Subhanallah Alhamdulillah Laailahaillallah Allahu Akbar.
Hari ni 4 disember 2008 genaplah ulang tahun yang ke-22 perkahwinan mak dan ayah..selamat ulang tahun perkahwinan..=)
Dari jauh,kak yong kirimkan doa agar rumah tangga mak dengan ayah kekal aman damai,walaupun kadang-kadang tak sependapat (*grin*),biasala kan..kak yong doakan semoga mak dan ayah dilimpahkan dengan rezeki yang halal dan dipelihara dari rezeki yang haram (doa yang mak selalu pesan)..insya’Allah,kami anak-anak mak dengan ayah akan jadi anak yang soleh dan solehah..=)
Kami tahu xmudah membesarkan kami,tapi Alhamdulillah,mak dengan ayah berjaya mendidik kami mengenal Allah,Rasulullah s.a.w,mengajar kami erti tanggungjawab dan paling penting erti dan rasa disayangi dan menyayangi..
Insya’Allah,kalau ada rezeki,kad yang ada kat rak buku tu,kak yong poskan..lama dah beli.tapi,xbertulis lagi..
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.
Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.
Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.
Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.
Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.
Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.
Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.
first love never ends-tajuk sajak yang mak bagi kat ayah..sampai sekarang ada tertampal kat cermin bilik..=).
moga Allah sampaikan cinta kalian ke gerbang syurga.ameen.
No comments:
Post a Comment