Wednesday, December 31, 2008

"mak, takut.."

Salamu’alaik ya nuha.

Mengenang salah satu pementasan yang pernah izzah hadiri.

Anjuran Sekolah Al-Amin Kuala Lumpur(maaf kalau nama salah.izzah xberapa pasti)

Pementasan ni dibuat di UIA Gombak,yang sememangnya sangat dekat dengan SBP Integrasi Gombak.


Cerita yang dipersembahkan adalah satu cerita yang berkisar tentang cerita cinta seorang anak Jeneral (kafir) ,Jason dengan gadis tempatan (rasanya gadis Palestin~muslim)bernama Zahra

Zahra buta ,dan baru sahaja kematian adik perempuannya.satu-satunya keluarga yang tinggal.kemudian diambil bekerja sebagai pembantu rumah oleh Jeneral kafir tersebut.salah satu anak jeneral tu,adalah Jason yang sangat2 meminati music.

Suatu hari Jason terdengar ayat Al-Quran yang dibaca oleh Zahra.dari situla membawa kepada cinta Jason kepada bacaan Al-Quran kemudia cinta kepada Zahra dan akhirnya membawa kepada cinta Islam dan Iman.

Boleh tahan romantikla.

Tapi yang paling izzah ingat,ada sekali serbuan yang dibuat untuk menangkap Zahra dan Jason(Ali) dibuat,untuk mengembalikan Jason kepada agama asalnya –serbuan dibuat dari arah penonton(macam dari belakang lecture hall)..memang terkejutla.dengan senapang ,malah siap berpakaian askar(mungkin jugak baju KRS).siap suluh2 penonton lagi.lagaknya macam yang betul2.tapi kami cool je.yela,kan ni lakonan semata-mata.

Namun,ada seorang budak (dalam umur 3 tahun),meraung dekat mak dia.sambil menjerit

”mak,takut..” sambil memeluk erat mak dia.

Kemudian mak dia,dengan penuh kasih sayang tenangkan dia,sambil memeluk dia erat2.

Ya Allah,waktu tu,hanya Allah yang tahu.betapa tersentuhnya hati ini..




Alangkah menakutkannye serangan sebenar Israel pada kanak2.sedangkan dengan senapang mainan biasa yang bunyinya xla sekuat mana,mampu membuat mereka ketakutan .apatah lagi kalau mereka tercedera pasti lebih mengerikan bagi mereka.(sedangkan kita pun xnak melaluinya)..andai saja ibu atau ummi mereka masih ada,adalah pelukan penuh kasih sayang menenangkan jiwa,andai ummi sudah tiada?andai ummi sudah tiada?tangan mana yang merangkul menenangkan mereka?

Ya Allah!!

Alangkah kerasnya hati ini..sepanjang cerita ,izzah rasa enjoy semata-mata kerana persembahan.rupanya pementasan diluar pentas yang lebih menyentuh hati.tangisan budak tu yang berjaya mengetuk pintu hati.wahai izzah,dimana anda?

Khayal dalam dunia penuh kesejahteraan?

Dalam kedhaifan diri ini,hanya doa yang mampu dikirimkan.

Ya Allah,

Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami,

Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka,

Ya Allah,

Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka,

Pecah-belahkanlah dan kacau-bilaukanlah persatuan mereka,

Goncangkan pendirian mereka,

Dan hantarkanlah anjing-anjing Kamu kepada mereka

Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa,

Wahai Tuhan Yang Maha Menghukum,

Wahai Tuhan Yang bersifat Murka,

Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah,

Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,

Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,

Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,

Kalahkan mereka,

Kalahkan mereka,

Kalahkan mereka,

Dan menangkan kami ke atas mereka.

Amien…!


Wahai sahabat,semoga engkau dikurnia salah satu antara 2 kejayaan,sama ada syahid dijalanNya atau kemenangan menentang kuffar!

Allahu Akbar!

4 comments:

wani said...

nice post!

izzah said...

=)

semoga Allah kurniakan mereka salah satu antara 2 kemenangan.sama ada syahid di jalanNya atau kemenangan menentang kuffar.

sama2 doakan.=)

berusaha wani!

pai_ilham al-adwa' said...

salam izzah...
btol2..

dulu naufa pon pernah bersama2 dlm lakonan bersama sekolah rendah sri selangor buat persembahan peduli palestin...tp mase tu kecik lg..tak rasa apa pun..

bila tgk kenang balik,terasa sgt menyayat hati kanak2 dlm ketakutan..
si kerdil itu ditentang dgn zalim oleh si bongkak yg kejam..huh..gerammmmmmmm!!!

anak2 kecil
menggoncangkan ibunya
yang lemah longlai
tak lagi bernyawa
jeritan suara
batinnya
tak siapa mendengarnya..

moga keperitan mereka berakhir dgn segera..

ALLAH sandaran kita dan mereka..
ALLAH pembela mereka..
sama2 kita doa sepenuh hati dan sentiasa..

izzah said...

insya'Allah.=)