Tuesday, January 20, 2009

perjalanan membeli pisang~

Salamu’alaik ya nuha.

Petang tadi,macam petang2 yang biasa,kami (izzah dengan kak ja) main badminton.dah
habis main,rasa macam nak makan pisang.

Jadi,habis main badminton,kami pun jalan ke pasar yang memang ada dekat dengan rumah.dalam perjalanan membeli pisang,kami bertembung dengan satu “mak cik tempatan” kat tepi jalan.mak cik ni menegur kami berdua (satu perkara yang amat mustahil..jarang sekali berlaku.)

Kami macam biasa jela melayan persoalan2 mak cik ni.duduk mana?menyewa ke?orang Malaysia ke?study apa?..dan macam2 lagi soalan mak cik ni.sampai satu ketika,dia pun cakap yang dia datang dari America .kami pun,slumber jela(walaupun rasa macam haih~).perbualan kami bersambung,sampaila sekali tu,mak cik tu cakap “insya’Allah”,barulah dia cakap dia muslim..la yeke.

Akhirnya ,sembang punya sembang,mak cik tu pun ikut kami ke pasar (memandangkan dia tinggal dekat2 je),dan paling best,dia ikut balik rumah.Alhamdulillah,ada tetamu datang rumah-insya’Allah bertambahla rezeki lepas ni.siap tumpang solat sekali.=)

Seronok rasanya buat kenalan baru .insya’Allah,lain kali,kami pulak nak jadi tetamu dia.=)

Lawakan pertemuan yang Allah jadikan.perjalanan membeli pisang,akhirnya dikurniakan ukhwah.

Semoga ukhwah yang berlandaskan agama Allah ni,akan berkekalan.sebab,walaupun mak cik ni dah nak balik USA balik,tapi dia ada 2 anak kat Manipal ni.dua2 buat dentistry.moga ukhwah berkekalan dengan diorang.terkenang aunty Reyhan dan Fahad,apala agaknya cerita mereka?


bersama aunty Reyhan.semoga hidupnya aman di Dubai sana.ada rezeki,insya'Allah kami sampai.

Semoga ukhwah yang terjalin atas nama Islam dan Iman,menaikkan semangat jihad antara kita untuk bangkit menentang Israel.andai islam dan iman tidak dapat menyatukan kita.at least rasa perikemanusian membawa kita membenci Israel-negara haram yang dibina atas limpahan darah wanita,orang tua dan kanak2 tidak berdosa.

Ihzimhum,ihzimhum,ihzimhum,wansurna a’laihim.

4 comments:

Anwar aljohory said...

cerita yg menarik??
(buat2 macam tahu... o_0" )

Anwar aljohory said...

comment cacat.. ceh..


cerita yg menarik!!

Makcik tuh ada anak kecik ker?
(buat2 macam tahu... o_0" )

izzah said...

ada,6 tahun.
ada kat USA.
dia datang india sorang je.

pai_ilham al-adwa' said...

bagus2 gemuk!

erm..aunty rehana la..bukan reyhan..
fahad sihat2 aja..tp takde plak gtua pasal aunty..

insyaALLAH,sume sihat..