Tuesday, April 7, 2009

cerita kelip-kelip yang berkelip-kelip

salamu'alaik ya nuha

meh,kiter k0ngsi cerita kelip2.sebab hari tu,ada 0rang nak jadi kunang2.kali ni,0rang tu nak jadi kelip2 pulak..layan jela~

Kelip-kelip biasanya dijumpai pada waktu senja iaitu pada lalang ataupun daun pokok. Pengelipan berlaku selepas sejam matahari terbenam. Kadar kelipan adalah 3 kali sesaat. Pada permulaannya, kelip-kelip akan mengambil masa 15-20 minit untuk 'memanaskan badan' (warm up) sebelum mengelip. 2 hingga 3 jam pertama pengelipan adalah terang dan berterusan. Selepas itu, kadar pengelipan akan menjadi rendah. Pengelipan ini akan berhenti setelah matahari terbit.

Kelip-kelip baru atau pada pokok bersebelahan akan meniru antara satu sama lain untuk mendapatkan kadar pengelipan cahaya yang sama. Akhirnya, rentak dan kadar pengelipan pokok-pokok berdekatan akan menjadi sama dan menarik.

Pengelipan adalah bertujuan untuk menarik pasangan untuk mengawan. Selalunya kelip-kelip betina hinggap pada hujung daun pokok dan mengelip dengan merendahkan abdomen dekat dengan daun.

Tahukah anda ?
Jika 6000 ekor kelip-kelip dimasukkan dalam satu botol kaca, kecerahan cahaya yang dihasilkan seakan sebatang lilin.

Kelip-kelip dapat menukar 100% tenaganya kepada cahaya. Manakala mentol hanya menukar 10% daripada tenaga elektrik kepada cahaya! 90% tenaga dibazirkan sebagai haba.

lepas tu,kelip2 ni tertarik dengan cahaya yang dia sendiri hasilkan.c0mel je.^_^

Cahaya Indah

Tarikan utama kelip-kelip adalah cahaya yang dihasilkan olehnya. Warna cahaya yang dihasilkan adalah mengikut spesis. Sebenarnya cahaya dihasilkan oleh tindakbalas yang berlaku di organ khas yang terletak di bahagian bawah abdomen.

Yang istimewa tentang cahaya ini adalah, ia tidak menghasilkan tenaga haba. Maka, tiada kehilangan haba yang berlaku.

Organ penghasilan cahaya bagi kelip-kelip yang terletak di bawah abdomen terbahagi kepada 3 lapisan, iaitu :-

Lapisan dalam
Lapisan ini mengandungi sel-sel mikroskopik krystal yang mengandungi asid urik (uric acid) yang bertindak sebagai pemangkin (reflectors).

Lapisan tengah

Lapisan ini kaya dengan saraf, mitokondrion dan trakeol yang berfungsi sebagai sel penghasilan cahaya.

Lapisan luar
Lapisan ini merupakan kulit lutcahaya yang bertindak sebagai kanta.
Berlainan dengan cahaya yang kita biasa nampak, cahaya yang dihasilkan oleh kelip-kelip tidak mengandungi infamerah ataupun ultraungu. Panjang gelombang, frekuensi kelipan, saiz dan paten cahaya yang dihasilkan pula bergantung kepada spesisnya.

Proses dan tidak balas penghasilan cahaya oleh kelip-kelip adalah seperti berikut :

Enzim Luciferase + Gas Oksigen + ATP + Luciferin ---> Cahaya

Tahukah anda ?
Cahaya dihasilkan oleh kelip-kelip kurang berkesan pada negatif filem biasa. Oleh itu, keindahan dan keajaiban ini hanya dapat dilihat oleh mata anda sendiri.


insya'Allah,kalau ada rezeki nanti nak buat r0mbngan cik kiah pegi teng0k kelip2.=)


kan dah bagitau,nak teng0k kelip2 cantik kena teng0k secara semualajadi.xb0leh pakai kamera~

No comments: