Friday, December 12, 2008

mencari damai..^_^

Salamu’alaik ya nuha.

Subhanallah Alhamdulillah Laailahaillallah Allahu Akbar.

Banyak masa yang dah berlalu..

Mengenang satu ceramah..cara mencari damai hati.

Bukankah fitrah manusia itu adalah mencari damai? (Nampak korang senyum..)


Dalam Surah Nuh ayat 10,11,12..maksudnya:

Maka aku berkata (kepada mereka) , “Mohonlah ampunan kepada Tuhanmu ,sungguh DIa Maha Pengampun.niscaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat dari langit kepadamu,dan Dia telah memperbanyak harta dan anak-anak yang soleh,dan mengadakan kebun-kebun untukmu dan untukmu diadakan sungai-sungai,kebahagian dan kesejahteraan.”


Dalam satu hadis Rasulullah s.a.w.

Sesungguhnya segala sesuatu ada pembersihnya,ada pengilatnya.pembersih hati yang kotor ,pengilat hati yang berdosa adalah zikrullah.


Maka setiap lafaz zikir,membersihkan kotoran,dosa dan noda yang kita lakukan.bila hati dah bersih ,barulah sampai dan nampak bersinar hati kita..bersinar nur yang Allah berikan..nur hidayah,nur rahmah ,nur magfirah,nur barkah dari Allah..Alangkah indahnya hati yang memancar nur Ilahi dengan jalan zikrulah dan istighfar..=)





(begitula lebih kurang ceramah yang izzah dengar..)


Rasa indah sungguh kata-kata dia.dengar macam memujuk hati kita agarbertaubat dan kembali kepada fitrah—kembali menjadi ‘bersih’ , ’soleh’ , ‘taat’..
Hm,sekarang dah tahu macam mana nak mencari damai dan mengapa kita nak mencari damai.


Jadi kenapa nak kena buat sekarang?? (bukan nak kiamat esok pun..)

Kenapa?

Kerana setiap masa yang berlalu,menghampirkan kita kepada satu destinasi yang pasti,iaitu kematian..sounds scary isn’t it??makin masa berlalu,bukan saja bertambah usia,bertambah kedut dan kerut di dahi malah jalan yang akan kita tempuh dan lalui semakin singkat..perhentian yang pasti itu semakin hampir..


Scary?

Hurm..xdapat dinafikan mati adalah sesuatu yang ‘scary’ tapi,kitar hidup-ada kehidupan maka adalah kematian.


“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.” (QS. 29:57)


Sebagai muslim seharusnya kita gembira menantikan kematian.kematianlah permulaan satu hidup abadi bersama Kekasih yang hakiki.selepas kematianlah kita akan dibalas atas kebaikan-kebaikan yang kita lakukan.bersama kematian datang kasih sayang Allah..bersama kebaikan datang rahmat dan janji Allah yang Allah janjikan buat meraka yang beriman.bukankah syurga dirai selepas kematian?


"Bagi orang2 yang berbuat baik,ada pahala yg terbaik(syurga) dan tambahannya.Dan muka mereka tidak ditutupi debu hitam dan tidak pula kehinaan.Mereka itulah penghuni syurga,mereka kekal didalamnya."-Surah Yunus:26


Subhanallah..bukankah indah kematian ,andai itu jadi ganjaran.kasih sayang dan rahmat Allah..=)

Jangan lupa zikrullah dan istighfar.


Subhanallah Alhamdulillah Laailahaillallah Allahu Akbar.

Subhanallah Alhamdulillah Laailahaillallah Allahu Akbar.

Subhanallah Alhamdulillah Laailahaillallah Allahu Akbar.


moga Allah mudahkan kita untuk kembali kepada fitrah.kembali ‘bersih’ seperti ketika kita lahir ke dunia..




dan sesungguhnya dengan mengingati Allah,hati akan menjadi tenang.=)

No comments: