Salamu’alaik ya nuha..
Alhamdulillah,ujian theory dah berakhir.sekarang masa untuk prepare for practical dan mengemas untuk pulang..heheheh..alhamdulillah,insya’Allah raya kali ni,merasala cium tangan mak ayah yang tercinta.dan tidak dilupakan projek mengutip duit raya.heehhe..
Hmm..sesungguhnya otak ni memang tengah sedikit kosong..xbanyak yang terdetik untuk dikongsi disini..tapi,beberapa hari yang lepas ,ayat yang sama,selalu bermain dalam kepala ni..
Surah As- Sajadah ayat 15 dan 16
Maksudnya :
Orang-orang yang beriman dengan ayat-ayat Kami ,hanyalah orang yang apabila diperingatkan dengannya (ayat-ayat Kami) menyungkur sujud dan bertasbih dan memuji Tuhannya,dan mereka tidakmenyombngkan diri. Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya,mereka berdoa kepada Tuhannya dengan rasa takut dan penuh harap ,dan mereka menginfakkan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
Dari ayat di atas,akal yang dhaif dari segi pemikirannya ni (bukan dari segi penciptaan eh.) , saya (weirdnye gune saya.hee..) dapatlah menyenaraikan bahawa orang-orang yang beriman adalah mereka yang
1. sujud dan bertasbih kepada Allah,apabila diperingatkan dengan ayat2 al-Quran
2. tidak sombong
3. mendirikan solat malam
4. berdoa dengan penuh rasa rendah diri dan penuh pengharapan
5. bersedekah @ menginfakkan rezeki
Hmm..
Pastu dalam duduk diam2 teringat balik ayat ni..adakah ciri-ciri ni ada pada diri ini ?? Muhasabah diri. A.da jugakla yang ada,tapi banyak yang xde..istighfar.
Buat korang,Kalau ada Alhamdulillah,kalau xde , sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
Insya’Alah,hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini.=)
amenn.
No comments:
Post a Comment