Monday, August 24, 2009

perasaan aka feelings~

Salamu'alaik ya nuha.

lama sungguh tak menulis,memang tak de masa dan yang paling penting,xde idea sebenarnya.maklumla,banyak masa dihabiskan terperuk kat rumah.^^

after a while,Alhamdulillah ada sumthing yang mengetuk-ngetuk kepala untuk menulis.

pernah x kadang2 kita rasa penat melayan perasaan hati yang bermacam-macam.bukan je perasaan diri sendiri,tapi jugak melayan perasaan mereka yang lain.

perasaan ni penting ke sebenarnya?

bagi izzahlah,perasaanlah inti sebenar hidup ini.

contohnya,kalau mak2 kita tak rasa sayang pada kita ,adakah dia akan membesarkan kita dengan kasih sayang?
andailah Allah tak kasihkan kita,adakah Dia akan kurniakan iman dan islam kepada kita?

ada satu hadis Rasulullah yang sangat menarik:

tidak akan masuk syurga seseorang itu melainkan dia menyayangi sahabatnya seperti dia menyayangi dirinya sendiri.

Rasulullah menekankan perasaan disini.sebab apa?

sebab perasaan boleh menjadi satu pendorong yang sangat kuat.

perasaan yang benar menjadikan seseorang itu kuat,tetapi dengan perasaan yang salah,seseorang boleh kalah dengan mudah.

perasaan siapa yang kita nak bincangkan kat sini?

perasaan diri sendiri je yang boleh kita kawal.perasaan mereka yang lain xdapat kita kawal.jadi,meh kite cakap pasal perasaan diri sendiri.

obviously kita semua suka perasaan yang best2-->jadi kita selalu tahu nak berhadapan dengan perasaan ni.

bila kite bercakap perasaan yang tak berapa best-->perasaan2 ni yang kadang2 buat kita xkeruan,sebab kita xtahu macam mana nak berhadapan dengan perasaan macam ni.

ramai yang lari,apabila xdapat menyelesaikan perasaan ni.kemudian kita akan berhadapan dengan perasaan yang sama lagi,dan again kita larikan diri.sebab,selagi kita tak berjaya melepasi sesuatu ujian yang Allah timpakan,ujian tu akan berulang sampailah kita berjaya mengatasinya.

macam latihan matematik,selagi kita tak tahu nak selesaikan macam mana,selagi tula kita akan disuruh ulang soalan yang sama.:)

jadi macam mana kita nak selesaikan masalah perasaan kita ni??

setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri,semuanya telah tertulis dalam kita(Luh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya.Sungguh yang demikian itu,mudah bagi Allah.Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu,dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. (Al-Hadid:22-23)


ingat tak Allah kata setiap dari kita diciptakan berpasangan.begitu juga perasaan.

kalau risau-->carilah tawakal
kalau sedih-->carilah redha
kalau kesal-->carilah taubat
kalau marah-->carilah sabar
kalau benci-->bencilah kerana Allah.



semoga kita semua sentiasa tenang dalam pemerhatianNya,kerana tiada penjaga yang lebih baik selain Allah.

-->peringatan adalah untuk diri sendiri sebelum untuk mereka yang lain.^^

No comments: