Friday, December 26, 2008

dipimpin dan memimpin

Salamu’alaik ya nuha.


Bayangkan,korang berjalan dengan menutup mata dan dipimpin dari hadapan.macam main ‘jejak si buta’(jalan sambil tutup mata.)~~bayangkan jela..kan, dah biasa buat.=)


Satu tangan dipimpin dihadapan,satu tangan lagi nak buat apa?


kuatkan pautan di hadapan?atau mengambil risiko dengan menghulurkan sebelah tangan lagi kebelakang pada yang lain?

Yang mana yang akan kita pilih?

Pilih untuk selesa berpaut dengan dua tangan?kalau ya,tahniah,kita akan tetap selesa dan insya’Allah selamat sampai dengan jayanya.lagipun,kalau dua2 tangan berpaut pada orang yang memimpin,bukankah lebih kukuh?tambahan pula,kalau membantu orang lain,hanya menambah beban,dan menyusahkan je!belum tentu mereka akan ikut dengan baik..huhu..buat apa menyusahkan diri sendiri?


Pilih untuk berpaut dengan satu tangan ,dan menghulurkan satu tangan lagi kepada yang lain?kalau ya,moga Allah rahmati kita dengan limpahan kasih sayangNya.kerana berani mengambil risiko dan menyusahkan diri sendiri demi mereka yang lain.satu tanda bahawa kita beriman.=)

Sabda Rasulullah:

Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri.

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.




kesian.terkapai tanpa pimpinan.dahla ramai tanggungan kat belakang tu.sudikanlah memimpin mereka..

Kepada mereka yang memilih untuk berpaut dengan dua tangan,meh kita belajar hulurkanlah tangan.pimpinlah sahabat2 lain yang masih tercari-cari,nak berpaut pada siapa.risau2 diorang cederakan diri sendiri (terjatuh) tanpa sedar.kesian..mungkin pautan kita pada yang hadapan belum benar-benar mantap,tapi insya’Allah,Allah mudahkan kita memantapkan pautan kita dihadapan.kepada siapa lagi kita mengharap selain padaNya,kan?


Pada yang berani menghulurkan tangan kebelakang untuk mereka yang lain,teruskanlan pautan pada keduanya(depan dan belakang).jangan biarkan pautan dibelakang lagi kuat dari pautan dihadapan,sebab kita nak membawa yang dibelakang kehadapan dan bukan dari yang dihadapan kebelakang.walaupun tendency untuk cedera dan terlepas pegangan dengan orang hadapan bertambah,kasih sayang Allah juga bertambah.berusaha!


Jadi,sekarang apa fungsi tangan kita dalam permainan ni?

Satu tangan akan dipimpin dari hadapan(seronok,rasa selamat je..),dan satu tangan lagi akan memimpin mereka yang dibelakang..


Sekarang,kita bawa mainan ni,kepada kehidupan sebenar.apakah peranan kita?


Masih nak dipimpin sahaja?atau sudah sudi memimpin? =)

2 comments:

Anonymous said...

nicely done..hehe..keep it up!!

izzah said...

the program or the blog?

blurr kejap.

insya'Allah,the next program will be better.=)