Sunday, April 5, 2009

Mintalah lagi pada Allah.=)

Salamu’alaik ya nuha.=)

Lama dah kiter xsembang panjang.banyak keje2 sampingan .msp (mentored student project) terutamanya.Alhamdulillah ,terima kasih kepada ana dan huda yang dah selesaikan semuanya.^_^

Tadi,baru tengok cerita sang murabbi (thanx zahin),walaupun tengok sedikit lambat dari mereka yang lain,still dapat tengok jugak.best…anda semua digalakkan tengok cerita ni.

Teringat satu part – kat rumah makanan tinggal untuk esok je dan dah xde duit.bila isteri dia bagitahu pada Ustaz Rahmat (sang murabbi) dia,jawab mudah je..

“Mintalah lagi pada Allah”


Dalam hidup ni,kita selalu rasa susah kerana kurangnya pergantungan kiter kepada Allah.lupa,rezeki yang datang bukanlah dari JPA atau mak ayah tetapi dari Allah melalui mereka.selalu rasa risau kalau duit tinggal sedikit(cnth je),alamak duit dah nak habis.lupa,itulah tandanya Allah dah nak beri rezeki lagi.kalau tempayan dah penuh,takkanlah kiter nak isi lagi,tunggulah k0sng barulah b0leh diisi~

ada satu ayat yang cikgu Saidah selalu guna bila kami makan kat rumah dia.

”ni memang rezeki u all, datang je melalui tangan saya.”(rindu nasi kerabu biru~)

Sepotong ayat Quran ~

“ingatlah hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram” -- Ar-Ra’d:28



Patutlah kadang2 walaupun makan pakai semua cukup,masih ada rasa kekosongan ..ingatkan perut yang lapar atau tekak yang haus,rupanya tali yang menjadi pautan kepada Allah semakin nipis.Alhmdulillah xputus lagi,walaupun berat yang tali tu kena tanggung makin hari makin banyak (makin banyak makan dan minum~).

La tansa zikrullah-jangan lupa ingat pada Allah.(pesan kat diri sendiri jugak.)

No comments: