Ya Allah..tiada tempat lain dapatku adukan
Keluhanku..resahku..dukaku..
Hati ini keluh kesah..
Jiwaku gundah..
Kerna ar-rijalku lemah..
Ar-rijalku sudah lemah
Makin hari,dirinya makin lemah
Dari subuh hingga ke sudah
Keluhnya,penuh masalah..
Ar-rijalku sudah berubah
Perkara yang mudah,menjadi susah
Katanya,memimpin itu payah
Jadinya,siapa penggantimu?aku?
Jawabnya entah..
Aku resah ya Allah..
Ar-rijalku rebah sebelum melangkah
Mengah sebelum berkerja
Mundur sebelum kedepan
Langkahnya malah lebih kebelakang dariku
Akukah pelindungmu?
Akukah perisaimu?
Ya Allah..
Ar-rijalku makin hari makin takut
Makin hari makin mengecut
Jiwanya gentar mendengar masalah
Bilangnya aku tak mampu
Aku tak mahu
Walau bibir tak melafaz
Hatinya menjerit puas
Bila dirinya dibiar bebas..
Ya Allah..
Mungkinkah silapku,ar-rijalku berubah
Dari amanah kepada dusta
Dari penuh wibawa kepada lewa
Mungkin silapku
Nafsunya aku puaskan
Imannya aku biarkan
Akhirnya ar-rijalku layu
Gugur sebelum bertempur
Ya Allah..ya Ghaffar..
Andai ini silapku..
Aku mohon ampun..khilafku..
MujahidMu kukuburkan
Dai’eMu aku hancurkan..
Andai ini silapku..
Hukumlah aku..
Pulihkanlah ar-rijalku..
Kembalikan ar-rijalku yang dulu
Kerna bukan aku saja tanggungannya
Malah dunia menunggunya
Jatuh bangun bangsa ini..
Aku mohon ya Allah..
Kembalikan ar-rijalku..
Walau diri sebagai galang ganti
Asalkan ar-rijalku kembali memimpin
Gagah berdiri seperti Sultan al-Fateh
tegar memimpin,maju dan terus maju..
6 comments:
Puisi untuk lelaki. Terkesan2.
salam...bagus2..whi muslimin..jgn terkesan sementara je..fenomena ni mmg berlaku..sgt memalukan dan meresahkan..
lelaki a.k.a abang a.k.a adik a.k.a ayah a.k.a suami a.k.a mujahid a.k.a pemimpin a.k.a kamu..
malu bergelar ar-rijal, tetapi pengecut tak tentu pasal...
malu bergelar ar-rijal, memimpin tak mahu walaupun sedar diri ar-rijal..
malu bergelar ar-rijal, dikhabarkannya hebat tapi terkemudian dalam segala hal...
malu bergelar ar-rijal, dikatakan gagah di medan perang tapi hanya tegar memegang bantal...
betul kata naufa, perkara nih meresahkan dan memalukan...
Namun manusia tak lari dari kesilapan dan dosa, moga diri sendiri dan muslimin sekalian bangkit dan berubah... kita masih mampu untuk nasihat-menasihati sesama kita...
walallahua'lam
p/s izzah bukak lah comment nih untuk somer... sy tak leh nak comment... -anwar al-johory-
saya tak nak ar rijal yg hebat main dota jee..
nampaknye dunia memang sangat kepingin melihat ar-rijal yang dulu..hijrah..same2,membina masa depan yang lebih gemilang untuk islam.insya'Allah..
Post a Comment