Monday, March 30, 2009

keyboard dan pilihan.=)

Salamu’alaik ya nuha.=)

Salam sejahtera buat semua.semoga sentiasa dalam lindungan kasih sayangNya.

Beberapa hari yang lepas,waktu tengah buat msp (mentor student project) kat library,tanpa disangka-sangka,button ‘o’ yang selama ni sedikit sengal,akhirnya terus xmahu berfungsi.maka bermulalah episod pelik dalam hidup berkomputer ~setiap kali nak guna ‘o’ kena copy and paste (lawak sungguh).



setelah laptop ni,menjadi bahan gelak huda dan ana,akhirnya tadi ,satu keyboard baru telah dibeli..hehehe..yang harganya sedang2 je.(kalau nak beli mahal2 macam membazir je)

Begitulah hidup ni,apabila banyak piihan yang ada..macam2 hendak dipilihnya.

Cakap pasal pilihan~~teringat kisah Tareq Az-Ziyad.

Tareq Az-Ziyad diperintahkan oleh Musa bin Nusair untuk meninjau keadaan di Andalusia.Sesampainya mereka (Tareq dan bala tenteranya)ke Andalusia ,ketibaan mereka telah diketahui musuh.dengan bilangan askar2 yang sedikit,ramai yang risau dengan keadaan keselamatan mereka.

Sebagai pemimpin , Tareq telah mengambil tindakan membakar SEMUA kapal2 yang membawa dia dan bala tenteranya ke Andalusia.(apabila beliau dah bakar kapal2 tu,xdelah kenderaan yang boleh digunakan untuk pulang ke Africa.)

Kemudian dia berkata kepada kepada bala tenteranya

“di belakang kalian lautan,dihadapan kalian musuh.kalian tiada pilihan lain kecuali berperang dan syahid atau menang.”

Kata2 semangat ni,telah membawa kepada permulaan penjajahan tanah Andalusia dan penyebaran Islam ke benua tersebut.

Dalam keadaan terdesak dan terpaksa,manusia akan jadi lebih kreatif malah menjadi lebih baik dari sebelumnya.. (alamak,adakah salah pilihan membeli keyboard baru?)

2 comments:

hartini ♥ said...

eleh, comelnye akak ni. dah beli guna je lah. lgpun mudah lagi kerje tak perlu dah copy n paste. kuikui.

izzah said...

hehehe..
ye2.dah belikenela pakai nanti membazir pulak.=)