Sunday, December 21, 2008

aku milikNya.

Salamu’alaik ya habibi.


Salam sayang dari kejauhan.janganlah dirisaukan diri ini ,kerana diri ini,jiwa ini,perasaan ini dan segalanya adalah milikNya.masakan Dia mahu membiarkan diri ini terluka dan tercedera..manakan mampu seorang kekasih membiarkan kekasihnya sengsara..sedangkan mak menangis melihat anaknya terluka,apatah lagi Dia.yang mengetahui setiap langkah ini,yang merasai setiap rasa hati,yang tidak pernah lupa akan diri ini walau sesaat Cuma.tak percaya?


Tiada dalam sejarah hidup ini,terputus nafas walau 1 minit.ini adalah satu kenyataan benar,kerana diri ini masih disini,menulis mengabar berita buatmu ,teman yang jauh.


Buatmu,janganlah engkau risaukan hari esokmu,Dia juga kekasihmu.selagi engkau menjagaNya,Dia akan menjagamu.selagi engkau cinta padaNya,Dia malah lebih lagi mencintaiMu.


Janganlah engkau risau andai badanmu dilukai,kerana Dia tahu perjuanganmu adalah untukNya.janganlah engkau risaukan hatimu sengsara.kerana kalau hatimu tidak terluka bagaimana bisa kamu merasa manisnya alunan ayat-ayatNya,dimana akan engkau alirkan dan sapukan semarak perjuangan Rasullullah s.a.w..bersama kesusahan ada kemudahan..ingat lagi?


Jangan dipayahkan fikiranmu.jangan engkau sesakkan dadamu dengan merisaukan aku.aku dalam jagaan yang terbaik.doakan,agar aku kekal dalam kasih dan sayangNya..moga mudah jalanku menujuNya.moga jalan yangku pilih adalah jalan terpantas kepadaNya.





Aku yakin,aku milikNya.dan Dia tidak menciptakan aku dengan sia-sia.


Andai engkau rasa hebat,cabarlah kuasaNya.aku milikNya,lukakanlah aku,kasarilah aku,persendakanlah aku.jangan engkau lupa aku milikNya!


Aku bahagia walaupun aku luka,kerana sengsaraku,resahku segalanya milikNya.moga Dia mudahkan jalanku menujuNya.

2 comments:

pai_ilham al-adwa' said...

Benar...
biarkan!..biarkan!..dirinya dikuasai nafsu dunia..dirimu tak rugi biar diragut segala isi harta..kerana isi hatimu sudah dalam genggamanNYA..
yg melukai juga milikNya..
suatu hari nnti timbal balik menanti!

izzah said...

tahu xpe.pembalasanNya tidak akan kurang walau sedikit.juga tidak akan lebih.

berani buat,beranilah tanggung akibatnya.