Wednesday, July 1, 2009

"nak pinjam berus gigi akak?"

Salamu’alaik ya nuha

“Nak pinjam berus gigi akak?”


Are?(baca sebagai ‘apa’-dalam bahasa jepun)

Terkejut sekejap bile kena tanya macam tu.

Actually waktu tu,nak amik wudhu’,baru lepas lunch.lupa pulak amik berus gigi..tambahan pulak dengan kebiasaan cakap sorang2,maka ter’marahlah’ diri sendiri sebab lupa pi amik berus gigi..

Akak kat sebelah tu (yang dikenali malam semalam-dalam satu program) mengoffer berus gigi dia .no hesitation at all..huhu.

Dalam terdiam kejap tu,sempat pulak dia tambah
“nak pakai sekali je pun kan?pinjamla~”

Mampu tersenyum je kat dia..(xingatla pulak jadi pinjam ke x..rasanya x kut)

Hurm..ape agaknya dia fikir masa offer dia punya berus gigi tu?

Mungkin rasa bersangka baik + nak memudahkan mereka yang lain melakukan ibadah(gosok gigi kan,dapat pahala) + ..

Hurm..

Xtahu kenapa letak cerita ni kat sini,tapi mungkin nak ajak korang sama2 fikir~ada aje manusia yang sanggup berkorban dan beri apa saja untuk membantu mereka yang lain di jalan Allah.kita?

Kamu,izzah?apa yang paling berharga dah kamu laburkan dijalan ini?
……………………………………………………………………………………………………………………………………..

Ada satu hadis,xingat sanad an matan dia secara penuh.tapi yang izzah ingat~

“Manusia suka menjadikan dirinya sebagai ukuran,dan kemudian mula membanding2kan dengan mereka yang lain,dan menyangka dia lebih baik dari mereka yang lain”

Contohnya kalau kiter gi solat kat masjid,kite tengok orang xpernah solat kat masjid,kiter cakap macam ni

“at least aku lebih baik dari dia,sebab aku solat kat masjid,dia x..”

Tanpa kite sedar,kite pun ada kurangnya..bile kiter sibuk men’judge’ orang lain,kite lupa menhisab (menilai) diri sendiri..syaitan pun mula pasang perangkap riya’,ujub dan etc..nauzubillah..

Sekadar ingatan,kalau kita nampak sesiapa buat silap,silap tersebut bukan sahaja ujian Allah untuk dia,tapi jugak ujian Allah untuk kita..adakah kita membantu dia ? membetulkan silapnya? Mengambil pengajaran darinya?


hati-hati dengan apa yang kita pilih..hehehe..

buat peringatan semua especially diri ini(in case kalau terlupa)
Hidup ini penuh dengan fitnah..


p/s:kalau nak dengan talk pasal kupasan hadis tadi,boleh klik sini.semoga bermanfaat.(bawah tajuk Judging Ourselves Honestly~)

3 comments:

maisarah said...

tulah kadang2 kita lupe kan..lemahnya manusia itu..

terima kasih ye izzah. gud post!

izzah said...

ummi~pantasnya komen.

terima kasih~

nak ingatkan diri sendiri,sambil tu ingatkan orang lain .nanti,kalau kiter lupa,ada yang ingatkan..(semoga Allah ampunkan dosa~)

(hug untuk ummi~)

=)

maisarah said...

[ummi hug izzah blek]