Thursday, January 14, 2010

3 nasihat.(senang je,nak cuba?)

Salamu'alaik ya nuha.

ada 3 perkara yang manusia sering risaukan(ada bau2 skema pada ayat nih~)
1)takut kepada kegagalan
2)takut pada kerugian
3)takut pada kemiskinan.

dan Rasulullah,melalui hadis2nya telah menunjukkan jalan2 keluar untuk MENGELAKKAN dari 3 perkara ni menimpa manusia:

untuk mengelakkan kegagalan,lakukanlah istikharah--c0nsult Allah.siapakah lagi yang lebih mengetahui dari Yang Maha Mengetahui?
dua yang Rasulullah (s.a.w) ajarkan~

p/s:lepas ni,setiap kali nak pilih atau nak putuskan (decide) sesuatu,semua b0leh angkat tangan dan mem0h0n padaNya.ketika kita rasakan ketakutan ketika membuat pilihan,bila kita rasakan pilihan yang kita buat melibatkan hidup dan mati,melibatkan dunia dan akhirat-pintu langit terbuka luas menuggu d0a2 tu kita tuturkan.



---ha,nak tambah sumthing pasal dua:
ada se0rang sahabat ni,nama dia Saad bin Abi Waqas.beliau pernah berjumpa dengan Rasulullah (s.a.w) dan mintak baginda d0akan sem0ga d0a dia dimakbulkan Allah.kemudian,Rasulullah (s.a.w) bersabda kepada Saad-jagalah makananmu dan Allah akan kabulkan d0a.sejak dari hari tu,Saad sentiasa tahu apa2 yang masuk ke perut beliau (bukan makanan tu,tapi status halalnya),dan sejak tu jugak tiada d0a Saad yang Allah xmakbulkan.dan hakikat ni diketahui 0leh semua-bahawa d0a Saad tidak pernah tidak dimakbulkan Allah.
^^

untuk mengelakkan kerugian-Rasulullah (s.a.w) suruh kita bermusyawarah
Rasulullah (s.a.w) berpesan kepada Ali (karamallahu wajhah) supaya sentiasa bermusyawarah apabila beliau nak decide sumthing-walaupun kita semua tahu Rasulullah (s.a.w) bersabda: "aku adalah gedung ilmu,dan Ali adalah kuncinya" untuk menerangkan betapa berpengatahuannya Ali (karamallahu wajhah) ,tetapi Rasulullah (s.a.w) tetap menyuruh Ali untuk bermusyawarah.



dan yang akhir sekali,untuk mengelakkan kemiskinan ,Rasulullah (s.a.w) bersabda agar kita bersederhana.

kesimpulan yang dapat kita buat adalah:
-istikharalah,kita xkan gagal
-bermusyawarahlah,kita xkan rugi
-bersederhanalah, dan kita xkan miskin.


+jangan lupa cakap insya'Allah.firman Allah,surah Al-Qalam:17-19
tiada suatu pun yang berlaku kecuali dengan izin Allah.^^

iA,ada pr0jek menanti weekend ni,sem0ga Allah mudahkan segala urusan.

--EPE tadi,b0lehla-Alhamdulillah.dapat "gud" dr examiner.(smug).terima kasih semua,f0r the d0a.^^

No comments: