Salamu’alaik ya nuha.
Allahumma solli ‘ala Muhammad wa ‘ala alihi Muhammad.
Subhanallah Alhamdulillah Lailahaillallah Allahu Akbar
Hmm..dalam sibuk2 baca buku,sempat lagi buat macam2.ada yang berfaedah,tapi banyak jugakla yang kurang berfaedah..haih..istighfar..=)
Kali ni nak share pasal bacaan waktu duduk antara 2sujud..ha,bacaan dalam
solat tu..kenapa pilih bacaan ni? Sebab,bacaan ni,ntahla,somehow tertarik katbacaan ni lebih sikit..payahla nak explain kenape..
Meh kiter share maksudnya..
Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.
Indahkan maknanya?
Hmm,memang semua bacaan dalam solat cantik2 maksud dia..mungkin sebab , kadang2 kiter kurang prihatin nak faham maksud bacaan tu..atau dah pernah belajar dah. .tapi maklumla dah tua ,mak cik terlupala..
Xpe,manusia tu memang bersifat pelupa..jangan sedey,Allah tu,
Maha Pengampun.=)
Ha,back to solat-->
kalau xfaham , macam mana nak rasa syok bila solat..macam bila kiter tengok orang berlakon dalam tv tu,dengan mudahnya ,kiter dapat bezakan samada pelakon tu menghayati lakonan dia atau x..xpayahla xmengaku..hahaha.
xsyokkan kalau pelakon tu macam setakat hafal skrip je,berlakon macam ‘kayu’..lagi xsyokla kalau kiter ber’temu’ dengan Allah a.k.a kekasih Agung kiter,tapi apa yang kiter luahkan hanya ‘skrip’ , tapi hati ,xde feel pun..macam mana nak join ‘Anugerah Pelakon Terbaik ’ kat akhirat
nanti ??
xpe2..meh kiter belajar ‘dapat’kan ‘feel’ tu.
jadinya,memandangkan ada pepatah kata:
tak kenal ,maka tak cinta
maknanya ,kalau nak ‘cinta’ dengan solat ,nak kasi ‘feel’ bila mengahdapNya,maka kenalah ‘kenal’ dengan solat..hehehe..
jadinye,jom ikut pergi ber‘kenalan’ dengan solat sekali lagi--kepada yang ‘pernah’ tahu,kepada yang belum pernah tahu meh kiter tambah seorang lagi ‘kenalan’ ..dan kepada yang dah tahu , meh kiter kukuhkan cinta kiter dengan ‘solat’..=)
Takbiratul-Ihram & Takbir
Allah Maha Besar.
Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.
Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.
Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.
Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanaMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau
tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.
Insya’Allah ,lepas ni,cinta kite pada ‘solat’ akan bercambah dan lebih kukuh dari hari ke hari.
p/s :tolong ingatkan si tukang taip ni,kalau ada ketidak selarasan antara yang dikongsi dengan apa yang dipraktik.stop her from being someone who CAKAP TAK SERUPA BIKIN..
No comments:
Post a Comment