Sunday, July 6, 2008

cabaran2ku hari2..=)



Salamu’alaik ya habibi..hmm..macam – macam duduk kat India ni..kena malariala, viral infectionla,malah sekarang dah ada yang kena typhoid..hoho..walaupun bak,kata doctor ‘mild’ typhoid je..


Bukan nak cakap apa,Cuma,duduk kat tempat orang ni,cabarannya lain.bukan je cabaran dari segi nak belajar,malah cabaran untuk hidup..yela,bila dah jauh dari mak ayah ni,sakit pening kawan-kawanyang layan..kalau nak harapkan mak ayah jugak,payahla..hoho..yela,bukan jauh sebatu dua,malah merentas lautan..jauhnya dari mak ayah..kalau xde kawan2 rasa macam layang2 yang terbang secara solo..heheh..dengan kawan2 ,rase macam layang2 ditemani gagak.. (okla,ditemani burung merpatila..bukan gagak..)


Duduk kat India ni,macam2 dah rase..seminggu sampai kat India,kami dah sambut puasa..Alhamdulillah,bahagia jugak sambut Ramadhan kat India..mungkin dari segi moreh tu,xdela,tapi terawih tu,adal jugak..walaupun mungkin xdela semeriah kat Malaysia..sambut syawal kat sinipun ada rendang jugak..tapi,kalau nak dibandingkan ngan kat rumah memangla xsama..sambut raya waktu tu pun ngan kawan2..xde huluran tangan mak ngan ayah untuk disalam pagi raya tu.. dan yang paling penting sekali ,kat sini ,xde sape nak bagi duit raye.. (tu yang baliik raya nanti,nak kutip duit raya tahun lepas sekali..hoho)


Lagi2 bila dah duduk kat luar ni,ulang alik gi kelas naik motor,kalau motor tu ‘menggedik’ terpaksala naik auto..punyala pemalas nak jalan kaki..haih..lepas tu,naik auto pun payah jugak,kadang2 join pemandu auto mogok..hoho..bila hantar motor kat bengkel , dengan asas pengetahuan motor yang zero ni (w’pun banyak je motor kat rumah..) ,tawakal kat Allah je,moge2 tak kena tipu.. pastu ,Tanya kawan2 lain,kotla kalau kena tipu..heheh..usaha untuk tidak ditipu tu ,penting..tapi,kalau dah kena tipu jugak nasib dahla kot..

Seterusnya bila

masuk musim2 exam lagila best..banyak giler nak kena baca..dah baca,kena faham dan hafal.

.kalau tak,xleh jawab gak.. tambahan pulak,cerita2 dalam laptop ada berlambak untuk ditengok..

haigan ni..teruskan membaca buku walaupun banyak cerita menarik untuk tengok..pastu.
..camne?? waktu ni,kawan2 gakla yang bagi sokongan untuk teruskan perjuan.kadang2 rasa cam dah tak larat dah nak teruskan membaca..walaupun baru seciput ilmu medic
yang kitorang

belajar.punyalah banyak ilmu Allah ni..Subhanallah..Maha Suci Allah Yang Maha Mengetahui..


Cabaran seterusnya adalah cabaran untuk kekal sihat..bukan saja dari segi fizikal malah mental dan rohani..alhamdulilllah,kat sini ubat murah je nak beli..kalau setakat vitamin c,satu tablet tak sampai seposen..pastu dari segi mental pulak,ramai je kawan2 yang ‘gila’ yang sentiasa membuat korang ketawa..kalau nak ajak nangis pun boleh..mereka ni memahami belaka..bila nak gelak,diorang join sekali..kalau nak nangis,diorang tolong dengar..walaupun xde kaitan ngan diorang pun..diorang dengar gak..kalau nak lepaskan geram,diorang sanggup jadi sasaran kena baling bantal..dari segi rohani pulak,banyak je kat internet artikel2 dan ceramah2 untuk buat hepatocytes kiter kekal segar dan ceria..malah,ade je aktiviti2 masjid (w’pun xlarat nak pegi tadi..haih..)..jadinye,macam2 mana pun kalau kiter berusaha untuk sihat..insya’Allah,kiter kekal sehat..


Lastly,rasenye cabaran yang besar adalah untuk 'tak berjaya'..siapa nak dipersalahkan kalau xberjaya..adakah diri sendiri..nilah part paling tak best ,terpaksa salahkan diri sendiri bila gagal..haih..xde siapa yang boleh haling kejayaan kiter melainkan diri kiter sendiri..hoho..camne??adakah aku yang bersalah??terpaksala jawab sendiri..=)

No comments: