Saturday, January 31, 2009

bila saya rasa payah~

Salamu’alaik ya nuha.

Az-Zilzal :1-8

1. apabila bumi digoncangkan dengan goncangan yang dahsyat
2. dan bumi telah mengeluarkan beban2 yang berat (yang dikandungnya)
3. dan manusia bertanya “apa yang tejadi pada bumi ini?”
4. pada hari bumi menyampaikan beritanya
5. kerana sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan (yang demikian itu padanya)
6. pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan berkelompok –kelompok ,untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) semua perbuatannya.
7. maka, barang siapa ,mengerjakan kebaikan seberat zarah nescaya dia akan melihat (balasan)nya.
8. dan barang siapa mengerjakan kejahatan sebesar zarrah nescaya dia akan melihat (balasan)nya.


Saje,suka..kadang2 kalau diperingatkan dengan Hari Pembalasan,kita tiba2 tersedar bahawa,dunia hanya sementara.segala susah senang hanya sementara.=)



Kalau dibandingkan dengan kehidupan dunia.kehidupan akhirat jauh lebih abadi.tekanan menghadapi peperiksaan,lambakan buku nak dibaca,formula yang nak dihafal,rasa macam waaa…sayalah manusia paling banyak kerja.(perasan je lebeh~)

Hehehehe..

Mengenang surah Al-Maidah ayat 32:

“barangsiapa memelihara kehidupan seorang manusia,maka seakan-akan dia telah memelihara kehidupan seluruh manusia”


Waa..bayangkan pahala yang banyak tu..bestnye..

Kalau dibandingkan kesusahan sekarang dengan balasan yang Allah janjikan,rasa macam special je.tambahan pulak,Allah tidak akan mengurangkan atau menambah walau sedikit pun balasan.=)

Pastu,balasan yang Allah janjikan memang pasti,mati itu pasti,Hari Pembalasan itu pasti.

Dan paling best lagi,balasan itu sampai bila2..(xtercapai akalku~)

Satu perbandingan besar yang boleh kita gunakan adalah Rasulullah s.a.w sendiri.

Hidup baginda dan dakwahnya tidak pernah mudah.baginda bersusah payah selama 63 tahun sepanjang hayatnya.dan nikmat yang Allah balas pada baginda mencecah lebih 1400 tahun..dah lama dah..tu,xkire lagi balasan syurga yang abadi selama-lamanya..Subhanallah..indahkan balasan yang Allah janjikan buat mereka yang berusaha dan membantu agamaNya.(senyum lagi~)

Excitedla tu..

Jangan lupa Allah ingatkan kita dengan ayat ni:

Al-Kahfi:103-105

Katakanlah (Muhammad)”Apakah perlu Kami beritahukan kepadamu tentang orang yang paling rugi perbuatannya?”(iaitu) orang yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia,sedangkan mereka mengira telah berbuat sebaik-baiknya.mereka itulah orang yang mengingkari ayat-ayat Tuhan dan (tidak percaya) dengan pertemuan denganNya.maka sia-sialah amalan mereka dan Kami tidak memberikan penimbangan terhadap (amal) mereka pada hari Kiamat.


Allah ingatkan ,kalau nak amalan diterima perlulah:

1. tidak mengingkari ayat-ayatNya
2. percaya dengan Hari Kiamat(kan rukun iman ni~)

=)

Wallahu’alam.

Thursday, January 29, 2009

all the best!

salamu'alaik ya nuha.

post kali ni,disedikasikan khas buat mereka yang menghadapi peperiksaan.

sebab apa nak buat post pasal diorang?
sebabnya..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


mereka yang nak exam ni,memang faham sangat cara2 nak berjaya.cuma kadang2 lupa nak aplikasikan.jadi sebagai peringat~(jangan lupa,awak pun ada exam gak..aite)


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


apa2 pun~



semua mengharapkan yang sama kejayaan disamping keredhaan Allah(yela,kalau hebat dengan jalan meniru,xde ertinya.)

selamat ber'periksa'.(marah adib nanti,gunakan bahasa melayu dengan baik..hahaha..)

~selamat menhadapi peperiksaan~

ya Allah terangkanlah hati kami,tenangkanlah hati kami,sihatkanlah tubuh badan kami,kurniakanlah kepada kami hafalan para rasul,fahaman para nabi dan ilham melalui malaikat yang hampir denganMu.ya Allah,yakinkanlah kami dengan ilmu yang telah dan akan Engkau ajarkan kepada kami.dorongkanlah kami membaca subtopik2 yang akan keluar dalam peperiksaan.bantulah kami memilih jawapan yang tepat dan jauhkanlah kami dari perasaan was-was.

ameen.=)

Wednesday, January 28, 2009

call Aiman tadi~

Salamu’alaik ya nuha.

Tadi,baru call Aiman.sahabat lama,yang sekarang baru izzah rasa nak call..payahla kalau ikutkan rasa hati..bila rindu baru nak call.hish..apela.

Xbanyak cerita yang dapat ditukar dalam masa 20 minit. lebih2 lagi kalau hanya mendengar suara..kalau Nampak muka,kan lebih banyak yang disampaikan melalui selain perkataan.

Barula Nampak,kalau dah berubah,kotla kalau makin cerah atau makin bulat ke..hehehe..kiddingla aiman..


semekas yang dirindui~

Terkenang semasa sama2 dekat semekas dulu..petang2 sama2 pergi rumah abah,jumpa umi,main dengan adik2.malam,dalam pukul 10.30 kami dah tidur.nanti,dalam pukul 3,noni (waa..rindu noni.i'll try call you tomorrow e.) kejut bangun-basuh baju,lepas basuh baju,baru mata segar sikit (sejuk woo..) ambil wudhu’-solat isya’.jangan pelikla,kalau Nampak ada jemaah solat kat surau dalam pukul 3 pagi-kamila tuh..=)

Lepas isya’ secara jemaah,masing2 free nak teruskan urusan masing2..sama ada tahajud,mengaji,atau sambung study..study pagi2 rasa macam segar je..senyap sunyi asrama.kami je,pot pet pot pet dalam surau..jarangla ada orang lain..hurm,memang jarang sangat ada yang lain,tu yang conquer surau xsedar diri tu~


tanpa orang lain tahu,ada antara mereka ada yang curi2 solat isya' pukul 3 pagi

Kadang2 kalau ada usrah,usrah kami pukul 3 pagi tula.hahaha..kadang2 kalau pikir2 balik rasa macam pelik gile.tapi,masa tu,best je buat usrah pukul 3 pagi..xpercaya?tryla buat usrah pukul 3 pagi.best.

Sekarang?

Nak bangun awal subuh pun,rasa payah..apatah lagi nak bangun solat malam..rindu suasaan hening pagi tu..=(

Kadang2,rasa macam banyak sangat urusan yang xselesai dengan baik..kalau kaji2 balik,rasanya mungkin kerana urusan dengan Yang Maha Esa,belum betul2 beres.banyak ibadah yang lompang,dari segi kesempurnaan,khusyuk.

Astaghfirullah hal A’zim..

Terkenang potongan doa mathurat~
..Ya Allah ringankanlah badan kami menyempurnakan ibadah kepadaMu…

Ya Allah janganlah Kau jadikan kami hambaMu yang tertipu atau mereka yang celaka..bantulah kami menjadikan hari ini lebih baik dari semalam,dan esok lebih baik dari hari ini..ya Allah kukuhkanlah pergantungan kami kepadaMu.tetapkanlah keindahan tawakal dalam diri kami.tetapkanlah hati kami bahawa kami akan dibangkitkan menghadapMu,menerima balasan atas segala amal baik dan buruk kami..pimpinlah kami,terangilah hati kami dengan cahayaMu.

Monday, January 26, 2009

satu,dua,tiga,empat~


Satu ,dua,tiga,empat
Kuat usaha,tak kenal penat

Satu,dua,tiga,empat
Atur langkah cepat cermat

Satu,dua,tiga,empat
Doa dipohon,penyampai hajat

Satu,dua,tiga,empat
Air mata sebagai ubat

Satu,dua,tiga,empat
Mundur jatuh memupuk kuat

Satu,dua,tiga,empat
Jalan seiring penuh semangat

Satu,dua,tiga,empat
terus berjuang memerah keringat

Satu,dua,tiga,empat
Berkorban,terkorban mainan adat

Satu,dua,tiga,empat
Semat cita,cintakan jihad

Satu,dua,tiga,empat
Syahid demi 2 kalimat

Satu,dua,tiga,empat
Meletak mereka manusia terhormat

Satu,dua,tiga,empat
Di jannah selamanya selamat~


Sunday, January 25, 2009

At-Tin (4-6)

Salamu’alaik ya nuha.



Hurm~

Cuti bermula dari hari sabtu,ahad,isnin dan selasa.sempena republic day.=)

Walaupun cuti panjang tapi,kami akhirnya xkemana-mana.masing sibuk dengan macam2 perkara.ada yang kena berkawad,ada yang sibuk pindah rumah,ada yang sibuk prepare untuk exam,dan ade je yang saje2 menyebuk..~

Dalam macam kesibukan jangan lupakan mereka yang ada disekeliling kita.jangan abaikan tanggungjawab kita.(I am sure you won’t)

Tanggungjawab sebagai khalifah pilihan.

Jom sama2 kita baca surah At-Tin.(ayat 4-6)

Sungguh telah Kami menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya. Kecuali yang beriman dan mereka yang beramal soleh,maka mereka mendapat pahala yang tiada putus-putusnya.

Pada asalnya ,secara fitrahnya manusia telah diciptakan dengan sebaik-baik penciptaan.kalau refer dari segi fizikal,manusia tu penuh dengan kebesaran Allah.dari satu system ke satu system yang lain.begitu juga dengan makhluk lain yang Allah ciptakan .tetapi dengan meyebut spesifik manusia,menunjukkan betapa Allah memberi perhatian yang lebih kepada manusia.Walaupun manusia sering kali ada membuat kesilapan2,tetapi Allah tetap meletakkan manusia tinggi disisiNya berbanding makhluk2Nya yang lain.

Seterusnya ,menurut tafsir fi ziilal,dalam surah ni,penekanan adalah lebih pada keadaan rohaniyah,yang boleh terjunam sebawah-bawahnya apabila manusia tu terkeluar dari track asal (fitrah dan Islam).sebab dari sudut jasmaniyah,manusia tidak berubah dan jatuh ketingkat sebawah-bawahnya.

4) Sungguh telah Kami menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya

Manusia telah diciptakan sebaik-baiknya dari sudut jasmani dan keadaan semulajadinya.

5) kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya

Apabila dia menyeleweng dari fitrah dan track yang Allah dan tunjukkan,dan setelah dia diberi kebebasan untuk memilih salah satu dari 2 jalan(jalan kebaikan atau jalan kejahatan)

6) Kecuali yang beriman dan mereka yang beramal soleh

Merekalah yang kekal di atas fitrah yang lurus,kemudian mereka lengkapkan fitrah mereka dengan iman dan amalan2 soleh,dan terus meningkat terus ke peringkat yang sempurna yang diperuntukkan untuk mereka ,sehingga berakhir dengan kehidupan yang sempurna di akhirat.

6)..maka mereka mendapat pahala yang tiada putus-putusnya.


Semoga kita kekal dalam fitrah,dan sama2 meningkatkan diri ke peringkat yang lebih tinggi.sama2 menjadikan hari ini lebih baik dari semalam.

Mulakan dengan bismillah ,dan akhiri dengan Alhamdulillah.

Satu langkah yang mampu membantu mengingatkan kita agar sentiasa berbuat kebajikan dan menjauhi kemungkaran.kalau rasa nak buat jahat,baca bismillah dulu.atau kalau dah terbuat jahat,akhiri dengan Alhamdulillah.apa agaknya yang kita rasa?

=)



p/s:post dah habis disiapkan,Alhamdulillah.=)

Thursday, January 22, 2009

dah makan malam?

Salamu’alaik ya nuha.

Hurm~

Dah makan malam?makan apa?



Nampak macam soalan2 biasa je kan.xde yang menarik pun.

Macam mana kalau izzah Tanya,ada tak rezeki yang Allah bagi malam ni?rezeki apa yang Allah hantar malam ni?

Soalan yang nak sampaikan maksud yang sama tapi disampaikan dengan cara yang berbeza..huhuhu.

Kadang2 dalam hidup kita lupa bahawa Allah memerhati kita setiap detik,setiap perbuatan dan setiap perkataan kita.Allah tengah tengok ni,jangan buat bende pelik2 pulak.

Saje je .

Tu je nak share.nak kena sambung baca buku.test microbe pagi tadi,memang best.Allah bagi peringatan bahawa mereka yang tidak berusaha,maka tidak akan berjaya.lepas tu,kalau nak usaha,kena usaha sungguh2 baru ada hasil.jangan macam melepaskan batuk ditangga.ececeh..padan muka~

Dah baca buku?

Atau dah menambah harta kutipan muslim?

“ilmu itu ibarat harta2 muslim yang keciciran,kutiplah walau kamu ketemui dimana jua”


Selamat membaca..

Rubbama a'toka fa mana'aka, wa rubbama mana'aka fa a'toka..(Kadang-kadang diberi kesenangan tetapi dihalang Hidayah, kadang-kadang dihalang kesenangan tetapi diberi Hidayah)


semoga kita semua sentiasa dalam suluhan hidayahNya.betapa tinggi nilai hidayah.=)

Tuesday, January 20, 2009

perjalanan membeli pisang~

Salamu’alaik ya nuha.

Petang tadi,macam petang2 yang biasa,kami (izzah dengan kak ja) main badminton.dah
habis main,rasa macam nak makan pisang.

Jadi,habis main badminton,kami pun jalan ke pasar yang memang ada dekat dengan rumah.dalam perjalanan membeli pisang,kami bertembung dengan satu “mak cik tempatan” kat tepi jalan.mak cik ni menegur kami berdua (satu perkara yang amat mustahil..jarang sekali berlaku.)

Kami macam biasa jela melayan persoalan2 mak cik ni.duduk mana?menyewa ke?orang Malaysia ke?study apa?..dan macam2 lagi soalan mak cik ni.sampai satu ketika,dia pun cakap yang dia datang dari America .kami pun,slumber jela(walaupun rasa macam haih~).perbualan kami bersambung,sampaila sekali tu,mak cik tu cakap “insya’Allah”,barulah dia cakap dia muslim..la yeke.

Akhirnya ,sembang punya sembang,mak cik tu pun ikut kami ke pasar (memandangkan dia tinggal dekat2 je),dan paling best,dia ikut balik rumah.Alhamdulillah,ada tetamu datang rumah-insya’Allah bertambahla rezeki lepas ni.siap tumpang solat sekali.=)

Seronok rasanya buat kenalan baru .insya’Allah,lain kali,kami pulak nak jadi tetamu dia.=)

Lawakan pertemuan yang Allah jadikan.perjalanan membeli pisang,akhirnya dikurniakan ukhwah.

Semoga ukhwah yang berlandaskan agama Allah ni,akan berkekalan.sebab,walaupun mak cik ni dah nak balik USA balik,tapi dia ada 2 anak kat Manipal ni.dua2 buat dentistry.moga ukhwah berkekalan dengan diorang.terkenang aunty Reyhan dan Fahad,apala agaknya cerita mereka?


bersama aunty Reyhan.semoga hidupnya aman di Dubai sana.ada rezeki,insya'Allah kami sampai.

Semoga ukhwah yang terjalin atas nama Islam dan Iman,menaikkan semangat jihad antara kita untuk bangkit menentang Israel.andai islam dan iman tidak dapat menyatukan kita.at least rasa perikemanusian membawa kita membenci Israel-negara haram yang dibina atas limpahan darah wanita,orang tua dan kanak2 tidak berdosa.

Ihzimhum,ihzimhum,ihzimhum,wansurna a’laihim.

Saturday, January 17, 2009

umat terbaik zaman ini.

Salamu’alaik ya nuha.

Surah Ali Imran:110

Kamu(umat Islam),adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia,(kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf dan mencegah dari yang mungkar,dan beriman kepada Allah...

Kita UMAT TERBAIK?

Ya,kita adalah UMAT TERBAIK.

Kita adalah umat terbaik andai kita memenuhi ciri2 UMAT TERBAIK:

1) menyuruh kepada yang makruf
2) mencegah yang mungkar
3) beriman kepada Allah.

Andai kita memenuhi ketiga-tiga criteria,belum cukup mengiktiraf diri sebagai UMAT TERBAIK,sebab seorang diri kita xla dikira satu umat.mungkin boleh jadi orang yang terbaik.namun,apalah sangat yang dapat dilakukan oleh seseorang yang terbaik,andai kita seorang je yang baik.

Kalau dianalogikan dalam badan manusia(kerana umat Islam diibaratkan bagai satu jasad),bolehlah dianalogikan seperti semua organ rosak tetapi,hati manusia tu memang terbaik(sihat).berapa lama sangatla manusia tu boleh bertahan.lebih2 lagi dalam keadaan terdesak.

Fahamkan?

Jadi,adalah penting untuk menjadi UMAT TERBAIK bersama-sama dengan orang lain.=)



menjadi UMAT TERBAIK bersama-sama yang lain.insya'Allah.

semoga Allah mudahlan jalan kita menjadi UMAT TERBAIK.

Ya Allah limpahkanlah kesabaran kepada kami,kukuhkanlah langkah kami,dan bantulah kami terhadap mereka yang kafir.

Ya Allah ,hancurkanlah mereka yang zalim terhadap hamba-hambaMu,goyahkanlah kesatuan mereka,kucar-kacirkan barisan mereka,takutkanlah hati mereka,lemahkanlah langkah mereka.

Ya Allah,tepatkanlah sasaran mujahidinMu,tetapkanlah langkah mereka,tenangkan hati mereka ,kukuhkanlah keimanan mereka,dan menangkanlah mereka.

Ameen.

Thursday, January 15, 2009

boycott israel laknatullah!

salamu'alaik ya nuha.

menjawab tag dari falih.

the boycott tag~

here's what we should do. it's simple:
list down 5 of the products from the list below that you are boycotting,
and then list down 5 of the products that you will try your best to boycott,
and finally list another 5 of the products that you find it hard to boycott,
and tag 5 others.

this tag is to get everyone to read the list below carefully and identify which products affects your life and the lives of the Palestinians most! You can also compare your list with your friends and see: if they can boycott one product that you haven't been boycotting, why can't you start to boycott the product too?


5 of the products i am boycotting:

-coca cola
-Starbucks
-Danone
-Revlon
-Sara Lee

5 of the products that i will try my best to boycott:

-nescafe(kena tukar minum air lain lepas nih~)
-nestle-milo(kita tukar vicola pulak)
-johnson and johnson
-McD
-Maggi(lepas ni,jangan makan maggi lagi.makan mee segera yang lain pulak~)

5 of the products i find hard to boycott:

-intel(nak buat macam mana?)
-yang lain,rasanya macam2 alternatif lain ada.

another 5 persons i tag:

-kak fid
-natasya
-wani
-As
-no'en


list of the products,click here.
list 1,
list 2,
list 3

Tuesday, January 13, 2009

drowning class

Salamu’alaik ya nuha.

Yesterday ,we learned about drowning in forensic class.

Generally “drowning ” can be classified to:

1)wet drowning-in fresh water orin sea water
2)dry drowning-immersion syndrome(hydrocution),secondary drowning(due to infection and other complications )

Ok,enough of classification.

Next,we proceed to the pathophysiology.

Especially in case of fresh water drowning.

In fresh water we’ll expect around 0.6% NaCl.

When water enter the lungs—water from lungs,diffuse into blood vessels supplying the lungs—water enter systemic circulation—cause dilution of blood(haemodilution) and there is increase vol.of blood(hypervolemia)[occur within 2-3 min]—due to haemodilution ,RBC lyse—spilled ion (K+)in plasma—lead to hyperkalemia—lead to HEART FAILURE –DEATH (within next 4-5 min)

Fuhh..scary ..isn’t it.you may die if you drown around 6-8 min in fresh water..

As someone who had experience this,I am very grateful,as there is nothing serious happened to me.ALLah give me experience of drowning just enough to wake me up and realize that death may visit me anytime,anywhere.it just a salam given by izrael~I interpret it ,so.

=)

Alhamdulillah.He had greeted me much earlier before the ‘true’ time comes.

Have you ever encounter a situation when your life is at stake and you was only thinking about death?thinking that you’ll never ever have a chance to say good bye to the loved ones?

If yes,think about our brothers and sisters in Gaza,in Iraq,in Chechen and all over the globe who’ve been tortured because they embrace Islam,because they uphold the syahadatain.




Think,compare and make change of ourselves.

an ummah start from me,then later-you.

"Oh Allah support the Islam and Muslimeen, anytime anywhere, Oh Allah make their hearts firm (in Imaan, Taqwaa, Tawakkul etc.), Oh Allah make their feet firm (uncompromising and steadfast), Oh Allah support them (the Mujaahideen) over those who show animosity to them, Oh Allah destroy their enemies, Oh Allah shake the earth beneath their (the enemies) feet, Oh Allah support our scholars, Oh Allah be with them and protect them, please accept our du'aas you are indeed the best knower and the best listener..ameen ameen..

Saturday, January 10, 2009

Bring Islam Back!

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA



salamu'alaik ya nuha.

BRING BACK ISLAM
BRING BACK THE STATE
When I said no more wait
I meant..
NO MORE WAIT!!!!!!
No more watching brothers die
No more watching sisters cry
OH MUSLIM UMMAH RISE!!
Rise up from these lies
Rise up from nationalism pride
Allah is on our side
WE WILL NEVER COMPROMISE
MUSLIM FOR LIFE!
MUSLIMS UNITE!

Billion and a half Muslims
They can’t make us or break us
Don’t judge us aside
By our faces and places
COLOR BLIND...!!!
No spaces for racist
Travelers in this life
Your lies can never fool us
ISLAM IS THE ONLY SOLUTION
To the problems that face us
WE WON’T COMPROMISE ISLAM!!
These kafirs can never take us

When they drop bombs
On our brothers...It hits us
We don’t mix action with our prayer
Oh Allah......forgive us!
Let us RISE up for Islam
Like we RISE UP for fajr at dawn
Uniting under one flag,
Using Islam as our only bond
Its time to take a STAND!
Follow ONLY Allah’s Commands!
Put Khilafah back on the MAP
ITS TIME TO BRING ISLAM BACK

Bring Islam Back Bring Islam Back
Bring Islam Back Bring Islam Back
Bring Islam Back Bring Islam Back
Bring Islam Back Bring Islam Back

No KHALIFAH?
Where are we heading’?
Without Islam
We’re stressing
Implement Allah’s blessing
That’s what I am addressing
Apart from this kufur scheme
Bring Islam back to the scene
Let’s unite the Ummah!!
Following only the Quran
And the Sunnah
Even if all the kafirs got together...
They still couldn’t stop this Ummah!We love Islam More than we love life
Got Muslim brothers on my side
Keeping each other in line
With One vision.....
The Deen of Haq
With One mission.....
To Bring Islam Back!
One Ummah!
One agenda!
Allahu Akbar
Insha-Allah I will see you in Jannah
Takbir!!!!
Allahu Akbar Allahu Akbar

The Ummah was once
One body undefeated
Until colonialism crept in
And separated us
According to land
According to geography
According to nationality
Now we suffer tyranny
Since the Khilafah been destroyed
We have been more than 50 states
Put in place puppet rulers
With stupid grins on their face
Race or skin
Your criteria of bond?
Shallow thinking
And superficial is how we call it
This reality states
that mankind needs revival
Based on what?
Definitely not the instinct of survival
Tribe-lism has infiltrated our mind
Has divided or lands
Now tells me where is our IMAMM?

Bring Islam Back Bring Islam Back
Bring Islam Back Bring Islam Back
Bring Islam Back Bring Islam Back
Bring Islam Back Bring Islam Back

Muslim Ummah’s Driving
But there’s no one to steer
Over a billion & ½ Muslims
But we got no Amir
When our enemies
Use to see the flag
They use to be in fear
They couldn’t hurt Muslims
Because Khalifah was here
So many years without a State
Muslims minds in rust
Now we must reestablish Islam
Reestablishment is a must
Fear no one but Allah
In Allah we trust
If you are down with Islam
Then you’re down with us!!!

Remember these words
BRING ISLAM BACK!
Time is slipping
So get back on the right track
No more borders between our land
No more kufur system to be run
All of these belong to one land
Part of once mighty Islamic span
More than 52 nations we fall
One nation strong we stand tall
Waiting for the Ummah’s call
Once again and for all
Reestablish Islam to rule all

Muslims are suppose to be
The example to mankind
It’s an obligation
To have implementation
Of every legislation
In our daily life
Without hesitation
Stick to our only example
Prophet of ALLAH
He did not improvised
Unlike our present leaders
That’s why there is no surprise
Our situations today
Ya Muslimeen
Ya Mu’meneen
Open up your eyes
Aim for the ultimate prize
Which is paradise
Allah’s laws
By definition has no flaw
So why do we pause?
Tell me what’s the cause
Hold your applause
Takbir!!!!!
Allahu Akbar
Allahu Akbar
Allahu Akbar



bring Islam back!

and it starts with you!

Thursday, January 8, 2009

ignorance is a bliss?

Salamu’alaik ya nuha.

Isu Palestine.isu Gaza.

Hurm~

Ala xpayahla kisah.xtahu apa2 lagi baguskan..xrasa sesak dada memerhati semua gambar2 sadis kanak2 dibunuh,sekolah2 dibom,bekalan makanan dan ubatan terputus.anak menjadi yatim,isteri menjadi balu dan sekarang as sasaran Israel adalah mujahid kecil,ramaila kanak2 menjadi sasaran,maka ramaila ibu dan ayah yang menjadi ‘bebas’ tanpa anak..

Xpayahla kisah..ignorance is a bliss.mudah.

Ignorance is the origin of all evil, the root of every harm. Ignorant folk are included in the Prophet's saying," The world is accursed, and accursed is what is in it, except the remembrance of God and the learned and those learning."
It is said that when God created ignorance He said to it, "Come!" but it moved away. He said to it, "Go!" but it came. Then He said, "By my might, I have created nothing in creation more hateful to Me than you, and I shall place you amongst the worst of my creation!' Ali, may God honor his countenance, said, "There is no enemy worse than ignorance. A man is the enemy of that which he has no knowledge of".


Astaghfirullah..ya Allah ampunkanlah kami atas kelalaian kami,atas ketidak pekaan kami.atas ketidak mampuan kami,atas kelemahan kami..ya Allah ampunkanlah kami,ampunkanlah sahabat2 kami,ampunkanlah ahli keluarga kami..

Masih mahu bersikap lewa?

tak mahu lewa lagi.



kami terpaksa meninggalkan rumah,mereka yang disayang meninggalkan kami.kamu,tinggalkanlan produk israel.hentikanlah membantu israel laknatullah!

Alhamdulillah,Allah ingatkan kita sebelum Allah Tanya kita dihadapanNya di Padang Masyar nanti .Alhamdulilah.

Ok.

Sekarang kita semua sudah mahu membantu saudara seislam kita ,walau dimana jua mereka berada.jadi ,untuk membantu kita kena ada plan yang benar effisien. Kita kena membantu dalam linkungan yang kita paling mampu,kena tolong dengan sungguh2.

Plan~

1) doa.kepada siapa lagi kita meminta selain kepadaNya.

2)boikot barangan israel laknatullah.

--coca cola,nestle,starbucks. dan banyak lagi.please do click the link~

Monday, January 5, 2009

.:demi nama ini:.

Salamu’alaik ya nuha.

Kembali pada topic yang pernah izzah bincangkan sebelum ini..demi nama..

Alhamdulillah,rata2 dari kita membawa nama2 yang sedap didengar,mudah disebut dan yang paling best sekali,membawa makna yang indah~nama yang mak dan ayah kita pilih(atau mungkin ummi dan abi,atau ibu dan abah,atau mama dan papa~).

Bersama nama tersebut,mereka sematkan doa agar anak yang dibesarkan ini menjadi seperti nama yang dipilih untuknya.membesar menjadi anak yang berguna demi bangsa,agama dan Negara.

Bersama nama yang mereka pilih,mereka sandarkan nama Islam.agar anak mereka menjadi kebanggaan Islam. Agar anak mereka BANGGA dengan Islam (izzah dengan Islam).satu lagi duta Islam yang bertebaran di muka bumi Allah yang luas ini.satu lagi Muslim,untuk menjadi kebanggaan ummah.

Kesimpulannya,dengan memilih nama mak dan ayah kita telah:

1)memilih doa yang akan orang lain doakan buat kita
2)melabelkan kita sebagai muslim


Sekarang .tanya diri kita,apakah makna nama kita?

apakah yang mak dan ayah sandarkan pada nama yang telah bersama kita seanjang hayat kita ini?

adakah kita mengikut atau menjadi seperti yang telah diharapkan?

at the very least,adakah kita berusaha untuk menjadi seperti nama yang telah dipilih?

Kalau belum lagi,jadikan ini sebagai satu cabaran.

Cabar diri untuk menjadi seperti yang mak dan ayah harapkan.semenjak akad nikah dilafazkan~zuriat kami,adalah untuk ummah dan Allah.

Malulah membawa nama Ahmad andai akhlak tidak terpuji

Malulah membawa nama Amin,andai diri tidak benar

Malulah membawa nama Faruq jika tidak membeza antara yang baik dan yang buruk

Malulah membawa nama Syifa’ andai lagaknya lebih melukakan dari menyembuhkan

Malulah membawa nama Izzah,andai tiada kemuliaan yang dipamer

Malulah membawa nama Yusra andai diri hanya mampu dan mahu menyusahkan.



Bangunlah wahai sahabat~~
Mari sama2 berusaha!


renungan~bangunlah wahai Ummah.izzah,bangun!
berjuanglah dengan gagah dan berani di medan juang masing2.





ya Allah,limpahkan kami dengan kesabaran,tetapkanlah langkah kami dan menangkanlah kami terhadap kaum kafir.ameen!

Saturday, January 3, 2009

berubah~azam tahun baru

Salamu’alaik ya nuha.

Berubah,bukan mudahkan..

Dari sesuatu yang biasa kepada sesuatu yang luar biasa.=)

Sempena dengan tahun baru Hijrah dan Masihi ,ramai yang berazam..macam2 yang hendak diubah.Alhamdulillah.

Macam mana kita nak memastikan apa-apa yang kita azamkan akan berjaya kita capai?

1)tetapkan apa yang ingin kita ubah

2)tuliskan-sebagai satu reminder

3)usaha untuk mencapai cita2 kita

4)berdoa agar dimudahkanNya.


Dalam hal menentukan apa yang ingin kita ubah,kadang2 apa yang ingin kita capai xrealistik dari rangka masa dan keadaan.

Jadinya,dalam memilih azam,kita hendaklah menjadikan reality sebagai ukuran.

Contohnya,saya akan belajar untuk memasak.bukan,saya akan jadi salah satu chef terkemuka dalam masa satu tahun.(bolehla kalau quit medic~rasenyela..actually masih rasa impossible)


Tuliskan~kenapa ye?

manusiakan pelupa.dengan menulis azam kita (tambah2 lagi kalau kita tampalkan kat tempat yang memang kita akan baca),moga2 kita lagi ingat.macam apabila kita nak hafal formula2 bila dah dekat2 exam.gunakan semua panca indera untuk bergerak ke arah mencapai azam tahun baru.mata-dengan melihat,tangan-dengan menulis,telinga-dengan mendengar,mulut-dengan membaca.kerahkan semua sekali.the more the merrier.


Kemudian ,dah tetapkan azam,usaha.

Usaha pun kena rangka .mulakan dari yang mudah dan simple.moga2 kejayaan2 kecil,jadikan kita lebih bersemangat.contohnya~masakla sup sayur atau goreng telur.biasakan diri dengan suasana baru(dapur dan stove) . janganla terus nak belajar masak rendang siap dengan ketupat sekali.



lepas dah tetapkan azam,usaha sungguh2~moga terus maju.walau susah,walau payah.

Akhir sekali,doa.moga Allah mudahkan urusan kita.moga Allah tetapkan kita dengan azam kita,teguhkan hati kita~tak berbelah bagi.=)