Sunday, December 4, 2011

dakwat.org

Salamu'alaik ya nuha

Subhanallah wa bihamdihi
Subhanallah hal adzim

ada satu site yang sangat menarik: Dakwat.org

silalah klik dan semoga setiap klik mendapat pahala,iA.^^

Wednesday, November 9, 2011

elective ^^

Salamu'alaik ya nuha.

Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah.

Alhamdulillah,kami semua pass P2S1 kami dan berjaya ke terenggganu.Alhmadulillah!
ramai yang bercucuran air mata lepas result dikeluarkan,beban BESAR yang tersandang atas bahu,rasa lega sekejap.

kemudian,kami berangkat ke terengganu,malam ahad,dengan bas.tiba di stesen bas,adib yang jemput kami dan hantar ke homestay.(tulah,gunanya ade adek ^^)

sehari lepas tu,baru kami ke hospital dan melapor diri ke department yang telah dipilih.izzah-A&E and sangat best.macam2 belajar,dan mereka semua sangat friendly and willing nak ajar.Alhamdulillah,Allah temukan kami dengan orang2 yang memudahkan urusan kami.^^

elective kami ke terangganu,bukan sahaja untuk belajar,malah mestilah untuk bercuti sekali.dan nilah,tempat2 yang sempat kami pergi.best sangat.

izzah cadangkan kepada sesiapa yang berminat nak bercuti ke terengganu,silalah pergi,iA xmenyesal ^^.
Teluk Ketapang,tempat yang best untuk picnic tanpa mandi-manda.hoho
Pantai Batu Buruk,rasanye pantai yang palingselalu pergi-sebab sebelah Hospital je ^^
selepas picnic kat Teluk Ketapang,esoknya kami picnic kat air terjun sekayu pulak. :)

selepas sekayu,petang tu kami ke TTI.sangat cantik ^^

kemudian,lepas ke TTI kami solat maghrib di sini.

weekend yang ke-2 kami di redang.Subhanallah!! (kalau boleh xnak balik~)

tapi,most of the time,kami di sini. koff koff

kadang2,kalau kami 'hilang' dari hospital,kami ke sini ^^ 
sempat solat maghrib dan isya' di sini,sekali lagi.

kemudian ke waterfront (puas cari baru jumpa.huhu)

kami minum di kedai jus gelas besar,menggunakan gelas2 besar.hohoho

dan sebelum semua pulang,kami sempat tapau nasi dagang dari sini.^^
dan setiap malam,kami di sini :)

p/s:kepada semua pemilik gambar2 di atas,terima kasih .:)

Sunday, September 25, 2011

Alhamdulillah!

Salamu'alaik ya nuha.

Subhanallah wa bihamdihi
Subhanallah hal adzim.

Subhanalllah Alhamdulillah Laillahaillallah Allahu Akbar :)

Alhamdulillah!

paper theory dah berakhir jumaat lepas,dan tinggal paper clinical je.semoga ALlah mudahkan urusan semua,ameen.

selepas habis paper theory,kami keluar makan sebelum melawat seorang sahabat yang admitted kat MGH,dan dengan selamba jayanya kami memakai 'kot putih' kami supaya senang nak access ke MGH walaupun hanya untuk melawat pesakit.*cough cough*
sama-sama doakan supaya sahabat tu,cepat sihat,ameen. ^^

kemudian,buat pertama kali,pergi ke bilik echo dan belajar serba sedikit mengenai echocardiography.*smug* (terima kasih encik MA)

kemudian,petang tu berangkat ke nilai (yeay!!melompat gembira-bukan literally).

tiba di nilai,maghrib dan makan banyak2,sebab parents kj yang beli banyak2.call cikgu s,dan menanti ketibaan cikgu dan suami (babah) sebelum berangkat ke rumah arwah huda.hurm,sedih jugak,tapi kena tunjuk muka ceria,sebab kalau kami masih sedih,apatah lagi dengan keluarga arwah. :)


oh,basically sabtu yang productive-dapat jumpa 3 keluarga dalam masa satu hari,terima kasih Allah atas ukhwah yang sungguh indah ni!ya Allah peliharalah kami semua dari nerakaMu,dan jadikanlah kami jiran2 di taman2 syurgaMu,ameen.

ah,xsabar nak gi nilai lagi,dah berniat ke nilai lagi lepas balik dari terengganu (jumpa abah,ummi dan adek2),iA.sebelum tu,pulang ke rumah tercinta-peluk mak ayah+buli hero.kekeke~

bahagia.*senyum sampai telinga~*

oh,semalam sempat keluar makan dengan kakak + usrahmates.selamat jalan kak F,semoga Allah mudahkan urusan akak dunia dan akhirat,jumpa kat kelantan nanti,iA.

apa2 pun,Alhamdulillah!

ya Allah,tautkanlah kami dengan kasih sayangMu,biarlah ukhwah ni kekal dari dunia sampai akhirat,dan ya Allah bantulah kami lulus P2S1 kami dengan cemerlang,mudahkanlah elective kami di terengganu nanti,dan mudahkanlah final year kami,ameen!

Sunday, September 18, 2011

nak travel lagi!!

Salamu'alaik ya nuha.

Subhanallah wa bihamdihi
Subhanallah hal adzim. :)

iA,kalau ada rezeki nak travel lagi.
jika korang pergi travel@ jaulah @ jalan-jalan ke mana jua,ada beberapa perkara yang perlu dilakukan dan benda yang lebih baik jika dibawa bersama:
berpakain menutup aurat,tawakal dan boleh sambung perjalanan
  1. berpakaian bersih,harum dan menutup aurat- senang kalau nak solat kat mana-mana.
  2. bawa stokin extra (muslimah la) shawl,atau tudung extra- juga untuk solat, kalau tempat solat x disediakan
  3. bawak air kosong,selain menghilangkan haus,boleh digunakan untuk ambil wudhu' atau kalau korang pergi travel dekat negara yang tandas dia tiada air macam singapore.hoho~
  4. ah,and satu lagi kalau memang nak melawat tempat-tempat yang baik-macam makam Imam Shafiee,atau melawat ke masjid2 yang bersejarah,bersiap sediala dengan wudhu' kadang2 tempat macam ni,xde tempat wudhu' untuk wanita.
  5. kompas - jugak untuk solat - kalau xde disediakan tempat solat.
  6. niat,kerana Allah,semoga Allah mudahkan dan selamatkan perjalanan semua.
solat di pantai malpe ,udupi ^^
ni semua gara-gara travel Abdul Latip Talib ke Turki menjejaki Bediuzzaman Said Nursi.banyak tempat2 bersejarah yang diorang melawat kat Turki, iA ada rezeki kita gi sana ye.tapi,rasanya kena utamakan melawat rumah Allah dulu,sebelum melawat tempat2 lain,bukankah rumahNya jauh lebih mulia dari tempat2 lain ? ^^

dan paling penting sekali,sila sambung membaca buku,sekian!

Saturday, September 17, 2011

detik2 kesayangan,ahaks~

Salamu'alaik ya nuha.

Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah.

segala puji bagi Allah Yang Maha Besar,Maha Pengasih dan Maha Penyayang atas segala nikmat yang telah dilimpahkan tanpa putus-putus.

oh,tajuk berkenaan.

hurm,dalam kepayahan,kekalutan dan ketunggang terbalikan persediaan nak menghadapi exam selasa ni (tolong doakan),Allah selalu hantarkan detik2 yang sentiasa mengingatkan 'niat untuk ALlah','niat untuk ALlah'. terutama sekali bila rasa macam ni:

 ya Allah,macam mana nak buat ni,banyaknye lagi nak baca
 ya Allah,terlupa pulak,baca dah hari tu..uuuu...
 jap,xsihatla,xleh nak gi kelas revision..uuu..
 oh,tu pun kena baca e? (dengan nada terkejut),banyakla nak kena baca ni (yela,siapa suruh prepare last minute!)

mana x nya,xde kekuatan dari sisi diri ni nak menempuh semua ni,melainkan apa2 yang Allah pinjamkan,dari segi kefahaman,kesihatan,kerajinan -semuanya lah!

kanak2 ber'window shopping'

selain tu,Allah jugak selalunya akan hantar detik2 yang macam ni (melalui orang2 laen),bila rasa macam malas atau dah xlarat nak baca buku:

 kita nak keluar makan,nak ikut x?
 kita nak gi jj jalan2,nak ikut?
 kita nak gi bengkel,betulkan kereta ,boleh temankan ? (eh,ni betul2 berlaku)
 kita nak gi IT fair,nak ikut x?
 yang lagi best-kita nak balik nilai,nak ikut x? (yang ni,walaupun hati melompat-lompat kegirangan nak ikut,tapi xjadi ikut)
 dan above all--azan pun berkemundang--elok je,pergilah mengadu dengan Yang Maha Mendengar!

semoga Allah mudahkan urusan kami semua dunia dan akhirat,dan korang jugak.


ya ALlah,terima kasih atas segalanya,segalanya indah ya Allah.ya Allah,kekalkan ukhwah antara kami dan sampaikanlah kami ke syurga bersama-sama,jadikanlah kami jiran di syurga nanti,ya Allah jangan Engkau jauhkan hati-hati ini dari satu sama lain,dan janganlah Engkau jauhkan hati-hati ini dariMu.

Wednesday, September 14, 2011

Allah,Allah,Allah

Salamu'alaik ya nuha.:)

Subhanallah wa bihamdihi
Subhanallah hal adzim

Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah.^^

Segala puji bagi Allah,atas segala nikmat yang dikurniakanNya,hinggalah saat ni.(banyak woo~)

manusia,ada banyak permintaan,banyak benda yang dirisaukan kan? sebab,kita hamba yang xboleh dan xmampu nak pasti tentang apa2 perkara pun--sebagai contoh,kalau dah ada makanan depan mata pun,belum tentu itu adalah rezeki yang bakal mengenyangkan kita,boleh je makanan tu terjatuh ke,atau tetibe ada lalat2 hinggap--xkanlah nak makan jugak kan?

angkatlah tangan dan berdoalah. ^^

ada satu doa yang Rasulullah s.a.w ajar untuk mengurangkan kerisauan2 manusia ni,yang maksudnya:
ya Allah,aku berlindung denganMu dari rasa sedih dan gelisah,dan aku berlindung padaMu dari sikap pengecut dan bakhil,dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang,ameen.
semoga Allah tenangkan hati2 yang gelisah dan sedih,semoga Allah pelihara kita semua dari sikap pengecut,bakhil dan dipelihara dari cengkaman hutang dan penindasan orang.

all the best,untuk mereka2 yang exam,percayalah iA,Allah akan mudahkan mereka yang memudahkan agamaNya.^^

Sunday, September 11, 2011

coup and contrecoup + whiplash injury

Salamu'alaik ya nuha :)

Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah :)

tadi,dalam perjalanan balik dari beli makanan,kami telah terlibat dalam satu kemalangan 'kecil' kat traffic light.hoho,blurr sungguh lepas accident tu.semua xtahu nak buat apa,nak settle macam mana..hoho,Alhamdulillah semua selamat,tiada yang cedera,cuma kereta la yang ada calar-balar sikit.Alhamdulillah!

semasa accident tu,sempatla rasa macam mana minor 'coup and contrecoup phenomena'.hoho,menarik jugak.Alhamdulillah, Allah izinkan pasang seat belt dan seat depan ada tempat untuk sandar kepala tu,kalau x,ada risiko nak dapat whiplash injury.apekah ?

coup and contrecoup phenomena ni,salah satu cara macam mana otak boleh cedera semasa accident.coup adalah arah yang sama kita sedang bergerak,bila tiba2 kita berhenti ,atau bila kita dilanggar dari belakang(ha,macam tu la lebih kurang),manakala contrecoup pulak adalah bila berlaku dalam arah yang bertentangan dengan coup.faham kah?

whiplash injury pulak,macam bila kereta kita dilanggar dari belakang (contohnya),kita akan secara dahsyatnya mem'flex' leher kita dan kemudian diikitu dengan hyperextension--yang ini dipanggil whiplash injury--boleh patah leher tau,Alhamdulillah,kereta2 sekarang dah ada tempat letak kepala tu.

Alhamdulillah,Allah ajar kami pengajaran yang amat berharga hari ni-sila pasang seat belt!

p/s: keluar rumah dan naik kereta jangan lupa baca basmalah (ehem,awak pun!),semoga Allah selamatkan dari segala mala petaka di dunia dan di akhirat.semoga semua sentiasa dalam lindungan dan kasih sayang Allah. ^^

Wherever we are, whatever we are doing (on holiday, in study break, taking examinations, etc) remember that we are first and foremost a slave of Allah. ;) 

Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dialah yang memilih kamu dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan sudah payah dalam perkara agama, agama bapa kamu Ibrahim. Dia menamakan kamu orang-orang Islam sejak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi saksi kepada umat manusia. Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dialah Pelindung kamu. Dialah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan.Surah al-Hajj: ayat 7
8

indah kan? ada kawan yang comel post benda ni.ya Allah ajarkanlah kami erti hamba,ameen.

Saturday, September 10, 2011

anak2 burung ^^

Salamu'alaik ya nuha

Subhanallah wabihamdihi
Subhanallah hal adzim :)

dekat luar tingkap (kemungkinan besar) ada anak2 burung yang sentiasa 'bising' waktu pagi dengan tengahari.
lapar kot.hari ni hujan,hopefully xapa2 la anak burung2 kat luar tu.


ah,sepanjang tengah menaip tadi,anak2 burung tengah bising,sekarang dah senyap dah,mungkin dah dapat makanan agaknya.hopefully anak2 burung cepatlah besar dan pandai cari makanan sendiri ^^

-end-

terbayang macam mana mak dengan ayah berusaha untuk mencari rezeki untuk sesuap nasi (well,actually much more than that).apatah lagi zaman yang anak2 nak macam2 sekarang ni-handphonela,laptopla,ps3 la.huhuhu

and paling penting sekali,jangan lupa Yang Maha Memberi Rezeki,ALlah,yang telah memberi rezeki tanpa henti sejak teciptanya kita semua,tercipta tu bukan bila kita lahir tapi ketika zygote lagi,Alhamdulillah!

Allah,terima kasih atas segalanya,Alhamdulillah :)

p/s:minta maaf atas segala salah silap,dan tolong doakan kami supaya Allah mudahkan exam,dan izinkan kami lulus dengan jayanya,ameen .

Saturday, September 3, 2011

Ramadhan->Raya->Exam

Salamu'alaik ya nuha

Subhanallah wa bihamdihi
Subhanallah hal adzim :)


Alhamdulillah,Allah telah mengizinkan kita semua menyempurnakan Ramadhan dengan sebaiknya (iA) dan menemukan kita semua dengan syawal.Alhamdulillah! ^^

ok,selamat hari raya,maaf zahir dan batin.
semoga Allah mudahkan kepada semua yang bakal menduduki peperiksaan selepas raya ni.


semoga tarbiyah Ramadhan berjaya membentuk diri di sini dan diri-diri di sana.
(ya Allah bantulah kami menjadi hambaMu yang bertaqwa,ameen)

kepada yang beribadah kerana Ramadhan dan malam Al-Qadr, keduanya telah berlalu,kepada yang menyembah Allah,Allah-lah Yang Maha Hidup dan Yang Maha Kekal.


selamat kembali membaca buku,semoga Allah pinjamkan ilmu yang berkat semoga dapat diajarkan kepada orang lain,dan dapat diamalkan,ameen.

selamat mula berpuasa enam!!
(jangan lepaskan diskaun pahala puasa setahun hanya dengan berpuasa selama 1 bulan + 6 hari ^^ )

Sunday, August 21, 2011

Aqsa2Gaza2

Salamu'alaik ya nuha.

Subhanallah wa bihmadihi
Subhanallah hal adzim :)

Allahumma innaka 'afuwwun kareem,tuhibbul 'afwa, fa'fuana,ameen.
[O Allah indeed You are All-Pardoning , You love forgiveness,so forgive me]

such a very2 beatiful duaa.

ok,here's a link to Aqsa2Gaza2, which already started.those interested can click the link, for those who are not goingto read further at the site provided,at the very least we can make duaa for them,right?
may Allah ease their mission and save them from Israel laknatullah.may this Ramadhan brings more blessings to all especially those making a superb effort reaching for those needy palestinians,their family members and all who contribute in any way for this mission.may Allah reward them with His highest paradise,ameen.

each one of us,has our own battle.make sure that we put effort to win ours as much as the palestinians always fight hard for theirs.

yosh!back to books~ ^^

Friday, August 12, 2011

jom tukar status ^^


Seorang kerani syarikat bercita-cita menjawat jawatan besar.
Seorang doktor di sebuah hospital menginginkan menjadi specialist.
Seorang tokoh korporat yang belum ber-datuk mengejar gelaran demi gelaran.
Sepasang teruna dan dara berhasrat mengubah status kepada 'married'.

Lantas,
Mengapa tidak setiap kita yang muslim berusaha menjadi "muttaqin"?
Sampai bila lagi hidup di muka bumi ini sekadar di takuk lama, tidak berubah sedikit pun?
Ayuh rakan-rakan, Ramadhan masih ada lagi..
Jangan disia-sia kannya, kerana mungkin ini kali terakhir Ramadhan yang kita kecapi.  

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa" [Al-Baqarah, 2:183]


komen:sangat menarik,jom ramai2 tukar status.berusaha! ^^

Thursday, August 4, 2011

with I


Ar-Ra'd: 11
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri "
wahai diri,jom berubah,semoga ALlah mudahkan jalan menujuNya.
Allahumma 'afuwwun kareem,tuhibbul 'afwa fa'fuana ,ameen.

Sunday, July 24, 2011

wahai diri jauhilah futur

Salamu'alaik ya nuha

Subhanallah wa bihamdihi

Subhanallah hal adzim :)

futur?

Penyakit Futur

Futur mengandungi dua makna iaitu :

a. Putus setelah bersambung, atau tenang setelah bergerak.
b. Malas, lambat, perlahan, setelah rajin dan bersungguh.

Menurut istilah : Futur ialah suatu penyakit yang dapat menimpa sebahagian aktivis, bahkan menimpa mereka secara praktikal (perbuatan). Tingkatannya yang paling rendah berupa kemalasan, menunda-nunda atau berlambat-lambat. Kemuncaknya ialah terputus atau berhenti sama sekali sebelumnya rajin dan terus bergerak.

Allah SWT berfirman mengenai malaikat “Dan (ingatlah) Segala Yang ada di langit dan di bumi adalah milik kepunyaan Allah jua; dan malaikat-malaikat Yang ada di sisiNya tidak membesarkan diri dan tidak enggan daripada beribadat kepadaNya, dan tidak pula mereka merasa penat dan letih. Mereka beribadat malam dan siang, Dengan tidak berhenti-henti.” – (Al-Anbiya’ : 19-20)

Maksudnya, mereka selalu beribadah dengan menyucikan Allah dari segala sesuatu yang tidak layak bagiNya, sentiasa mengerjakan solat dan berzikir kepada Allah siang dan malam dengan tiada merasa lemah dan bosan.

Sebab-sebab futur:

1. Berlebih-lebihan dan bersangatan dalam beragama.

2. Berlebih-lebihan dan melampaui batas dalam perkara yang harus

3. Suka menyendiri dan meninggalkan jemaah

4. Sedikit sekali mengingati mati dan akhirat.

5. Bersikap seenaknya dalam melaksanakan amal sehari-hari.

6. Memakan makanan yang haram atau syubhat

7. Membatasi kegiatannya pada satu sisi sahaja dari berbagai aspek agama.

8. Melupakan sunnah Allah terhadap alam dan kehidupan.

9. Tidak memperlihatkan hak-hak badan kerana besarnya tugas dan banyaknya kewajipan, sedang orang yang mahu melaksanakan agama jumlah sangat sedikit.

10. Tidak adanya persiapan untuk menghadapi rintangan.

11. Bersahabat dengan orang yang lemah kemahuannya dan rendah cita-citanya

12. Tidak sistematik dalam melakukan sesuatu, baik yang dilakukannya sendiri mahupun bersama-sama

13. Terjatuh dalam lembah maksiat dan keburukan, lebih-lebih bila menganggapi mudah terhadap dosa-dosa kecil.

copy paste dari sini

p/s:merindui nota-nota kecil tercatat 'jangan futur' dari sahabat2.semoga semua tenang dalam perjuangan,ameen :)

Friday, July 22, 2011

Ramadhan :)


Salamu'alaik ya nuha.

Subhanallah wa bihamdihi
Subhanallah hal adzim :)may Allah rewards those created this picture with lots of blessings and reward them jannah.

such a simple yet very awesome picture :)

ya ALlah,please ease our preparation for Ramadhan,ya Allah ease our heart and please help us to make our love for You is utmost of other things.ameen.


Tuesday, July 19, 2011

i believe!

Salamu'alaik ya nuha

Subhanallah wa bihmadihi
Subhanallah hal adzim :)

such a beautiful song *overwhelmed*~



enjoy!

i believe! do you?^^

p/s:lets get rapidly and seriously preparing for coming Ramadhan.ya Allah,please ease our way,ameen. :)

Wednesday, July 13, 2011

saya berharap..


Salamu'alaik ya nuha.

Subhanallah wa bihamdihi
Subhanallah hal adzim :)

mengapakah dengan tajuk di atas?

hoho,dalam hidup kita seharian,banyakkan yang kita harap jadi,maka kita akan mula berkata-kata dalam hati~

'hopefully jadi macam ni,atau hopefully jadi macam tu'

sekarang,jom berubah kepada:

'ya Allah,jadikanlah aku macam ni,ya Allah jadikanlah aku macam tu'

izzah mintak:

ya Allah jadikanlah kami doctor yang selamat dan competent (read as-safe and competent),yang sentiasa sedia untuk dengar pertanyaan2 patient,yang patient rasa selesa nak bertanya,dan yang berjaya dengan izinMu memudahkan urusan mereka (patient),ameen.

sebab,kadang2 ramai orang2 sekeliling yang xnak tanya dengan doctor,instead buat andaian sendiri atau tanya je sesiapa yang xtahu pasal medical problem pun.

atau kat hospital,kadang2 patient xnak tanya dengan doctor2 yang bertugas atau yang merawat mereka sebelum ni,instead mereka bertanya pada kami (student2 medic).tu okla,at the very least kami adalah jugak idea apa nak jawab balik kalau xpun,balik bilik baca pastu esok bagitau kat patient. :)
iA,jom sama2 ubah keadaan ni,jadilah doctor yang peka pada patient dan jom siapkan diri dengan ilmu!

hait,sambung membaca.

salam :)

p/s:cepat sikit buat persiapan!! bulan penuh syaaban dan tiba,Ramadhan dah dekat! :)

Wednesday, July 6, 2011

boarding pass


Salamu'alaik ya nuha

Subhanallah wa bihamdihi
Subhanallah hal 'azim

semoga semua baek je-dari segi emosi,fizikal,mental dan rohani.
Alhamdulillah!

oh,hari tu,dalam proses mengemas bilik,tiba2 ternampak blazer masa first time fly ke india.entah macam mana,terasa nak seluk2 poket.pastu terjumpa boarding pass ni:
tiba2 ter'excited' pulak.

tanpa disangka banyaknya masa dah berlalu,hampir 4 tahun dah~

banyak kenangan yang dah dilalui dengan sahabat2-masa susah dan senang,lapar dan kenyang,benci dan sayang,porak peranda dan tenang-macam2 dah dilalui.

semoga Allah kekalkan ukhwah yang terbina selama lebih 6 tahun (+masa KTT dulu),sampai syurga.
ya Allah kumpulkanlah kami semua bersama-sama dengan hambaMu yang soleh di syurgaMu,ameen.

teringat cerita zeenat (kenalan masa kat india):
imagine that we all in jannah,and we can wave to each other,meet each other ,have a chat like what we're doing now,only that,it will be in jannah.masyaAllah!! :)

ok,zeenat,not exactly said that. (lebih kurangla~)

Thursday, June 30, 2011

h e a l i n g


lets become those who healed others,so we will be healed.
such a deep meaning :)

fighting oh! ^^

Sunday, June 26, 2011

ya Allah tetapkanlah kami dengan solat :)

Salamu'alaik ya nuha.

Subhanallah wa bihamdihi
Subhanallah hal adzim :)

cool kan,gambar di atas~
hurm,pengalaman izzahlah,lagi susah nak solat,lagi rasa tenang masa solat (macam rasa absorbed into a place yang stagnant kejap~)

ya Tuhanku jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap melaksanakan solat ,ya Tuhan kami perkenankanlah doa kami. ya Tuhan kami,ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan semua orang yang beriman pada hari diadakan perhitungan (Hari Kiamat)
Surah Ibrahim : 40-41

ameen :)

selamat berusaha menjadi hambaNya yang tetap dengan solat,walau dimana jua,dalam keadaan apa saja! :)

Wednesday, June 22, 2011

muslim xpernah sendiri~

Salamu'alaik ya nuha :)

Subhanallah wa bihamdihi
Subhanallah hal adzim

muslim xpernah sendiri.
sentiasa terikat atau 'terbersama' dengan muslim-muslim lain.(sila notis,bukan terikat hanya dengan muslim lain tetapi dengan muslim2 laen)
setiap kali bacaan Al-Fatihah
"tunjukkanlah KAMI jalan yang lurus"
terikat dengan mereka yang telah lalu dan yang akan datang
"jalan MEREKA yang Engkau beri nikmat"
masha Allah,bukankah indah menjadi muslim?

xterbatas pada hayat yang sangatlah pendek ni
sejarah hidup kita adalah kesinambungan ,terkesan dan memberi kesan dengan yang telah lalu dan yang akan datang
xterbatas pada sempadan negara
-dimana jua seorang muslim,bacaan Al-Fatihah tetap sama-

ah,indahnya!

dimana jua,kalau terserempak
Assalamu'alaikum
wa'alaikummus salam

:)

selamat bersaudara wahai muslim-muslim sekalian!

p/s:sila baca buku untuk block test esok,sekian.

jangan lupa,jaga akhlak,jaga iman & jaga hati ^^

pp/s:rasanye gambar kat atas tu,kat masjid besar kat Delhi (merindui hiruk pikuk India,apekah?)

Sunday, June 19, 2011

jadi contoh~


Salamu'alaik ya nuha.

Subhanallah wa bihamdihi
Subhanallah hal 'adzim :)

khamis dan jumaat lepas,abah ada kat melaka-bawak budak-budak sekolah jalan-jalan kat melaka (rombongan gi melaka~)

Alhamdulillah,sempat jumpa abah (terima kasih kak ja!),sembang-sembang pasal sahabat-sahabat lain,dapat nasihat + cerita pasal ummi & adek-adek kat rumah. :)
merindui adik humayrah,irfan,wardah,abang arif &abang fizul(iA,jumpa bulan 10 ni!)

dalam banyak2 cerita menarik,ada satu cerita pasal abang fizul yang izzah jadi tersentuh kejap (ahaks~)
abah kata,abang fizul nak jadi doktor,pastu dia cabar diri dia sendiri dengan cakap kat abah
"kalau kak izzah boleh jadi doktor (ameen~),mestilah abang fizul pun boleh!"

Allahu Akbar!
Tuhan je yang tahu,apa makna kata-kata macam tu buat izzah yang student sekadar 'sedang2 je ni'.baek,jom berusaha!

IA,ALlah mudahkah urusan abang fizul dan semoga berjaya mencapai cita-cita!

;)

semoga Allah mudahkan urusan semua.

Monday, June 13, 2011

Apakah Benar Engkau Pejuang?

APAKAH BENAR ENGKAU PEJUANG
Qatrunnada
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak mampu menerima ujian
Engkau ingin berjuang,
Tapi engkau rosak oleh pujian
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan

Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak begitu setia kawan
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sanggup berkorban
Engkau ingin berjuang,
Tapi ingin jadi pemimpin
Engkau ingin berjuang,
Menjadi pengikut agak segan

Engkau ingin berjuang,
Tolak ansur engkau tidak amalkan
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sanggup menerima cabaran
Engkau ingin berjuang,
Kesihatan dan kerehatan,
Tidak sanggup engkau korbankan
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak mampu menerima ujian

Engkau ingin berjuang,
Tapi engkau rosak oleh pujian
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan,
Engkau ingin berjuang,
Masa tidak sanggup engkau luangkan

Engkau ingin berjuang,
Karenah isteri tidak kau tahan
Engkau ingin berjuang,
Rumahtangga lintang-pukang
Engkau ingin berjuang,
Diri engkau tidak engkau tingkatkan

Engkau ingin berjuang,
Disiplin diri engkau abaikan
Engkau ingin berjuang,
Janji kurang engkau tunaikan
Engkau ingin berjuang,
Kasih sayang engkau cuaikan
Engkau ingin berjuang,
Tetamu engkau abaikan

Engkau ingin berjuang,
Anak isteri engkau lupakan
Engkau ingin berjuang,
Ilmu berjuang engkau tinggalkan
Engkau ingin berjuang,
Kekasaran dan kekerasan engkau amalkan

Engkau ingin berjuang,
Pandangan engkau tidak diselaraskan
Engkau ingin berjuang,
Rasa bertuhan engkau abaikan
Engkau ingin berjuang,
Iman dan taqwa engkau lupakan

Ya sebenarnya apa yang
Engkau hendak perjuangkan..

Thursday, June 2, 2011

karat-karat jahiliyah~


Salamu'alaik ya nuha :)

Subhanllah wa bihamdihi
Subhanallah hal adzim :)

tahukah korang ada hadis yang berbunyi macam ni~
Dua kalimah yang ringan di lisan,berat di mizan (neraca timbangan amal) , disukai oleh Ar-Rahman ; Maha Suci Allah dan segala puji-pujian untukNya,Maha Suci Allah Yang Maha Agung
(read as Subhanllah wa bihamdihi,Subhanallah hal adzim )
[Riwayat al-Bukhari & Muslim ]
selamat membanyakkan zikir ,kan zikir tu ubat hati :)

p/s:gambar tu,walaupun xde kaitan sangat,tapi rasa sangat menarik ^^

Tuesday, May 31, 2011

tarbiyah :)

Salamu'alaik ya nuha.
Alhamdulillah,Alhamdulillah.Alhamdulillah




sila klik play,sekian.

Saturday, May 28, 2011

pak cik,terima kasih.


Salamu'alaik ya nuha.:)

Subhanallah Alhamdulillah Lailahaillallah Allahu Akbar.

"never cause your patient any pain!"
uuu~
pak cik,saya memang xsengaja.
rasanya cakap ,sorry banyak mana pun,xkan cukup.pak cik,terima kasih sebab sangat sabar .

semoga Allah ampunkan dosa2 pak cik tu,dengan sebab izzah dah menyebabkan dia sakit.ameen.

Wednesday, May 25, 2011

hidupkanlah malam~

Salamu'alaik ya nuha.:)

Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah ^^

semoga semua sentiasa dalam linkungan kasih sayang ALlah.

jom,hidupkan malam2 yang berbaki ni (yela,timeline kita xsiapa tahu sampai bila kan?) ,andai ada kelapangan,ada kekuatan.

sebab,qiyamullail ni lebih baik dari dunia dan isinya.masha Allah ,dunia ni pun macam best je kan,apatah lagi sesuatu yang lebih baik darinya. :)

selamat berusaha menghidupkan malam2 yang ada.

ada banyak tips2 untuk mudah bangun malam,yang izzah tahu,pasang niat,kunci jam dan doa pada ALlah,supaya diberi kekuatan untuk bangun.

ada tips2 lain?care to share? :)

jaga hati,jaga iman.

ya Allah,bantulah kami menjaga diri kami daripada menjadi sumber fitnah kepada orang lain,ya Allah,bantulah kami menjaga diri kami,agar orang lain xmendapat tempias dari keburukan dan kekurangan kami.ameen.

ya Allah,aku bersalah..

Sunday, May 22, 2011

sehari sabtu :)


Salamu'alaik ya nuha.

Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah :)

sesungguhnya kita merancang dan Allah juga merancang.dan Allah lah sebaik-baik perancang.

semalam,bolehla dikatakan hari yang productive,bermula dari pagi sampai ke isya'.

seperti hari2 yang luar biasa,bila anda pergi program qiyam ,anda akan dikejutkan untuk qiyam.Alhamdulillah,Allah izinkan kami semua menghidupkan hening pagi sabtu kami bersama-sama.seronok tau~

lepas siap,subuh berjamaah kat masjid + sarapan free ^^,kami pun pulang ke kolej dengan pengetahuan bahawa akan ada masalah belakan electric dari 9am-6pm.uuuu~

tunggu2,ada je electric.tiba2,pukul 10.45 am (?),eletrik dah xde.xperasan pun,sebab dah tertidur kat meja.

pukul 11.45,keluar lunch,sambil masing2 giat fikir "nak study kat mane?" (ada exam ,selasa ni.tolong doakan~).

lepas lunch kat windmill bukit beruang,kami singgah solat kat masjid .. . (xtau nama dia~),kemudian kami ke kampung buku .yeay!!

kampung buku~menarik kan?
sampai kat botanical garden,penuh parking,maka kami decided parking je kat depan kampung buku.sangat best suasana kat sana-menggalakkan kami membaca buku-dalam sejam-dua yang pertama.

kemudian,kami pergi maen dam ularla,dam hajila (meng'conquer' kidz corner)..banyak sangat aktiviti boleh buat kat situ.:)

masuk waktu asar,kami pun berangkat ke mydin.solat,shopping dan makan.

kemudian,niat nak sambung study kat A&W kat jusco pulak (sebab dapat berita dari mak guard,eletrik xde sampai pukul 9pm-xkanlah nak bergelap kat kolej kan?).baru je nak amik turn ke jusco,dapat mesej-dah ada eletrik dah!!-hooray!!

kami pun buat u-turn,dan pulang.

solat maghrib ,isya'---tido~

:)

Alhamdulillah!

p/s:kepada sesiapa yang ada kat melaka,selain coffee bean,mcD (janganla sokong Israel),library community kat jusco,ada satu lagi tempat menarik untuk anda study -->kampung buku!! :)

Tuesday, May 17, 2011

10 ringgit~~


Salamu'alaik ya nuha.

Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah :)

kenapa dengan RM 10?

isnin yang lalu (skema pulak~),macam hari2 isnin yang sedikit luar biasa dari isnin2 yang lain,dapatla pergi pasar malam.

lepas beli beberapa barang untuk orang lain,barulah nak beli makanan sendiri.dalam poket ada 2 keping RM 1,dan 2 keping RM 10.harga makanan yang dibeli tu,dalam lebih kurang RM 2++.

masa nak bayar tu,ramai orang kat kedai tu,makanya macam nak mudahkanlah peniaga tu,xpayah pulangkan baki,maka nak bayarlah pakai 2 keping RM 1 tu,tapi,kalau bayar dengan duit tu,confirm lah xkan bagi peminta2 sedekah yang ada RM 10.uuu

macam mana ni?

xpelah,bayar jela dengan 2 keping RM 1,kita derma lain kali jela (kata hati-busuk betul)

lepas tu,dalam perjalanan balik,ada kawan pinjam RM 20 tu nak beli top-up.pastu bila dah masuk dalam kereta,dia pulangkan balik RM 20 tu,dengan 2 keping RM 10. (so far,korang faham x?)

akhir sekali,sampai kat bilik,bila keluarkan duit dari poket ada sekeping je RM 10.

eh,mana satu lagi?

turunlah bawah,cari sepanjang perjalanan,memang xde.tanya kat kawan tu,kot2la ada dalam kereta-xde jugak.

balik tu,tergelak sendiri.

padan muka,kedekut lagi dengan Allah,kan Allah dah ambik balik hakNya.Alhamdulillah,Allah ambik RM 10 je,kalau lebih?nauzubillah~

sekadar nak kongsi.kalau kita ada duit, sebahagian adalah hak orang2 lain.
p/s:mari bersama-sama memaksimumkan amalan bersedekah (2:261)

Tuesday, May 10, 2011

kebergantungan kepada yang lain~

Salamu'alaik ya nuha.

semoga semua sentiasa dalam redha dan petunjuk Allah.

Alhamdulillah , Alhamdulillah .(double Alhamdulillah~)

hurm..

ape agaknya kita nak bercerita hari ni?

kebergantungan kepada yang lain.

cuba tengok sekeliling kita.mesti ada banyak benda kan~

then,cuba trace balik mana kita dapat benda2 tu.

contoh:
-phone : beli masa nak fly gi india dulu (huhu,lamanya dah~)
-buku : junior belikan kat india
-pen : beli sendiri rasanya la~
-meja : xbeli,memang kolej sediakan

ok.

seterusnya ,macam mana kita boleh dapat benda2 tadi
-phone : pi beli dengan ayah
-buku : pakai duit jpa
-pen : duit jpa jugak kot
-meja : bayarla yuran hostel~

uhuk~xde pun pakai duet sendiri atau atas susah payah diri sendiri.semua masih bergantung dengan orang lain (terima kasih ALlah,terima kasih pembayar2 cukai~).

walaupun macam tu,xpernah Allah putuskan rezeki yang Dia salurkan ,sentiasa ada,walaupun masih xmampu dengan tangan sendiri,maka Allah salurkan melalui tangan2 hambaNya yang lain .(kalau jatuh dari langit-macam scary sangat la pulak nanti kan~)

bayangkan bukan sekarang je,atau baru2 ni Allah bagi rezeki,tapi sejak dari zygote.

ya ALlah,xkan pernah cukup syukur kami kepadaMu.ya Allah limpahkanlah kepada kami rasa syukur kepadaMu ketika susah dan senang.

:)

p/s: bila ada banyak kerja nak buat,& rasa xcukup2 masa-->maka bantulah orang laen.xpercaya? refer surah Al-Lail~ ^^

Saturday, April 23, 2011

kerja kahwin sana sini~


Salamu'alaik ya nuha. :)

Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah.

Alhamdulillah,hari ni,Allah beri peluang ke gunung ledang lagi (best sangat!!!)

ok,tu sampai situ je.

next topic-sila rujuk tajuk di atas. :)

akhir2 ni,tiba2berlaku lambakan undangan majlis perkahwinan ,mungkin jugak sebab cuti sekolah yang dah nak berkunjung tiba.

mashaAllah,happy sangat!! tahniah2x :)

semoga Allah mudahkan urusan semua dan Allah kekalkan perkahwinan sampai ke syurga,ameen.

dan paling best sekali,selamat melangkah naik di tangga2 maratib amal dari fardu muslim (individu muslim) ke satu tangga yang lebih baik iaitu baitul muslim (keluarga muslim).

semoga semua sentiasa dalam redha dan rahmat Allah.

p/s:tahniah jugak kepada rabi' & irfan .nanti,ada masa boleh gi jumpa baby korang. ^^

pp/s: ya Allah ,dunia ni sangat3x best - banyak betul kasih sayang.kalau inilah yang dikatakan dengan 1 % kasih sayangMu,xterbayang yang lagi 99% tu.
ya Allah tetapkanlah kami sebagai mereka yang Engkau gelarkan sebagai As-siddiqin,ameen.