Salamu’alaik ya nuha.
Berkongsi.
Waktu kecik2 dulu,ada satu benda yang mak ajar,kalau xboleh berkongsi,jangan berkawan.
Bila dah ‘besar’ ni,baru betul-betul faham,apa yang mak maksudkan dulu.waktu tu ,dia cakap mengenai gula-gula.kalau xboleh share,jangan pergi main kat luar.kalau tak boleh berkongsi ,jangan berkawan.jadi,sebab nak gi main kat luar jugak,terpaksala share gula-gula tu..=)
Lepas dah menjadi kawan selama sepanjang usia ni,dan melalui proses ‘berkawan’ hampir 21 tahun,banyak kenangan yang dilalui sepanjang berkawan.ada yang baik,ada yang ‘kurang’ baik.hee..itula asam garam kehidupan ni.
Sepanjang berkawan,yang kita lakukan hanyalah satu perkara iaitu berkongsi.xpercaya?
Cuba renung balik,macam2 yang kita share dengan kawan2.suka sedih, tenang, marah, makanan, duit, doa, kepenatan, kesakitan, gelak ketawa,kerisauan,dan bla..bla..bla..
Semuanya boleh dikategorikan bawah satu perbuatan~~BERKONGSI
Dalam banyak perkara ,ada yang baik dan ada yang buruk .
Dalam persahabatan kita,apakah yang kita kongsikan?
Gula-gula atau karies gigi?
Cita-cita atau angan-angan?
Suka duka atau suka sahaja?
Pahala atau dosa?
Cercaan atau dorongan?
Sekadar renungan.
Izzah,apa yang awak kongsikan kat sini?
Anda,apa yang anda kongsikan di sini?
apa-apa pun perkongsian disini,moga setiap yang dikongsikan menjadi satu jalan menujuNya.=)
sebab tu orang cakap "sharing is caring"
No comments:
Post a Comment