sangka,button ‘o’ yang selama ni sedikit sengal,akhirnya terus xmahu berfungsi.maka bermulalah episod pelik dalam hidup berkomputer ~setiap kali nak guna ‘o’ kena copy and paste (lawak sungguh).



setelah laptop ni,menjadi bahan gelak huda dan ana,akhirnya tadi ,satu keyboard baru telah dibeli..hehehe..yang harganya sedang2 je.(kalau nak beli mahal2 macam membazir je)

Begitulah hidup ni,apabila banyak piihan yang ada..macam2 hendak dipilihnya.

Cakap pasal pilihan~~teringat kisah Tareq Az-Ziyad.

Tareq Az-Ziyad diperintahkan oleh Musa bin Nusair untuk meninjau keadaan di Andalusia.Sesampainya mereka (Tareq dan bala tenteranya)ke Andalusia ,ketibaan mereka telah diketahui musuh.dengan bilangan askar2 yang sedikit,ramai yang risau dengan keadaan keselamatan mereka.

Sebagai pemimpin , Tareq telah mengambil tindakan membakar SEMUA kapal2 yang membawa dia dan bala tenteranya ke Andalusia.(apabila beliau dah bakar kapal2 tu,xdelah kenderaan yang boleh digunakan untuk pulang ke Africa.)

Kemudian dia berkata kepada kepada bala tenteranya

“di belakang kalian lautan,dihadapan kalian musuh.kalian tiada pilihan lain kecuali berperang dan syahid atau menang.”

Kata2 semangat ni,telah membawa kepada permulaan penjajahan tanah Andalusia dan penyebaran Islam ke benua tersebut.

Dalam keadaan terdesak dan terpaksa,manusia akan jadi lebih kreatif malah menjadi lebih baik dari sebelumnya.. (alamak,adakah salah pilihan membeli keyboard baru?)

Saturday, March 28, 2009

sabar dan ais krim~

Salamu’alaik ya nuha.=)

Kesejahteraan dan kebahagiaan bagi kalian, karena kalian telah bersabar dalam menaati Allah dan menerima cobaan-Nya. Syurga adalah sebaik-baik tempat kesudahan (Ar-Ra'd: 24)


Best kan kalau kita bersabar.

Bukan senang nak bersabar tapi bukanlah mustahil.

Hurm..

Macam mana nak bersabar?

Teringat salah satu p0st naufa “bagaimana islam mendidik sabar dan redha”

Sabar ni rasanya b0lehla di anal0gikan macam takat lebur iman.semakin tinggi kesabaran sese0rang ,semakin tinggila takat lebur imannya.apabila takat lebur iman semakin tinggi,semakin mudahla dan lapanglah hati menghadapi masalah dan ujian yang Allah plan dan sediakan.



Bila diibaratkan kehidupan ini,bagaikan perjalanan ke rumah,dan iman yang ada bagaikan ais krim yang perlu dibawa pulang.sepanjang perjalanan dari pagi sehinggalah tengahari keadaan suhu meningkat seiring dengan setiap langkah kita.andai sahaja ais krim yang dibawa pulang,mempunyai takat lebur yang rendah,sejak mula2 melangkah pulang,ais krim dah cair..jadi apa yang hendak dibawa pulang?

Andaikan pula,ais krim tu,mempunyai takat lebur yang tinggi,kalau masih xbanyak yang berbaki apabila sampai ke rumah,tapi,at least masih ada baki sedikit untuk mereka yang dirumah.barulah kita gembira membawa pulang ais krim bersama kerana dapat menggembirakan mereka yang ada dirumah.

Dalam kehidupan,Allah menyuruh kita bersabar dalam menaatinya dan menerima cubaanNya

Apabila kita berjaya-maka Allah kurniakan kita dengan syurga (insya’Allah) atau dianal0gikan disini,kita berjaya menggembirakan mereka yang berada di rumah.=)

Selamat berusaha membawa pulang ais krim yang terbaik untuk rumah masing2.^_^

p/s:sedapnya makan ais krim dalam musim2 panas membahang nih..thanx t0 kak t0y f0r the inspirati0n.

Sunday, March 22, 2009

eh,harta siapa nih?

Salamu’alaik ya nuha

Lama x dengar khabar berita.apa cerita ?sehat?

Alhamdulillah kalau semuanya baek je.=)

Ramai yang lebih sukakan harta orang yang lain dari harta sendiri

Salah satu kata2 Rasulullah kepada para sahabat.pada fikiran para sahabat ,mana mungkin seseorang mencintai harta orang lain dari harta mereka sendiri.jadi mereka bertanya ..

“mengapa kamu berkata begitu wahai Rasulullah? ”

Rasulullah menerangkan..

Harta yang kita ada sekarang bukanlah milik kita,tetapi adalah milik mereka yang lain.kenapa? kerana harta yang kita punya hari ini mungkin saja hilang dan habis digunakan,dan paling penting tidak akan menjadi milik tetap kita buat selama-lamnya.mungkin saja harta2 itu bertukar milik.

Berlainan dengan harta yang kita gunakan untuk kebaikan dengan niat kerana Allah.walaupun pada nilaian mata kasar harta itu habis,tetapi pada hakikatnya ,harta itu menjadi milik tetap kita,kerana Allah menjanjikan bahwa setiap kebaikan akan dibalas dengan kebaikan.bukankah itu adalah harta sebenar kita?tiada siapa boleh curi..tak akan bertukar milik dan takkan habis digunakan.=)

Faham tak?

Selamat mencintai harta sendiri lebih dari harta mereka yang lain.^_^

“Barang siapa mengkehendaki kehidupan dunia dan perhiasannya ,pasti Kami berikan (balasan) penuh atas pekerjaan mereka (dengan sempurna) dan mereka di dunia tidak akan dirugikan.”

Allah sambung lagi..

“itulah orang2 yang tidak memperoleh (sesuatu) di akhirat kecuali neraka,dan sia-sialah di sana apa yang mereka usahakan (di dunia) dan terhapuslah apa yang mereka kerjakan. ”

Surah Hud:15-16


Wallahu'alam

masih emo lagi~

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA


Merisik Khabar

Terkapar-kapar ku kelemasan
Sakit dilambung ombak kerinduan
Di dalam tidur di dalam jaga
Diburu oleh mimpi yang serupa
Mengapa aku jadi tak menentu
Keranamu...

Ku menyusuri jalan berliku
Membiarkan hari-hari berlalu
Tiada salam tiada pesan
Memaksa diri untuk melupakan
Namun wajahmu bermain di mata ku
Tiap waktu...

( korus )
Malam ku suram, siang ku kelam
Ku kegelisahan, mencari-cari
Kemana pergi, harga diri ini
Bertanyakan berita, merisik khabar
Mendengar cerita, melaluinya
Kau kuhampiri, tiap hari
Bersama luka dihati

Mengapa aku jadi tak menentu
Kerana mu...




~abaikan je pos ni~