Thursday, April 30, 2009

.::..::..::..::..?

Salamu’alaik ya nuha.

Entry kali ni,dedicated buat semua sahabat2..

Yang dekat di mata,dan yang dah lama xjumpa,yang masih ada atau yang sudah tiada.
Mungkin usia perkenalan baru sekejap,mungkin dan bertahun-tahun.walau apapun bukan n0mb0r menjadi ukuran.mengenali k0rang semua membawa macam-macam makna dalam diri ini.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Pagi tadi,kami ada aktiviti dengan juni0r..kami buat game (macam biasala~).

Game kali ni,mereka kena membayangkan yang mereka tengah menaiki kapal.dan setiap kali ada je masalah yang menyebabkan mereka kena membuang salah satu antara mereka ke dalam laut-untuk menyelamatkan yang lain dan menyelamatkan kapal.

Ramai dah yang kena buang sampai akhirnya tinggal s0rang je atas kapal tu.huhu..

Diibaratkan dalam hidup ni,ada macam2 dugaan yang datang membawa perpisahan dalam hidup ini.ada perpisahan kerana pertukaran arah,ada kerana mengejar cita-cita dan 1001 sebab lagi.

Dalam memerhati mereka kena buang sahabat2 mereka dalam laut,hati ni jadi sebak memerhati jalan perjuangan yang memerlukan macam2 peng0rbanan.bukan kerana baru tersedar bahwa jalan mencari redha Allah bukan jalan yang mudah.

Tapi sebab,dalam menempuhi jalan dengan k0rang ,kadang2 terlalu selesa bersama.lupa menghargai k0rang,terlupa bahawa perpisahan yang Allah rancangkan b0leh datang2 dengan tiba-tiba.


perpisahan bukan beerti tamatnya ukhwah.

Sebelum masa perpisahan tu datang-sem0ga kita sama-sama belajar menghargai kasih sayang yang Allah curahkan melalui ukhwah ini (especially tukang type ni~).

Semakin hari semakin sayang.saranghae-y0..^_^

Buat adik-adik:terima kasih datang,maaf atas banyak kekurangan..hargailah ukhwah yang Allah kurniakan ini,m0ga ikatan ini memimpin kita ke Syurga dan menyelamatkan kita dari nerakaNya.ameen.

“Ya Tuhan kami janganlah Engkau c0nd0ngkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami,dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMu ,sesungguhnya Engkau Maha Pemberi.”
(Surah Ali Imran : 8)

Wednesday, April 29, 2009

kredit untuk santan~

Salamu'alaik ya nuha.

currently listening t0 this s0ng~
Get this widget | Track details | eSnips Social DNA

kredit t0 santan dari sardin..huhu



Rasulullah (sallallahu alayhi wasalam) bersabda bahwa Allah telah berfirman: “Aku cinta kepada 3 golongan, tetapi terhadap 3 golongan lainnya lebih Aku cintai: Aku cinta kepada orang yang pemurah, tetapi terhadap orang yang hidupnya sederhana dan pemurah pula maka dia lebih Aku cintai. Aku cinta kepada orang yang tawadhu’ (rendah diri), tetapi terhadap orang kaya (berpangkat) dan tawadhu’ pula, maka dia lebih Aku cintai. Aku cinta kepada orang yang tobat kepadaKu, tetapi terhadap anak muda yang bertobat kepadaKu, maka dia lebih Aku cintai”.

(Hadis Qudsi – Sahih – Riwayat Ibnu Hibban)

Saturday, April 25, 2009

cerita sambil minum jus~

Salamu’alaik ya nuha.

Sudah sekian lama xmengupdate..hehehe.

Rasa janggal pulak nak bercerita.huhu.apekah?(abaikan je s0alan yang ni..)
Hurm..

Hari tu,habis sdl (self directed learning) kami macam biasa ,dengan tanpa rasa bersalahnya berjalan-jalan di Tiger Circle (kat kawasan ni,ada banyak kedai untuk berbelanja..),pegi minum jus,cuci mata memerhati 0rang yang lalu lalang,beli keledek ,dan entah apa-apa lagi ntah..

Masa kami tengah minum jus tu,kami memerhati dan meng’usha’ mereka-mereka yang lalu-lalang kat depan kedai jus tu.dalam ramai2 yang lalu lalang,ada yang lelaki ada yang perempuan,ada mak cik,ada budak2..macam biasa kehadiran kami memang 0rang lain suka teng0k.(sebab Nampak lain agaknya..)

Ada se0rang budak ni,duduk dekat pembahagi jalan sambil pandang bawah je.lapar agaknya..mungkin jugak merenung kisah2 sedih dan duka dalam hidup dia.sebab,manusia meyimpan mem0ri dalam ruang disekelilingnya.ruang kat atas untuk kenangan dan mem0ri yang indah,ruang kat bawah untuk mem0ri yang sedih dan menyakitkan.

Memandang mereka ni,rasa insaf dengan apa-apa yang Allah dah kurniakan.walaupun ada antara yang pernah menjadi milik kita,yang sentiasa ada dekat dengan kita Allah ambik balik,tapi masih ada rezeki-takla berlapar,berpanas demi mencari sesuap makanan sebab lapar.

Selain budak tu,ada cerita mak cik ni..waktu dia lalu depan kami tu,kami senyum jela.sepanjang kami bertentang mata ,muka dia sama je-macam tu je pandang kami,walaupun waktu tu,kami senyuuuum kat dia.rasa janggal jugakla bila kita senyum,dia tak balas balik.suka hati hangla mak cik.nanti hang cepat tua..huhu..

…………………………………………………………………………………………………………....................................

Tadi kami ada test micr0be..huhu..ntah apa-apalah..d0akan kami di sini selalu kuat dan rajin baca buku.sem0ga Allah mudahkan urusan semua.=)

Friday, April 17, 2009

membina m0del rumah~

Salamu’alaik ya nuha.

Dulu waktu sek0lah rendah,kit0rang ada masuk satu pertandingan reka cipta-reka m0del rumah.


m0del2 rumah yang kami xbuat~

Mula-mula ingatkan nak buat cikai-cikai dahla.0rang lain pun buat cikai-cikai je..yela budak darjah empat xdela hebat sangat bina-membina ni.hee..

Kami buat m0del pakai kertas surat khabar rasanya.memang xkukuh sangatla,tapi cantikla –warna warni.b0lehla untuk hakim teng0k2 sebelum r0b0h..b0leh dikatakan m0del kami tu,memang terserlah ke’cikai’annya..huhu..walaupun masa tu.rasa macam dah best dah.(perasan).

lepas dah siap,aleen bawak balik rumah dia m0del tu.bila abang dia (budak sek. Menengah) teng0k,dia terus tukar m0del kami tu jadi m0del yang bergaya dan kukuh.b0leh jadi lebih cantik rupanya..abang dia ganti m0del kami dengan k0tak..lawa design dia,siap dengan p0k0k2 lagi keliling rumah tu.

Dengan perubahan tu,Alhamdulillah,dapatla kami n0mber (gaya sebutan ana) 2.b0lehla labu..piala tu,ada lagi dalam rak cabinet kat rumah tu..walaupun terletak jauh di belakang piala2 mereka yang lain.

Saje je cerita.

Saje nak bandingkan cerita m0del rumah kami tu,dengan cerita c0uple2 masa kini.

Kalau dianal0gikan membina sebuah rumah tangga macam membina m0del rumah tadi,untuk membina rumah tangga (baitul muslim) yang kukuh dan ‘bergaya’,kena kukuhkan dulu asas pembinaannya.tanyalah,mana2 arkitek dan engineer kat dunia,mesti semua setuju.

Lepas tu,asas untuk rumah tangga yang kukuh,bukan asas2 cikai yang dibina sambil lewa.nak ada keluarga yang berkat bukan dibina atas jalan-jalan yang dimurkai Allah.

Lepas tu,selalunya apa yang kita rasa indah belum tentu sesuatu yang bagus..masa kami bina m0del kami rasa macam lawa dah,rupanya m0del kami tu tunggu masa nak r0b0h je..huhu.

Ia Iblis berkata “Tuhanku 0leh kerana Engkau telah mengatakan bahwa aku sesat,aku pasti akan jadikan (kejahatan) terasa indah bagi mereka di bumi dan aku akan menyesatkan mereka semuanya..” (Al-Hijr:39)


Kemudian,dalam hidup ni,banyak yang kita kena tanya kepada mereka yang lain,especially kepada mereka yang lebih tahu..macam dalam membina m0del tu,kalau abang aleen xteng0kkkan kaminya m0del,mesti xde piala silver dalam cabinet tu..

Peringatan untuk diri sendiri sebenarnya,sekali dengan k0rangla.same2la kiter mengingatkan.diri ini pun xcukup kuat melawan syaitan yang xhenti-henti kerja siap buat 0vertime lagi..tid0 pun kacau supaya lupakan Allah.

Tanyala diri sendiri,mana hala tuju cinta yang k0rang sayang2kan ni? Si dia yang sangat dekat dihati tu,adakah dia yang akan membantu menaggung kalian dihadapan Allah nanti,atau ayah yang berada di rumah dengan harapan anak kesayangannya akan menjadi satu tiket b0nus membuka jalan ke syurga..fikir-fikirlah.


abah ,umi, fiza dan adik-adik.

Sebab,masa kami buat m0del tu,kami pun tahu je,m0del kami tu buruk sebenarnya,sengaja buat-buat macam lawa..=)

Dalam diri k0rang,k0rang tahu mana jalan yang patu diikuti..

Thursday, April 16, 2009

cerita Yang Maha Penyayang.

Salamu’alaik ya nuha.

Seperti yang kita rancang sebelum ni,kita nak cerita2 pasal lagu ni kan..meh,kiter start bercerita~

Banyak yang kita b0leh belajar dan tiru dari alam sekeliling kita.

Cnth2 mudah:
• kita tiru buat kapal terbang dari burung2.
• Kita belajar mencipta kapal dengan melihat ikan-ikan.

Walaupun kita meniru ciptaan Allah,banyak yang masih kurang dan jauh kalau nak dibandingkan dengan ciptaanNya.

Alhamdulillah,hari tu sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur ke India,cuaca cerah,awan pun nipis je. Masa melalui Ind0nesia,nampak banyak awan2nipis.macam reben yang tengah terapung-apung.xde tempat yang menggantung dan tiada yang meny0k0ng dari bawah.waktu tu,baru rasa Subhanallah-cantiknya awan terapung.
(apela,lambat baru rasa..)

Selama beberapa ketika belajar medic ni,banyak larangan2 yang Allah tentukan memang untuk kebaikan manusia.Setakat apa-apa yang dah cikgu ajar ,minum arak sememangnya bawa BANYAK KEBURUKAN..macam2 ada.dari masalah metab0lism hinggalah membawa kepada 0rgan failure—membawa maut.

Ha,teringat satu pertanyaan se0rang sahabat.

Kenapa membunuh diri tu teruk (gara-gara cerita h0use seas0n 5-epi 19),tapi bila kita cakap pasal 0rang yang membunuh diri tu,kiter cakap -dah ajal dia,nak buat macam mana..

Hurm.membunuh diri tu teruk sebab putus asa dengan rahmat Allah.

Dia Ibrahim berkata “tiada yang putus asa dari rahmat Tuhan kecuali mereka yang sesat” (Al-Hijr:56)


Lepas tu,kiter cakap –dah ajal dia nak buat macam mana..
…rasanya bagi memudahkan urusan kita. yela,0rang dah xde,kalau kiter kutuk,macam mana nak minta maaf nanti.

Sampai sini je.sem0ga bermanfaat.

p/s:ingat tak p0st pasal d0uble Alhamdulillah ?^_^

dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan “Sesungguhnya jika kamu bersyukur ,nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu,tetapi jika kamu mengingkari(nikmatKu),maka pasti azab-Ku sangat berat.” (Surah Ibrahim:7)

Yang Maha Penyayang~


Yang Maha Penyayang

Lihat bulan dan bintang
Menerangi dunia
Betapa agung kerajaan-Nya
Lihat pulalah lautan
Sang suria di atasnya
Semua akur pada Yang Esa

Umpama kan sang unggas
Di rimba belantara
Begitulah bandingannya kita
Sungguh kerdilnya insan
Yang diciptakan Tuhan
Ternyatalah Agung Ar -Rahman

Besar niat bahaya
Kita tempuhi jua
Segala perintah-Nya kita laksana
Jauhkan larangan-Nya
Sembunyi atau nyata
Semua untuk faedah kita
Ikhlas kan pada hati
Amal kerna Ilahi
Teguhkan dalam diri kalam Rabbani
Pesanan dari Nabi jadi panduan diri
Hidup dan mati untuk Ilahi

Tiada perkataan layak buat bayangan
Terima kasih pada-Mu Tuhan
Tak terhitung kurniaan
Biara dakwat selautan
Sesungguhnya Kau Maha Penyayang

salamu'alaik ya nuha..kiter baca dan hayati lirik dulu.nanti,insya'Allah kiter cerita2 pasal lagu ni.
~harap-harap Allah izinkan..^_^

Thursday, April 9, 2009

double Alhamdulillah

Salamu’alaik ya nuha.

Sihat ke semua? Alhamdulillah kalau sihat ,kalau xsihat ,d0uble Alhamdulillah.

Dah hampir seminggu xberapa sihat.

Mula dengan sakit tekak >>> selesema >>> demam >>> batuk dan selesema..

Alhamdulillah..Alhamdulillah.(kan dan bagitau tadi,kalau xsihat,d0uble Alhamdulillah~)



Hurm~

Best tau xsihat ni..sebab:

• dapat makan ubat(kalau xsakit mana b0leh makan)

• b0leh main teka2..agak2nya ubat apa d0c nak bagi.(semuanya salah teka..haih..paracetam0l je betul.)

• b0leh tid0 awal..(ZZZzzzzZZZzzz)

• b0leh experience suara2 yang lain (serak,serak basah,serak kering dan xde suara.)..b0san jugak kalau sama je..

• dapatla rasa keadaan dipaksa makan ubat..sebab dah tid0 sebelum makan ubat..huhu.

• rasa perubahan suhu..sesekali kalau demam,dapatla rasa keadaan sekeliling sejuk..cuaca manipal yang panas membahang pun rasa sejuk je.nyaman~

• rasa xlarat je.barula faham macam mana mereka yang sakit.nanti kalau dah jadi d0ct0r(insya’Allah) kena ingat ni.


dan yang paling BEST sekali,Allah nak ajar erti syukur.mensyukuri nikmat badan yang sihat.=)

d0a Nabi Ibrahim yang BEST:

“..Ya Tuhanku jadikanlah aku dan anak cucuku 0rang yang tetap melaksanakan s0lat,ya tuhan kami,perkenankanlah d0aku.Ya Tuhan kami ,ampunilah aku dan kedua ibu bapaku dan semua 0rang yang beriman pada hari diadakan hari perhitungan (hari Kiamat)”

Surah Ibrahim:40,41




bersenam-kekalkan badan yang sihat dan kuat~

Selamat menjaga kesihatan masing-masing.^_^

Tuesday, April 7, 2009

cerita kelip-kelip yang berkelip-kelip

salamu'alaik ya nuha

meh,kiter k0ngsi cerita kelip2.sebab hari tu,ada 0rang nak jadi kunang2.kali ni,0rang tu nak jadi kelip2 pulak..layan jela~

Kelip-kelip biasanya dijumpai pada waktu senja iaitu pada lalang ataupun daun pokok. Pengelipan berlaku selepas sejam matahari terbenam. Kadar kelipan adalah 3 kali sesaat. Pada permulaannya, kelip-kelip akan mengambil masa 15-20 minit untuk 'memanaskan badan' (warm up) sebelum mengelip. 2 hingga 3 jam pertama pengelipan adalah terang dan berterusan. Selepas itu, kadar pengelipan akan menjadi rendah. Pengelipan ini akan berhenti setelah matahari terbit.

Kelip-kelip baru atau pada pokok bersebelahan akan meniru antara satu sama lain untuk mendapatkan kadar pengelipan cahaya yang sama. Akhirnya, rentak dan kadar pengelipan pokok-pokok berdekatan akan menjadi sama dan menarik.

Pengelipan adalah bertujuan untuk menarik pasangan untuk mengawan. Selalunya kelip-kelip betina hinggap pada hujung daun pokok dan mengelip dengan merendahkan abdomen dekat dengan daun.

Tahukah anda ?
Jika 6000 ekor kelip-kelip dimasukkan dalam satu botol kaca, kecerahan cahaya yang dihasilkan seakan sebatang lilin.

Kelip-kelip dapat menukar 100% tenaganya kepada cahaya. Manakala mentol hanya menukar 10% daripada tenaga elektrik kepada cahaya! 90% tenaga dibazirkan sebagai haba.

lepas tu,kelip2 ni tertarik dengan cahaya yang dia sendiri hasilkan.c0mel je.^_^

Cahaya Indah

Tarikan utama kelip-kelip adalah cahaya yang dihasilkan olehnya. Warna cahaya yang dihasilkan adalah mengikut spesis. Sebenarnya cahaya dihasilkan oleh tindakbalas yang berlaku di organ khas yang terletak di bahagian bawah abdomen.

Yang istimewa tentang cahaya ini adalah, ia tidak menghasilkan tenaga haba. Maka, tiada kehilangan haba yang berlaku.

Organ penghasilan cahaya bagi kelip-kelip yang terletak di bawah abdomen terbahagi kepada 3 lapisan, iaitu :-

Lapisan dalam
Lapisan ini mengandungi sel-sel mikroskopik krystal yang mengandungi asid urik (uric acid) yang bertindak sebagai pemangkin (reflectors).

Lapisan tengah

Lapisan ini kaya dengan saraf, mitokondrion dan trakeol yang berfungsi sebagai sel penghasilan cahaya.

Lapisan luar
Lapisan ini merupakan kulit lutcahaya yang bertindak sebagai kanta.
Berlainan dengan cahaya yang kita biasa nampak, cahaya yang dihasilkan oleh kelip-kelip tidak mengandungi infamerah ataupun ultraungu. Panjang gelombang, frekuensi kelipan, saiz dan paten cahaya yang dihasilkan pula bergantung kepada spesisnya.

Proses dan tidak balas penghasilan cahaya oleh kelip-kelip adalah seperti berikut :

Enzim Luciferase + Gas Oksigen + ATP + Luciferin ---> Cahaya

Tahukah anda ?
Cahaya dihasilkan oleh kelip-kelip kurang berkesan pada negatif filem biasa. Oleh itu, keindahan dan keajaiban ini hanya dapat dilihat oleh mata anda sendiri.


insya'Allah,kalau ada rezeki nanti nak buat r0mbngan cik kiah pegi teng0k kelip2.=)


kan dah bagitau,nak teng0k kelip2 cantik kena teng0k secara semualajadi.xb0leh pakai kamera~

Sunday, April 5, 2009

Mintalah lagi pada Allah.=)

Salamu’alaik ya nuha.=)

Lama dah kiter xsembang panjang.banyak keje2 sampingan .msp (mentored student project) terutamanya.Alhamdulillah ,terima kasih kepada ana dan huda yang dah selesaikan semuanya.^_^

Tadi,baru tengok cerita sang murabbi (thanx zahin),walaupun tengok sedikit lambat dari mereka yang lain,still dapat tengok jugak.best…anda semua digalakkan tengok cerita ni.

Teringat satu part – kat rumah makanan tinggal untuk esok je dan dah xde duit.bila isteri dia bagitahu pada Ustaz Rahmat (sang murabbi) dia,jawab mudah je..

“Mintalah lagi pada Allah”


Dalam hidup ni,kita selalu rasa susah kerana kurangnya pergantungan kiter kepada Allah.lupa,rezeki yang datang bukanlah dari JPA atau mak ayah tetapi dari Allah melalui mereka.selalu rasa risau kalau duit tinggal sedikit(cnth je),alamak duit dah nak habis.lupa,itulah tandanya Allah dah nak beri rezeki lagi.kalau tempayan dah penuh,takkanlah kiter nak isi lagi,tunggulah k0sng barulah b0leh diisi~

ada satu ayat yang cikgu Saidah selalu guna bila kami makan kat rumah dia.

”ni memang rezeki u all, datang je melalui tangan saya.”(rindu nasi kerabu biru~)

Sepotong ayat Quran ~

“ingatlah hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram” -- Ar-Ra’d:28



Patutlah kadang2 walaupun makan pakai semua cukup,masih ada rasa kekosongan ..ingatkan perut yang lapar atau tekak yang haus,rupanya tali yang menjadi pautan kepada Allah semakin nipis.Alhmdulillah xputus lagi,walaupun berat yang tali tu kena tanggung makin hari makin banyak (makin banyak makan dan minum~).

La tansa zikrullah-jangan lupa ingat pada Allah.(pesan kat diri sendiri jugak.)

Thursday, April 2, 2009

sore throat

salamu'alaik ya nuha.

home remedies for sore throat:

-Gargle with warm salt water. It cuts phlegm and reduces inflammation.

-Drink hot liquids. Especially if you're not good at gargling, drink hot fluids, such as coffee, tea, or hot lemonade. Coating the tissue in your throat with warm liquid provides a benefit similar to applying hot packs to infected skin.

-Suck on hard candy.some doctors say that sugar can help soothe a sore throat, as well as the ticklish cough that may come with it. -- can help keep your mouth and throat moist, which will make you feel more comfortable.

-Steam it out. One old-fashioned remedy for a cold or sore throat is a steam tent -- sitting with your face over a bowl of steaming hot water and your head covered with a towel to keep the steam in.

-Keep the fluids coming. Drink as much fluid as possible -- at least eight to ten 8-ounce glasses per day. Keeping your throat well lubricated with soothing liquids can prevent it from becoming dry and irritated and may even help banish the infection faster.

-Suck on garlic. This Amish remedy can treat or prevent sore throats. Peel a fresh clove, slice it in half, and place 1 piece in each cheek. Suck on the garlic like a cough drop. Occasionally, crush your teeth against the garlic, not to bite it in half, but to release its allicin, a chemical that can kill the bacteria that causes strep.