Saturday, December 20, 2008

bahasa yang sama ,kita faham berbeza.

Salamu’alaik ya nuha.


Hurm..sejak cuti hari sabtu ni,rasa macam bahagia sangat ..huhu..(jangan membazir masa ye..baek!! ~ insya’Allah..)


2 malam yang lepas,kami tengok satu cerita jepun yang tajuknya “myuu will give her leg to papa”


Secara generalnya,ayah Myuu (Hayato),ada satu penyakit yang menyebabkan dia hilang kawalan pada sebahagian badan dia , especially distal part.


Dalam banyak2 scene ,ada satu scene yang menarik perhatian.ada sekali tu,Hayato punya wheel chair tersangkut dan tak boleh bergerak.apabila mak Myuu (Aya) datang nak tolong,Hayato dahla tak berterima kasih malah memarahi Aya..


Satu scene yang hampir sama dalam cerita “one litre of tears” ,cerita mengenai seorang budak perempuan Aya,mengalami satu penyakit (cerebellar ataxia) yang symptomnya hampir sama dengan Hayato,tetapi setiap kali orang lain datang membantu,dia meminta maaf kerana menyusahkan dan berterima kasih..


Berbezakan reaksi mereka berdua..hurm..rasa-rasanya kenapa?


Setakat dengan ilmu sedikit yang Allah pinjmkan ini,dapatla izzah simpulkan bahawa reaksi mereka berbeza kerana mereka berbeza jantina.


Bagi Hayato,seorang lelaki,apabila orang keep on tolong dia (perempuan akan menolong untuk menyatakan bahawa dia care) ,sebagai seorang lelaki,Hayato interpret pertolongan itu sebagai satu tanda kasihan dan bukannya care.bagi Hayato,dengan menerima pertolongan dia rasa macam orang pandang dia sebagai seseorang yang tidak berkemampuan melakukan sesuatu atau ‘cacat’ sebab tu,orang kasihan pada dia.maka,lagi banyak dia menerima pertolongan especially dalam hal2 yang mudah,lagi dia rasa dia tak berguna.malah,dia akan rasa lebih gembira bila orang yang ada disekeliling dia (Aya) percaya bahawa dia mampu selesaikan masalah dia sendiri (dengan tidak membantu dia).ingat tak sebelum ni,lelaki mencapai kejayaan kecil untuk membina keyakinan menyelesaikan masalah2 besar.



pemahaman yang berbeza,bagai langit dan bumi,moga kita faham bahawa kita berrbeza.

Manakala bagi Aya (one litre of tears) ,dia menerima pertolongan dengan senang hati sebab bagi perempuan (secara general) menerima pertolongan adalah tanda bahawa orang care pasal dia,sayang pada dia.Aya rasa gembira menerima pertolongan walaupun dia ada rasa bersalah kerana meyusahkan ,tapi dia akan lebih sedih apabila tidak menerima pertolongan..perempuan yang mengalami masalah akan rasa lebih bersemangat apabila menerima pertolongan kerana dia tahu,dia tak bersendirian .lagipun perempuan memang suka berkongsi dan menyelesaikan masalah bersama-sama.walaupun sekecil-kecil pertolongan,perempuan memandang itu sebagai sesuatu sumbangan yang besar.perempuan juga tidak memerlukan kepada kejayaan-kejayaan kecil untuk membantu dia mencapai kejayaan besar,selagi ada teman yang sama-sama berjuang bersama,dia bahagia.


Menggunakan bahasa yang sama (menghulurkan pertolongan) tapi pemahaman kita (lelaki dan perempuan) sangat berbeza.malah bertentangan.pelikkan..


Oleh itu,adalah sesuatu yang penting untuk kita memahami dan mengetahui perbezaan ini.


Lagipun komunikasi adalah satu perkara penting untuk menjana satu ummah yang lebih bersatu padu dan bekerjasama..apabila kurang sakit hati dan benci antara kita kerana kejahilan kita mengenai komunikasi,moga2 Allah mudahkan jalan kita menujuNya.

2 comments:

pai_ilham al-adwa' said...

salam...

nice elaboration!clear!..communication sgt penting!

if kita tak phm perbezaan,tu yg jadi mcm itik ckp dgn kucing..=)

izzah said...

w'salam naufa.

terima kasih.moga Allah mudahkan kita memahami dan menerima perbezaan yang Allah sediakan antara kita.moga komunikasi selepas ini lebih berkesan dan efisien.

jangan cakap macam kucing ngan itik lepas ni lagi ye.