Tuesday, December 16, 2008

hidup saya susah!!

Salamu’alaik ya nuha..

Subhanallah Alhamdulillah Laailahaillallah Allahu Akbar.

First block dah berlalu.masa untuk second block pula.masa untuk berusaha lebih kuat.nama-nama dadah yang perlu diketahui dan dihafal,ada dalam lebih kurang 2000..ngangala..banyak sungguh..


Tapi ,ingat niat utama kita..ayat ke-32 surah Al-Maidah..moga-moga Allah mudahkan jalan kita menujuNya..=)


Memerhati manusia lain,itu adalah satu hobi yang memang xberjaya nak dipisahkan dari diri ini..tapi,sejak akhir-akhir ini,pandangan2 tu,pulang dengan kekosngan ..tiada pengajaran atau rasa yang menyentuh hati..mungkin kerana terlalu lama memerhati..langkah-langkah yang mereka atur hampir sama semuanya..perangai,jerit pekik dah menjadi lumrah biasa yang dah tidak menarik perhatian lagi..


Tapi,masih ada satu pemandangan yang masih mampu menyentuh rasa..kanak-kanak dipaksa bekerja..itu adalah satu pemandangan yang memang sadis dan menyedihkan..kanak-kanak dalam belasan tahun dalam baya umur A’lim dan Alif dipaksa kerja mengangkat batu ke hulu hilir..bukan setakat batu ,malah ada yang bekerja mengangkat guni-guni tepung (agaknyela)..memang payah hidup mereka..semua itu,hanya mampu untukk menahan lapar sampai esok pagi sahaja..esok,kerja yang sama menanti,demi sesuap nasi..andai saja perut tidak minta diisi atau tiada deria rasa sakit sebab menanggung kelaparan kemungkinan besar ramai yang mati kebuluran tanpa sedar..Alhamdulillah..terima kasih ya Allah,kerana menyediakan ‘rasa lapar’ buat kami.’alarm’ yang membahagiakan buat kami yang mampu,tetapi buat kanak-kanak itu ..


Nah,sekarang bezakan hidup kita dengan mereka..siapa yang lagi susah??perjalanan menjadi seorang doctor atau perjalanan hidup seorang kanak-kanak yang bermandi peluh dan memerah keringat demi sesuap nasi??


andai saja ada lebih lagi rasa syukur pada yang Esa,jalan yang kita ‘pandang’ payah ini,hanyalah sekelumit Cuma kesusahan yang ditanggung oleh orang lain..bersyukur, izzah..



bersyukurlah.jangan jadi manusia berhati batu.


oleh itu,kalau ada yang lebih2 rezeki hulurkanlah buat yang lain jugak..lebih-lebih lagi kalau memang banyak rezeki yang Allah kurniakan..kerana dalam banyak-banyak duit kita tu,ada terselit rezeki untuk mereka yang lain..=)


Dari Anas r.a.,Rasulullah saw bersabda ," Berikanlah kemudahan dan janganlah mempersukarkan.Berilah kegembiraan dan janganlah menyebabkan orang lari" (Muttafaq'Alaih)


moga dengan jalan kita memudahkan jalan orang lain,Allah akan memudahkan jalan buat kita menujuNya..best x?


Allahumma ja’alni SYAKURO
Allahumma ja’alni soburo
Allahumma ja’alni fi ai’ni soghiro wa ja’alni fi a’yuninnas kobiro..


Ya Allah,jadikanlah aku hambaMu yang bersyukur,
Ya Allah jadikanlah aku hambaMu yang sabar
Ya Allah jadikanlah aku pada pandanganku kecil dan jadikanlah aku pada pandangan manusia lain besar(hebat)..


malulah kita,kalau selepas kita memahami erti syukur tetapi masih mengatakan "hidup saya susah!"

No comments: