Monday, November 24, 2008

hati seorang pejuang itu.=)

salamu'alaik ya nuha..

dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

hmm..dalam sepanjang minggu lepas ,banyak yang telah berlaku..macam2 cerita yang ada..banyak yang menduga rasa hati..adakah izzah benar2 redha dengan ketentuanNya? atau adakah izzah benar2 yakin setiap yang terjadi ke atas diri ini adalah yang terbaik?adakah izzah yakin bahawa bersama setiap kesusahan ada kemudahan?


minggu yang berlalu,penuh dengan macam2 rasa..geram,terkilan,risau..namun Alhamdulillah,towards weekend things were getting better each day.Alhamdulillah!.terima kasih kepada abah,sahabat2 di india,sahabat2 di indonesia dan sahabat di Malaysia..=)(xlupe mak ngan ayah.*hug*)


Hati seorang pejuang itu...





- Apabila diuji, mereka sesekali tidak lemah dan tidak mudah berputus asa

- Jika dikritik, jiwanya sentiasa tenang dan tidak sesekali gusar dan takut

- Bila ditohmah, mereka sabar dan tabah dalam menghadapi ujian tersebut

- Jiwa mereka sentiasa kental dan kuat dalam menghadapi cabaran

- Mereka tidak pernah membenci orang lain walaupun hatinya disakiti

- Mereka boleh dinasihati dan ditegur dan tidak mudah melenting

- Bersikap lapang dada apabila apabila pandangannya tidak diterima dan ditolak

- Mengakui kesilapan diri dan bersikap pemaaf

- Tidak mudah merajuk dan mengalah

- Bersikap lemah lembut dan memudahkan orang lain

- Mempunyai azam dan cita-cita yang tinggi, jiwanya sentiasa optimis dan istiqamah

- Merendah diri dan tawaduk, tidak sombong dan tidak pernah merasa bongkak

- Bersikap tegas dan tidak keras

- Berpandangan jauh dan terbuka


insya'Allah..izzah doakan agar kiter tabah dan semakin kuat dari hari ke hari..moga hari2 yang kelam cepat berlalu.ambillah pengajaran dari apa2 yang dah berlaku..moga xberulang lagi..insya'Allah..=D

No comments: