Thursday, May 1, 2008

ashamed of myself




Salamualaik ya nuha..
Ada satu cerita nak kongsi.satu hari tu,dek tido lambat sebab asyik sangat tengok cerita jepun,tak sedar dah terlambat tido..tapi ingat yak kesah sangatla,sebab esok bukannya ada kelas pun,lepas solat subuh,boleh qada’ tidur..(heheh,memang biasa buat pun..)
Esok pagi,waktu bangun tiba-tiba dah terang dah..ni kalau solat subuh pun,bukan lagi subuh gajah,malah boleh jadi subuh dinosaur..astaghfirullah..nak dijadikan cerita,boleh ‘ter’sambung tido lagi tu..ngantuk sangat punya pasal.bangun kali kedua,baru mampu capai tuala,pergi mandi,dan qada’ solat subuh..siap mandi dan ambil wudhu’,aku sedar bahawa tindakan sambung tido tadi,memang tak sepatutnya dilakukan..astaghfirullah..dengan hati yang sesal dengan perbuatan tadi,aku cuba ikhlaskan hati untuk solat..
Baru je sarung kain sembahyang,

tuk,tuk,tuk..
ada orang ketuk pintu..haih,siapala pagi-pagi nih..orang baru nak solat..dengan berat hati,aku buka pintu,maklumla waktu-waktu macam ni,dengan kain sembahyang,mesti nanti dia tahu aku belum solat subuh lagi..haih..
rupanya jiran sebelah,hantar sarapan(maklumla orang bujang,tak masak sarapan sendiri..heheh..)..
“oh,nak solat dhuha ke??mintak maaf ganggu..”katanya..
Aku tak mampu nak kata apa-apa..aku mampu tersenyum je..dengan pantasnya dia pun pulang,katanya tak nak ganggu aku solat..
Lepas tu..aku terduduk sebentar..dahla aku baru berusaha ikhlaskan hati untuk qada’solat subuh(belum angkat takbir pun lagi..)Al1ah dah hantar rezeki..malah menutup aibku,dengan memberi ilham kepada jiranku bahawa aku baru nak solat dhuha..
Ya Al1ah..betapa malunya diri ini..aku hina dengan dosa dek lalai dengan indahnya dunia..
terkesan di hatiku bahawa kasih sayangMu tiada penghujungnya..ya Al1ah.Engkau beri rezeki,menutup aibku, walaupun aku tak menjaga hakMu dengan sebaiknya.
Insya’Al1ah,takbir dan solatku kali ini dan seterusnya,lebih khusyuk..insya’Al1ah..


No comments: