Salamu’alaik ya nuha..hmm..
Izzah dan islam..ape agaknya ek?izzah,Alhamdulillah memang dilahirkan dalam keluarga muslim.Alhamdulillah jugak mak ngan ayah memang mengamalkan islam,bukan hanya islam pada nama..
Tapi,bukan tu yang nak cerita kat sini..tapi izzah pada Islam..
Faham ke?
Macam yang dah bagitau sebelum ni,’izzah’ tu bermaksud KEMULIAAN ..jadinya izzah pada Islam bermaksud KEMULIAAN PADA ISLAM..hmm..macam tajuk yang agak berat untuk orang yang berpengetahuan cetek macam si tukang taip nih..tapi,xpelah kiter try k.
Saje nak kongsi pengalaman..hmm..
Waktu tu,kami tengah belajar regarding Vitamin D.buat siapa yang belum tahu,Vitamin D perlukan UV light for its activation..maka dengan jayanya s
eorang pemikir ni bagitau bahawa salah satu sebab penduduk bumi ni dapat Vit D deficiency adalah kerana menutup aurat (
referring to muslimah~especially for those who wearing purdah)..sebab dengan menutup aurat,seseorang tu kurang exposure
to sunlight..err..walaupun payah nak terima,tapi kami diamkan aje waktu tu..kenapa ye?
Next,selepas belajar pasal Vitamin D hari tu,adala salah satu gambar
yang dipaparkan menunjukkan kartun yang menunjukkan gambar kelas (ala,gambar kelas yang murid duduk reramai tu..) seorang budak perempuan berpurdah,dan gambar kelas tu terdiri dari muslimah yang rata2 pakai purdah semuanya..maka dalam gambar tu semua orang nampak sama..yela,nampak mata je..camne nak cam,kan??maka pecahla gelak ketawa kat kelas..tapi.waktu tu semacam ada konflik diri plak..macam xkelakar.macam menghina islam bila gambar tu ditertawakan macam tu..tapi ramai je yang gelak..
Hmm..kenapa ye??
Balik kelas hari tu,bincangla ngan jiran tetangga regarding perkara yang berlaku kat kelas tadi..sambil sembang2..kami jadi pelik plak,kenapa xde siapa yang bangun membetulkan keadaan atau keadaan tu dah sedia ada betul ? hmm..
Perkara ni mungkin Nampak remeh,tapi buat kami berfikir..kenapa mereka yang bukan muslim xmenghormati islam ataupun bahasa baiknye kurang menghormati islam ? malah berani mentertawakan islam malah terang-terangan dihadapan muslim sendiri..malah kami,adalah kenalan mereka..kami juga , mengapa tidak mampu membela pandangan kami ?? at least,untuk menerangkan bahawa,kami kesah jika isu tudung dan purdah ditertawakan begitu..walaupun bukan dengan perkataan,mungkin cukup sekadar menarik muka masam menyatakan ketidak setujuan diperlakukan begitu.
waktu kecik2 dulu pun dah tahu menangis kalau kiter tak suka sesuatu..dah dewasa ni,agaknya banyak sangat belajar ‘ xyahla kesah..bukan masalah aku ‘..yela,ignorance is a bliss kan..
hmm..
makin lama fikir,rasenye mungkin kerana aku xtegas melaksanakan islam kot..mungkin jugak..mungkin mereka yang ‘belum’ muslim ni,xnampak hebatnya islam..kenapa ek? Mungkin sebab , si izzah yang bermaksud kemuliaan ni pun xdelah mulia mana akhlaknya..mungkin2..mungkin jugak sebab si tukang taip ni pun,kater je muslim,selain menutup aurat,banyak lagi bahagian lain dalam hidupnya belum lagi ‘diislamkan’..antaranya macam cara belajar,cara bergaul,cara berfikir mungkin berlum ‘diislamkan’ sepenuhnya..
maklumla benda yang tak sempurna (perhatian,islam tu dah sempurna,pelakunya saje yang belum..),manela cantik,kan..kalau masakan,belum siap,memangla xsedap..jadi,kena siapkan ape yang masih xsiap..sempurnakan apayang masih belum sempurna..dan yang paling penting sekali,islamkan part2 masih belum islam..
bila dah sempurna,barulah terserlah izzah pada muslim (kemuliaan pada muslim,dengan sebab islam.) ..barulah bersesuaian nama izzah tu diberi..dan insya’Allah kegemilangan Islam akan kembali..
perhatian : islam memang dah sedia cantik..Cuma pelaksananya yang mungkin boleh dan perlu dipercantikkan lagi..macam ikan dalam akuarium,kalau cermin akuarium kotor,xnampakla kecantikan ikan kat dalam tu..walaupun ikan tu,warna-warni..dari luar nampak keruh je..
so,berusaha!!