Friday, June 6, 2008

..mereka yang masih di zaman batu

Salamu’alaik ya nuha.


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Hmm..tadi pagi,dalam perjalanan pegi kelas,adela satu perempuan yang jalan kat depan izzah..jalan lemah lembut je..lawa je,Nampak sopan je..sambil borak,sambil minum kopi , sambil berjalan..waa,banyak betul bende yang perempuan ni boleh buat dalam satu masa..mesti dia ni,bukan perempuan biasa..sambil usha dia,tetiba sampai kat satu tempat tu ..dengan gaya slumber dan mudahnya ,dia campak je cawan yang dia guna untuk minum kopi tadi tu kat tepi jalan..campak je!!


Punyala terkejut..mudahnya buang sampah merata-rata..harapkan lawa je,tapi,xde sivil lansung..xde rase hormat pada alam sekitar lansung..excuse me,dunia ni bukan awak punya sorang kot..cubela rasa bertangungjawab sikit!!


Nak petik iklan yang pernah dibuat oleh ntv7 satu ketika dulu..bahawa,dunia ni bukan warisan dari generasi terdahulu,tapi adalah amanah dari generasi akan datang !!


Ada seorang sahabat pernah mengingatkan,

“orang yang buang sampah merata-rata,diibaratkan seperti membuang iman..”


Jadi lagi selalu,seseorang tu buat,maka lagi banyakla iman yang dia

“berjaya” buang..kemudian apa yang tinggal??fikir2kanlah sendiri..


Jangan sibuk melaungkan hal2 besar kalau hal yang kecil pun xberjaya nak buat..


“orang yang hebat,mengelakkan kesalahan2 besar,tapi mereka yang lebih hebat,mengelakkan kesilapan2 kecil”


Entry ni bukan nak dijadikan laluan untuk meluahkan perasaan geram,tapi untuk mengingatkan sesame kita bahawa,setiap yang kita lakukan ada yang melihat,ada yang mencatat..segalanya nanti akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak..ingat,tiada apa2 yang terlepas dari pengetahuan Allah!!


Sebagai khalifah yang telah dilantik Allah untuk memimpin dunia,tangungjawab kiter bukan saja mengurus manusia,tapi mengurus segala yang ada dimuka bumi nih dengan sebaiknya..termasukla sampah!!


Mungkin sesetengah dari anda yang baca entry ni akan rasa perkara ni adalah perkara picisan yang tak perlu diambil kisah sangat,lagi2 dalam era teknologi tinggi ni..tapi,anda silap ! masalah buang sampah merata-rata bukan masalah pencemaran semata-mata,tapi ini jugak adalah masalah sikap.~~masalah tiada rasa bertanggungjawab a.k.a masalah aku malas nak peduli..dan sikap ni kalau tak dibendung akan membawa kepada perkara dan permasalahan yang lebih serius such as “pecah amanah”..see people,masalah yang selama ni kita anggap remeh,boleh jadi masalah besar kalau tak dibendung pada peringkat awal..kalau amanah yang mudah (buang sampah dalam tong sampah)pun xmampu nak disempurnakan apatah lagi amanah yang lebih besar..patutla ramai yang pecah amanah sekarang..


Oklah,malas nak tulis panjang2..sepatutnya ni bukan lagi satu masalah pada zaman serba canggih ni.Cuma mungkin peringatan buat “mereka yang masih belum faham erti tamadun” ..mungkin mereka masih selesa dengan zaman batu mereka...


5 comments:

alonq_exe said...

"Jangan sibuk melaungkan hal2 besar kalau hal yang kecil pun xberjaya nak buat."

Betul2. Ramai je yang buang sampah merata-rata kat sini, budaya diorang kot. Org kite pun same. Apa salahnya pegang dulu sampah tu sementara cari tong sampah. Tengok macam jepun. Ada sorang kawan pernah ke sana. Bandar dia memamg sangat2 bersih sebab budaya diorang yang pembersih. Kalau ada orang buang sampah, mesti ada orang yang akan angkat sampah tu untuk dicampak ke dalam tong sampah.

Longkang diorang pun lawa macam sungai. Sungai kita lawa macam longkang.

huhu.

p/s: Amik gambar tu!!

izzah said...

salam..

betul2.jepun memang terkenal dengan sifat pembersih .
sebagai muslim.patutnye kiter lebih2 lagi pembersih sebab bersih adalah sebahagian dari Islam.

oo..banyak lagi gambar2 sampah yang ada.rimas.

hilmi falih said...

saya akan buang SETIAP sampah dalam tong sampah selepas ini~!!!! tapi, bukan sbb nk bergelar org bertamadun la... huhuhu...

izzah said...

xkesahla..

janji hang buang sampah dalam tong sampah.

muslim sepatutnya potray the best example.barula orang nampak cantiknya hidup sebagai seorang muslim..kan tu cara paling baik nak berdakwah..

pesanan untuk diri sendiri jugak..=D

berusaha semua!!

imanulhassan said...

betul tu.

stiap kali buang sampah merate2, akan ade seperti titik hitam dlm hatinye. lg byk buang smph, lg byk titik2 hitam tu.

so, utk bersihkan hati, jagelah alam sekitar~

Barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya

az zalzalah 7-8