Sunday, September 25, 2011

Alhamdulillah!

Salamu'alaik ya nuha.

Subhanallah wa bihamdihi
Subhanallah hal adzim.

Subhanalllah Alhamdulillah Laillahaillallah Allahu Akbar :)

Alhamdulillah!

paper theory dah berakhir jumaat lepas,dan tinggal paper clinical je.semoga ALlah mudahkan urusan semua,ameen.

selepas habis paper theory,kami keluar makan sebelum melawat seorang sahabat yang admitted kat MGH,dan dengan selamba jayanya kami memakai 'kot putih' kami supaya senang nak access ke MGH walaupun hanya untuk melawat pesakit.*cough cough*
sama-sama doakan supaya sahabat tu,cepat sihat,ameen. ^^

kemudian,buat pertama kali,pergi ke bilik echo dan belajar serba sedikit mengenai echocardiography.*smug* (terima kasih encik MA)

kemudian,petang tu berangkat ke nilai (yeay!!melompat gembira-bukan literally).

tiba di nilai,maghrib dan makan banyak2,sebab parents kj yang beli banyak2.call cikgu s,dan menanti ketibaan cikgu dan suami (babah) sebelum berangkat ke rumah arwah huda.hurm,sedih jugak,tapi kena tunjuk muka ceria,sebab kalau kami masih sedih,apatah lagi dengan keluarga arwah. :)


oh,basically sabtu yang productive-dapat jumpa 3 keluarga dalam masa satu hari,terima kasih Allah atas ukhwah yang sungguh indah ni!ya Allah peliharalah kami semua dari nerakaMu,dan jadikanlah kami jiran2 di taman2 syurgaMu,ameen.

ah,xsabar nak gi nilai lagi,dah berniat ke nilai lagi lepas balik dari terengganu (jumpa abah,ummi dan adek2),iA.sebelum tu,pulang ke rumah tercinta-peluk mak ayah+buli hero.kekeke~

bahagia.*senyum sampai telinga~*

oh,semalam sempat keluar makan dengan kakak + usrahmates.selamat jalan kak F,semoga Allah mudahkan urusan akak dunia dan akhirat,jumpa kat kelantan nanti,iA.

apa2 pun,Alhamdulillah!

ya Allah,tautkanlah kami dengan kasih sayangMu,biarlah ukhwah ni kekal dari dunia sampai akhirat,dan ya Allah bantulah kami lulus P2S1 kami dengan cemerlang,mudahkanlah elective kami di terengganu nanti,dan mudahkanlah final year kami,ameen!

Sunday, September 18, 2011

nak travel lagi!!

Salamu'alaik ya nuha.

Subhanallah wa bihamdihi
Subhanallah hal adzim. :)

iA,kalau ada rezeki nak travel lagi.
jika korang pergi travel@ jaulah @ jalan-jalan ke mana jua,ada beberapa perkara yang perlu dilakukan dan benda yang lebih baik jika dibawa bersama:
berpakain menutup aurat,tawakal dan boleh sambung perjalanan
  1. berpakaian bersih,harum dan menutup aurat- senang kalau nak solat kat mana-mana.
  2. bawa stokin extra (muslimah la) shawl,atau tudung extra- juga untuk solat, kalau tempat solat x disediakan
  3. bawak air kosong,selain menghilangkan haus,boleh digunakan untuk ambil wudhu' atau kalau korang pergi travel dekat negara yang tandas dia tiada air macam singapore.hoho~
  4. ah,and satu lagi kalau memang nak melawat tempat-tempat yang baik-macam makam Imam Shafiee,atau melawat ke masjid2 yang bersejarah,bersiap sediala dengan wudhu' kadang2 tempat macam ni,xde tempat wudhu' untuk wanita.
  5. kompas - jugak untuk solat - kalau xde disediakan tempat solat.
  6. niat,kerana Allah,semoga Allah mudahkan dan selamatkan perjalanan semua.
solat di pantai malpe ,udupi ^^
ni semua gara-gara travel Abdul Latip Talib ke Turki menjejaki Bediuzzaman Said Nursi.banyak tempat2 bersejarah yang diorang melawat kat Turki, iA ada rezeki kita gi sana ye.tapi,rasanya kena utamakan melawat rumah Allah dulu,sebelum melawat tempat2 lain,bukankah rumahNya jauh lebih mulia dari tempat2 lain ? ^^

dan paling penting sekali,sila sambung membaca buku,sekian!

Saturday, September 17, 2011

detik2 kesayangan,ahaks~

Salamu'alaik ya nuha.

Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah.

segala puji bagi Allah Yang Maha Besar,Maha Pengasih dan Maha Penyayang atas segala nikmat yang telah dilimpahkan tanpa putus-putus.

oh,tajuk berkenaan.

hurm,dalam kepayahan,kekalutan dan ketunggang terbalikan persediaan nak menghadapi exam selasa ni (tolong doakan),Allah selalu hantarkan detik2 yang sentiasa mengingatkan 'niat untuk ALlah','niat untuk ALlah'. terutama sekali bila rasa macam ni:

 ya Allah,macam mana nak buat ni,banyaknye lagi nak baca
 ya Allah,terlupa pulak,baca dah hari tu..uuuu...
 jap,xsihatla,xleh nak gi kelas revision..uuu..
 oh,tu pun kena baca e? (dengan nada terkejut),banyakla nak kena baca ni (yela,siapa suruh prepare last minute!)

mana x nya,xde kekuatan dari sisi diri ni nak menempuh semua ni,melainkan apa2 yang Allah pinjamkan,dari segi kefahaman,kesihatan,kerajinan -semuanya lah!

kanak2 ber'window shopping'

selain tu,Allah jugak selalunya akan hantar detik2 yang macam ni (melalui orang2 laen),bila rasa macam malas atau dah xlarat nak baca buku:

 kita nak keluar makan,nak ikut x?
 kita nak gi jj jalan2,nak ikut?
 kita nak gi bengkel,betulkan kereta ,boleh temankan ? (eh,ni betul2 berlaku)
 kita nak gi IT fair,nak ikut x?
 yang lagi best-kita nak balik nilai,nak ikut x? (yang ni,walaupun hati melompat-lompat kegirangan nak ikut,tapi xjadi ikut)
 dan above all--azan pun berkemundang--elok je,pergilah mengadu dengan Yang Maha Mendengar!

semoga Allah mudahkan urusan kami semua dunia dan akhirat,dan korang jugak.


ya ALlah,terima kasih atas segalanya,segalanya indah ya Allah.ya Allah,kekalkan ukhwah antara kami dan sampaikanlah kami ke syurga bersama-sama,jadikanlah kami jiran di syurga nanti,ya Allah jangan Engkau jauhkan hati-hati ini dari satu sama lain,dan janganlah Engkau jauhkan hati-hati ini dariMu.

Wednesday, September 14, 2011

Allah,Allah,Allah

Salamu'alaik ya nuha.:)

Subhanallah wa bihamdihi
Subhanallah hal adzim

Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah.^^

Segala puji bagi Allah,atas segala nikmat yang dikurniakanNya,hinggalah saat ni.(banyak woo~)

manusia,ada banyak permintaan,banyak benda yang dirisaukan kan? sebab,kita hamba yang xboleh dan xmampu nak pasti tentang apa2 perkara pun--sebagai contoh,kalau dah ada makanan depan mata pun,belum tentu itu adalah rezeki yang bakal mengenyangkan kita,boleh je makanan tu terjatuh ke,atau tetibe ada lalat2 hinggap--xkanlah nak makan jugak kan?

angkatlah tangan dan berdoalah. ^^

ada satu doa yang Rasulullah s.a.w ajar untuk mengurangkan kerisauan2 manusia ni,yang maksudnya:
ya Allah,aku berlindung denganMu dari rasa sedih dan gelisah,dan aku berlindung padaMu dari sikap pengecut dan bakhil,dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang,ameen.
semoga Allah tenangkan hati2 yang gelisah dan sedih,semoga Allah pelihara kita semua dari sikap pengecut,bakhil dan dipelihara dari cengkaman hutang dan penindasan orang.

all the best,untuk mereka2 yang exam,percayalah iA,Allah akan mudahkan mereka yang memudahkan agamaNya.^^

Sunday, September 11, 2011

coup and contrecoup + whiplash injury

Salamu'alaik ya nuha :)

Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah :)

tadi,dalam perjalanan balik dari beli makanan,kami telah terlibat dalam satu kemalangan 'kecil' kat traffic light.hoho,blurr sungguh lepas accident tu.semua xtahu nak buat apa,nak settle macam mana..hoho,Alhamdulillah semua selamat,tiada yang cedera,cuma kereta la yang ada calar-balar sikit.Alhamdulillah!

semasa accident tu,sempatla rasa macam mana minor 'coup and contrecoup phenomena'.hoho,menarik jugak.Alhamdulillah, Allah izinkan pasang seat belt dan seat depan ada tempat untuk sandar kepala tu,kalau x,ada risiko nak dapat whiplash injury.apekah ?

coup and contrecoup phenomena ni,salah satu cara macam mana otak boleh cedera semasa accident.coup adalah arah yang sama kita sedang bergerak,bila tiba2 kita berhenti ,atau bila kita dilanggar dari belakang(ha,macam tu la lebih kurang),manakala contrecoup pulak adalah bila berlaku dalam arah yang bertentangan dengan coup.faham kah?

whiplash injury pulak,macam bila kereta kita dilanggar dari belakang (contohnya),kita akan secara dahsyatnya mem'flex' leher kita dan kemudian diikitu dengan hyperextension--yang ini dipanggil whiplash injury--boleh patah leher tau,Alhamdulillah,kereta2 sekarang dah ada tempat letak kepala tu.

Alhamdulillah,Allah ajar kami pengajaran yang amat berharga hari ni-sila pasang seat belt!

p/s: keluar rumah dan naik kereta jangan lupa baca basmalah (ehem,awak pun!),semoga Allah selamatkan dari segala mala petaka di dunia dan di akhirat.semoga semua sentiasa dalam lindungan dan kasih sayang Allah. ^^

Wherever we are, whatever we are doing (on holiday, in study break, taking examinations, etc) remember that we are first and foremost a slave of Allah. ;) 

Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dialah yang memilih kamu dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan sudah payah dalam perkara agama, agama bapa kamu Ibrahim. Dia menamakan kamu orang-orang Islam sejak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi saksi kepada umat manusia. Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dialah Pelindung kamu. Dialah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan.Surah al-Hajj: ayat 7
8

indah kan? ada kawan yang comel post benda ni.ya Allah ajarkanlah kami erti hamba,ameen.

Saturday, September 10, 2011

anak2 burung ^^

Salamu'alaik ya nuha

Subhanallah wabihamdihi
Subhanallah hal adzim :)

dekat luar tingkap (kemungkinan besar) ada anak2 burung yang sentiasa 'bising' waktu pagi dengan tengahari.
lapar kot.hari ni hujan,hopefully xapa2 la anak burung2 kat luar tu.


ah,sepanjang tengah menaip tadi,anak2 burung tengah bising,sekarang dah senyap dah,mungkin dah dapat makanan agaknya.hopefully anak2 burung cepatlah besar dan pandai cari makanan sendiri ^^

-end-

terbayang macam mana mak dengan ayah berusaha untuk mencari rezeki untuk sesuap nasi (well,actually much more than that).apatah lagi zaman yang anak2 nak macam2 sekarang ni-handphonela,laptopla,ps3 la.huhuhu

and paling penting sekali,jangan lupa Yang Maha Memberi Rezeki,ALlah,yang telah memberi rezeki tanpa henti sejak teciptanya kita semua,tercipta tu bukan bila kita lahir tapi ketika zygote lagi,Alhamdulillah!

Allah,terima kasih atas segalanya,Alhamdulillah :)

p/s:minta maaf atas segala salah silap,dan tolong doakan kami supaya Allah mudahkan exam,dan izinkan kami lulus dengan jayanya,ameen .

Saturday, September 3, 2011

Ramadhan->Raya->Exam

Salamu'alaik ya nuha

Subhanallah wa bihamdihi
Subhanallah hal adzim :)


Alhamdulillah,Allah telah mengizinkan kita semua menyempurnakan Ramadhan dengan sebaiknya (iA) dan menemukan kita semua dengan syawal.Alhamdulillah! ^^

ok,selamat hari raya,maaf zahir dan batin.
semoga Allah mudahkan kepada semua yang bakal menduduki peperiksaan selepas raya ni.


semoga tarbiyah Ramadhan berjaya membentuk diri di sini dan diri-diri di sana.
(ya Allah bantulah kami menjadi hambaMu yang bertaqwa,ameen)

kepada yang beribadah kerana Ramadhan dan malam Al-Qadr, keduanya telah berlalu,kepada yang menyembah Allah,Allah-lah Yang Maha Hidup dan Yang Maha Kekal.


selamat kembali membaca buku,semoga Allah pinjamkan ilmu yang berkat semoga dapat diajarkan kepada orang lain,dan dapat diamalkan,ameen.

selamat mula berpuasa enam!!
(jangan lepaskan diskaun pahala puasa setahun hanya dengan berpuasa selama 1 bulan + 6 hari ^^ )