Saturday, August 1, 2009

confirm kambing tu buat xtahu je. ^.^

Salamu’alaik ya nuha

Hurm..lama xmenulis.rindu pulak rasanya.^^

Korang semua mesti tahukan,bahawa Rasulullah s.a.w pernah menjadi pengembala kambing.pernah terfikir tak,kenapa Allah jadikan Rasulullah pengembala kambing pada masa kanak-kanak baginda?

Ni apa yang izzah baca+faham ~

Sebab,dengan menjadi pengembala kambing,Rasulullah bersabar dan jadi lebih gigih untuk memimpin umat baginda menuju Allah.macam mana?

Sebab,ketika mengembala kambing-Rasulullah kena memimpin kambing2 tersebut satu demi satu-pergi kepada kambing tersebut dan pimpin.make sure dalam satu kelompok.kalau ada yang lari,baginda kena kejar balik kambing tersebut.kalau Rasulullah panggil je,confirm kambing tu buat xtahu je.

Macam tu juga dalam dakwah baginda,Rasulullah sampaikan dakwah baginda daripada seorang kepada seorang yang lain.Rasulullah xbuat iklan,tetapi baginda bersemuka dengan masyarakat.

Macam mana pulak dengan kita?



Yang dari kecik xpernah mengembala kambing,bahkan asyik berurusan dengan benda2 yang tidak hidup-contohnya macam computer,gameboy,dan tv.

Semuanya mudah untuk dikendalikan.kalau nak on tv,tekan satu button je,dah boleh tengok tv.reward yang banyak kita dapat dari usaha yang sedikit-(menonton dengan menekan satu button je).

mungkin ni salah satu sebab,mengapa masyarakat sekarang kurang daya saing dan cenderung kepada benda dan perkara yang mudah je-seperti hiburan.kita dah terbiasa terdidik dari kecik kalau nak sesuatu kita akan berusaha ala kadar je,kita xnak terlibat dengan kerja2 berat dan memenatkan.

Hurm..(fikir kejap-renungkanlah)

Ok,tu je nak cakap.

Selamat berusaha semua.Allah xkan mengubah nasib sesuatu kaum tersebut,melainkan mereka sendiri yang mengubahnya.

“life holds special magic for those who dare to dream and work for it”

1 comment:

amel said...

cam takut-takut jer nak pegang kambing tak bertanduk tu..?